HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

11:50 AM

Kisah azab kubur

Posted by leekecix

Daripada Zaid bin Sabit r.a., beliau menceritakan, maksudnya:

"Sewaktu Rasulullah s.a.w. berada di halaman kampung Bani Najjar, baginda berada di atas himar dan kami bersama-sama baginda, ketika itu himar baginda menjadi liar hingga hampir-hampir menjatuhkan baginda, tiba-tiba di situ ada empat, atau lima, atau enam kubur.

Tanya baginda : "Siapakah yang kenal kubur ini?"
Seorang lelaki menjawab: "Saya kenal."
Tanya baginda : "Bila mereka mati?"
Ia menjawab : "Mereka mati dalam keadaan musyrik."
Baginda berkata : "Sesungguhnya umatku ini akan diuji dalam kuburnya. Aku bimbang kamu tidak mahu masuk kubur, kalau tidak, aku akan meminta Allah memperdengarkan kempada kamu seksa kubur seperti yang aku mendengarnya. Kemudian baginda berpaling kepada kami."
Lalu berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada seksa neraka."
Mereka Berkata: "Kami berlindung dengan Allah daripada azab neraka."
Baginda berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada azab kubur."
Mereka berkata : "Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur."
Baginda berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada segala fitnah, yang zahir dan yang batin."
Mereka berkata : "Kami berlindung dengan Allah daripada segala fitnah, yang zahir dan yang batin."
Baginda berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada fitnah Dajjal."
Meraka berkata : "Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah Dajjal."

Ibn Abbas r.a., beliau menceritakan, maksudnya:


"Rasulullah s.a.w. telah lalu di hadapan dua kubur baru, baginda berkata: (dua orang dalam) kubur ini sedang diseksa oleh kerana kesalahan biasa yang dianggap ringan. Salah seorang daripadanya tukang fitnah dan satu lagi tidak beristinjak kencingnya."

leekecix@blog

11:15 AM

Fitnah dalam Kubur

Posted by leekecix

Wajib kita beriman kepada perkara-perkara yg diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. yg terdiri daripada fitnah dalam kubur, dua orang Malaikat yg akan menanyakan soalan mengenai Tuhan, agama, dan Rasul sebagaimana tersebut dalam beberapa hadis sahih menjelaskan bahawa manusia akan disoaljawab dalam kubur mereka.


Daripada Asma' r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Tidak ada sesuatu perkara yang belum diperlihatkan kepadaKu melainkan dapat juga aku melihatnya di tempat aku ini, sampai kepada syurga dan neraka (pun diperlihatkan kepadaku), kemudian diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya kamu akan diuji di dalam kubur kamu semacam atau yang hampir dengan fitnah Al-Masih Al-Dajjal. Kepada setiap orang akan ditanyakan, "Apakah yang kamu tahu tentang Muhammad?" orang yang beriman atau orang yang mempercayai akan menjawab, "Ia adalah Muhammad utusan Allah. Ia datang kepada kami semua dengan membawa keterangan yang jelas dan petunjuk, kami semua menyahuti seruannya dan mengikutnya. "Pertanyaan itu diulangkan tiga kali. Dan diucapkan kepadanya " Tidurlah sebagai seorang soleh," kami mengetahui bahawa kamu percaya kepadanya. Sebaliknya orang yang ragu akan menjawab, "Aku tidak tahu, aku mendengar orang bercakap sesuatu lalu aku mengikuti percakapan mereka."

Daripada Anas Bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Apabila seorang hamba diletakkan di dalam kuburnya dan sahabat handainya berpaling balik. Sesungguhnya ia mendengar derap selipar mereka, baginda meneruskan: Datang kepada hamba itu dua malaikat, kemudian kedua-dua membangunkan lelaki itu dan menanya: Apakah enkau telah katakan terhadap Muhammad? Jika ia seorang mukmin ia menjawab: Saya menyaksikan bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasulnya, lalu dikatakan kepadanya: Lihatlah kelak di dalam syurga. Sambung baginda lagi: Ia dapat melihat kedua-dua tempat kediamannya. Berkata Qatadah: "Maka dibuka luas baginya di dalam kubur itu seluas tujuh puluh hasta dan tempat kediamannya dipenuhi dengan kehijauan hingga kepada hari kebangkitan." Adapun orang munafik dan kafir akan ditanya: Apakah kamu telah katakan terhadap lelaki ini? Ia menjawab: Engkau tidak memahami dan tidak ikut orang yang mengetahui. Ia dipukul dengan pemukul besi dengan pukulan yang ia menjerit kesakitan didengar oleh semua kecuali manusia dan jin sahaja."

leekecix@blog

9:23 AM

Banyakkanlah mengingati mati

Posted by leekecix

Ketahuilah, bahawasanya memperbanyak mengingati mati itu adalah seperkara yg dituntut oleh agama dan amat digalakkan, kerana yg demikian itu mengandungi berbagai-bagai faedah yg berguna. Di antaranya: pendek harapan, zuhud di dunia, qanaah atau memadai yg sedikit, cinta kepada akhirat serta memperbanyak bekalan dengan amal dan bakti yg baik.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:


"memperbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan(maut). "

Tatkala baginda Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia. Jawab baginda. maksudnya:

"Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati. Mereka itulah orang-orang yang pintar. Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat."

Berkata setengah para salaf: Pilihlah segala perkara yg dapat mengingati anda kepada maut, dan teruskanlah perbuatan itu, jika anda masih melakukannya. Sebaliknya, jauhilah segala perkara yg menimbulkan perasaan benci kepada maut, dan tinggalkanlah ia jika anda masih melakukannya. Renungkanlah pesanan ini baik-baik dan peliharalah ia, moga-moga Allah merahmati anda. Sebab nasihat ini amat besar faedahnya bagi orang-orang yg mematuhinya. Hanya Allah jualah yg memberi taufiq, kerana tiada Tuhan selainNya.



Dalam mensifatkan seorang Mu'min yg tercinta sebagaimana tersebut di dalam sabdanya yg diriwayatkan dari tuhan, berbunyi: Tiadalah hampir seorang yg mendekatkan dirinya kepadaKu... dan seterusnya sehingga Hadis(Qudsi) itu berbunyi:

"Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu perkara yang akan Aku lakukan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mencabut nyawa hambaKu yang Mu'min yang bencikan mati. Aku tidak mahu menyusahkannya, akan tetapi mati itu adalah pasti baginya"


1:16 AM

Si Jahil yg cuai & Si Alim yg malas

Posted by leekecix

Perumpamaan seorang jahil yg cuai dlm menuntut ilmu yg wajib itu, laksana sorang hamba yg dikirimi surat oleh tuannya, yg menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara. Malangnya sang hamba itu tidak melihat isi surat itu, kerana tidak mengerti apa yg terkandung di dalamnya, padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.

Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yg tidak beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yg melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yg terkandung di dalam surat itu, akn tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yg terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

Cubalah renungkan, wahai rakan-rakan sekalian, moga-moga Allah merahmati anda, adakah cuai yg lebih dasyat dari kecuaian dua orang hamba ini terhadap perintah tuannya? dapatkah mereka membuat alasan atau mengemukaakn keuzuran kepada tuan mereka? Bukannkah mereka itu patut menerima siksa dan balasan, kerana berani menentang perintah dan kurang perhatian terhadap arahan tuannya? Awas,janganlah anda menjadi selaku salah seorang dari kedua orang tadi; iaitu seorang jahil yg tidak mahu belajar, ataupun seorang alim yg tiada beramal dengan ilmunya, kelak anda akan binasa. Ketika itu anda akan rugi serugi-ruginya di dunia dan di akhirat, itulah yg dikatakan kerugian yg nyata.

Adapun memperluas diri dalam ilmu-ilmu agama yg berguna dan menambah pengetahuan lebih dari kadar yg perlu, maka itu adalah sebaik-baik jalan untuk menuju kepada Allah S.W.T. dan seutama-utama amalan di sisiNya. Akan tetapi menuntut ilmu itu hendaklah disertakan dengan tulus ikhlas, dan dilakukan semata-mata kerana Allah. Sesudah itu hendaklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yg dituntutnya serta mengajarnya pula kepada orang lain, dengan tujuan menempa keridhaan Allah S.W.T. dan mendapat balasanNya di Hari Akhirat.

8:23 AM

Selamat Tinggal IPG KSAH

Posted by leekecix

Hari ini tanggal 17 November 2011. Berakhirlah pembelajaranku di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Sejak tanggal Jun 2006 (kalau tak silap) aku telah mula menjadi guru pelatih di institut ini. Terlalu banyak pengalaman pahit manis, dan bermacam orang yang aku temui. Ada yg gila (jawatan, duit, orang, pangkat, pujian, sanjungan). Menjadi seorang guru bukannya mudah seperti yg disangkakan. Segala tingkah laku kita sentiasa diperhatikan. Menjadi orang yg pendiam disangka sombong, menjadi orang yg periang disangka riak, jadi pandai2lah membawa diri.

Dulu penuh dugaan, kekecewaan dan kebanggaan saling silih berganti. Kini semuanya tinggal kenangan. Yang pasti masa depan lebih berliku kerana belum tentu menjaminkan apa2. Tidak akan seseorang itu berwajah seperti sekarang jika masa silam tidak menjanjikan sesuatu utknya.


Ayahanda Tuan Syed Ahmad Ezahar:

  • Terima kasih kerana sudi menjadi pensyarah yg terlalu banyak berjasa. Sejak mula mendaftar hingga hari terakhir menjadi guru pelatih. Terlalu banyak jasa sampai nak tulis pun tak tahu macam mana. Walaupun pernah dimarah, ditampar belakang, tapi tepukan dan pelukan terakhir akan menjadi semangat utk berbakti kpd anak2 murid di sekolah nanti. Terima kasih Tuan! love u forever!

Adik beradik PJ SENPI:

  • Mana nak dapat geng macam ni dah, mati hidup semula pun takkan dapat. Koranglah yg banyak membantu. Menceriakan kehidupn sehari2. Sejak mula masuk, walaupaun Boffn lewat sekit, Yasmin last sem, tapi sejak mula kita disatukan dalam satu kelas, memang aku dah agak, keakraban kita memang susah nak dipisahkan. Bermacam-macam program, aktiviti, BIG2, Pendidikan Luar, dll memang kita sepakat. Sejak mula kita pusing satu MPSAH (larian komando), kat situ aku dah nampak kerja sama kelas kita. tengok wayang, bola, bbq, lata, sampaikan asgmt pun kita kongsi. [sebelum aku nangis, aku stop sampai sini dulu]. Jumpa nanti time majlis konvo n kenduri kahwin adik beradik semua... [apa2 cntc kat alumni pj senpai]

Creep2nite:

  • Kumpulan asalnya dari Blok F. Beramai2 pindah ke BPJ. Sahabat2 yg selalu ada saat aku kesusahan, time kereta aku rosak, kemalangan, sakit, sedih, kecewa, tgk movie, tolong angkat pc aku, kemas rumah, masak, sambut hari jadi, teman aku balik rmh, memancing, camping kat lata bayu, semua bersama korang. Sangat jujur dan selalu bertukar2 pendapat. Segalanya hampir semua dikongsi. Sejak kita kat asrama sampai ke BPJ setiap hari pasti kita akan jumpa. Terima kasih semua. Jumpa nanti time konvo n kenduri korang....

Seluruh IPG KSAH:

  • Terima kasih kepada pensyrah disemua jabatan terutamanya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.
  • Kepada kawan2 yg mengenali aku, terima kasih banyak.
  • Kepada sesiapa yg pernah terluka, ataupun terasa dengan tindakan aku, terkasar bahasa ke, aku minta maaf banyak2.
  • Sesiapa sahaja yg pernah mengenali aku, minta maaf.

Kenangan adalah coretan kisah lalu, selalunya orang yg meninggalkan kenangan adalah orang yg lupa diri. Kini aku akan bawa kenangan 5tahun setengah ini utk 75tahun yg akan datang. Yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan pengajaran. Pesan aku kepada sesiapa yg mengenal diri ini, jadilah diri sendiri dan janganlah menjadi orang yg pentingkan diri, kerana jika itu berlaku, korang akan ditinggalkan oleh orang lain dan jangan menyesal atas tindakan orang lain itu kerana semuanya berpunca atas tindakan diri sendiri.

Maafkan salah silap....bye2 SEMUA!

leekecix@blog

1:54 AM

Belajar Mengenal DIRI

Posted by leekecix

Sabda Rasullullah s.a.w.:

Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala, apabila mencintai sesuatu kaum diujinya mereka itu. Barangsiapa yang ridha, Allah meridhai mereka. Dan barangsiapa yang bersungut, Allah murka terhadap mereka."

Sabdanya lagi, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala dengan kebijaksanaanNya telah memberikan kesentosaan dan kemudahan di dalam keyakinan dan keridhaan, dan memberikan kesempitan dan kesusahan di dalam keraguan dan kesungutan."

Orang yang ridha kepada Allah s.w.t. itu ialah orang yang menerima dengan tabah segala ketentuan Allah Ta'ala. Apa saja yang ditakdirkan Allah, meskipun berlawanaan dengan cita-citanya, ataupun tidak diingini oleh hawanafsunya, seperti celaka dalam jiwa dan harta, atau bala' bencana, tekanan hidup, kemiskinan, atau sempit dalam mata pencarian, namun dia tetap sabar dan ridha terhadap apa yang ditakdirkan Allah itu, jiwanya terus tenang, dan tidak pernah bersungut, membangkang atau berganjak walau sedikit pun. Sebab Allah s.w.t. berkuasa melakukan segala sesuatu menurut kehendakNya, tiada sesiapa pun yang boleh menentang atau membangkang di dalam kekuasaanNya.

Hendaklah anda sentisa waspada dari ucapan "kalau begitu" atau "mengapa begitu" atau "bagaimana boleh jadi begitu". Hendaklah anda mengetahui bahawa Allah s.w.t. itu Maha Bijaksana dan Maha Adil dalam segala ketentuan dan keputusanNya, dan bahawasanya Dia tidak akan menentukan bagi seorang hanba Mu'min dalam sesuatu perkara yang dibencinya, melainkan ada sesuatu sebab yang baik, atau kebajikan bagi dirinya, ada balasan yang mulia yang tidak diketahui oleh si hamba Mu'min itu. Lantaran itu, si hamba hendaklah sentiasa menyangka baik terhadap Allah Ta'ala serta ridha terhadap semua ketentuanNya.

Siapa diri kita? Kita adalah hamba dan janganlah pernah mendongak dan bermegah dengan apa yang ada mahupun tiada. Belajarlah mengenal diri dan asal usul kamu di dunia ini............

(sumber: nasihat agama dan wasiat iman)

6:20 AM

Tanda-tanda SOMBONG

Posted by leekecix

Barangsiapa yg menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu menghina dan memperkecil orang lain, maka itulah orang yang sombong terkutuk.

Sifat sombong itu sentiasa memendam di hati, akan tetapi ketara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Di antara tanda-tandanya, ialah:

  1. Merasakan bangga melihat dirinya maju lebih dari orang lain.
  2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
  3. Minta dikedepankan di majlis-majlis keramaian.
  4. Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan.
  5. Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.
  6. Tidak mengendahkan nasihat, atau teguran orang lain.
  7. Suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah.
  8. Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.
  9. Suka memuji-muji diri.
  10. Bermegah dengan datuk-nenek yang kenamaan atau yang ahli agama.
  11. Bermegah dengan keturunan.

Semua tanda-tanda ini menunjukkan sifat takabbur yang amat tercela dan buruk......

Bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya :

"Barangsiapa yang membesarkan dirinya dan beraksi angkuh dalam langkahnya (jalannya), dia akan menemui Tuhan (sesudah mati) sedangkan Allah murka terhadapnya."

Sabdanya lagi.,maksudnya:

"tidak akan masuk syurga, orang yang terdapat di hatinya seberat zarrah (atom) dari sifat sombong."

(sumber: Imam habib Abdullah Haddad)

Popular Posts