Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upaya.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
- Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
- Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dan sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."
0 comments:
Post a Comment