''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula: ''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''.
- "Kamu tahu tak Ramli tu pemalas orangnya, dia selalu ponteng melakukan kerja", kata Man kepada Abu. (Adalah lebih baik Man terus menasihati Ramli tanpa memberitahu Abu)
- "Tadi aku bersembang-sembang dengan Joyah, nak tahu tak Joyah cakap apa, Joyah cakap, ko ni suka mengumpat tentang anak tok ketua kampung sebelah ", kata Amani kepada Cikyah. (Adalah lebih baik Amani tidak memburuk-burukkan nama Joyah kepada Cikyah)
- "Ko nak tahu tak, bos syarikat kita tu memang tengah gatai dengan pekerja baru dia tu, dah la cantik, bujang pulak tu, bos kita ni memang tak mengenang jasa pekerja-pekerja lama macam kita ni", kata Fakrul kepada Wan. (lebih baik Fakrul bertawakal kerana bukan rezeki itu datang dari bosnya, sebaliknya dari Allah s.w.t)
Itu adalah beberapa contoh kerana "mulut" badan binasa. Jika perkara ini terus berlaku, saya boleh senaraikan beberapa kesan yang akan terjadi. Antaranya:
- Perpecahan.
- Persengketaan.
- Salah faham
- Bermasam muka.
- Tekanan kerja.
- Difitnah.
- "Batu api" terus bermaharaja lela.
- Orang yang tidak bersalah dizalimi.
- Tidak harmoni.
- Sering bersangka buruk.
Cara penyelesaiannya ialah :
- Jangan terus percaya kata-kata orang, orang yang mengatakan tentang orang lain, 90 peratus adalah salah. Jadi, terus tanya kepada orang tersebut.
- Jangan menyebarkan khabar angin dan membesar-besarkan cerita.
- Jangan menyebuk urusan orang lain.
- Diam lebih baik dari berkata-kata.