HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

11:39 PM

Ciri-ciri ajaran sesat

Posted by leekecix

1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

  • Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima balasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan melalui firman-Nya:


Maksudnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu"
(surah Ali-Imran:185)



2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
  • Kebanyakan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikutnya sahaja.
  • Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak sembunyi-sembunyi.
Firman Allah:Maksudnya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata."
(Surah Yusof: 108)

  • Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yang menyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:


Maksudnya:
"sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, ia akan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekangan dari api neraka."

(Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)


3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi.

  • Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu ciri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.


Maksudnya:
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik........."


4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi.
  • "Untuk meyakinkan pengikut, dan guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi"
  • Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhr adalah seperti berikut:


Maksudnya:
"Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


5. Mengakui dirinya memiliki barang-barang peniggalan Rasulullah s.a.w.
  • Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan amalannya. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukan berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:


Ertinya: Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-orang Arab melainkan melaui taqwanya kepada Allah.

Banyak lagi ciri-ciri ajaran sesat terutamanya di Malaysia, antara yang lain ialah:
  1. Mempercayai semua ajaran adalah sama.
  2. Mengaku dirinya sebagai wali.
  3. Mempercayai gurunya boleh memberi syafaat.
  4. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
  5. Mengikut sahaja kehendak guru dengan menjatuhkan mertabat diri sendiri.

[p/s: Jika ada sebarang pendapat sila tinggalkan komen anda.terima kasih.]

8:10 AM

Banyak jawapan bagi 1 soalan

Posted by leekecix

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang guru ulung (mua'allim), pemberi nasihat (nasih) dan pendidik atau pengasuh (wa murabbiyan fadhilan). Nabi S.A.W tidak pernah cuai atau berhenti mencari jalan untuk mendidik manusia supaya beriman kepada Allah SWT.

Para sahabat pernah mengemukakan soalan yang sama kepada Nabi S.A.W,contohnya seorang sahabat bertanya tentang amal yang paling afdhal. Antara jawapan Nabi ialah: "Mendirikan solat pada awal waktunya". Menjawab pertanyaan yang serupa daripada sahabat yang lain dengan sabdanya pula: "jihad fi sabilillah". Datang pula pertanyaan yang serupa dari orang lain, jawab Nabi: "berbuat baik terhadap kedua ibu bapa".

Nabi S.A.W mempelbagaikan jawapan kepada soalan yang serupa adalah kerana baginda amat berminat untuk mendidik manusia. Jawapan yang berbeza itu berdasarkan keadaan orang yang bertanya, maka jawapan itu sesuai dengan suasana orang yang bertanya.

[sumber: Buku SIRAH NABAWIYYAH oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat; m/s 20-21]

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Popular Posts