HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

11:39 PM

Ciri-ciri ajaran sesat

Posted by leekecix

1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

  • Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima balasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan melalui firman-Nya:


Maksudnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu"
(surah Ali-Imran:185)



2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
  • Kebanyakan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikutnya sahaja.
  • Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak sembunyi-sembunyi.
Firman Allah:Maksudnya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata."
(Surah Yusof: 108)

  • Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yang menyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:


Maksudnya:
"sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, ia akan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekangan dari api neraka."

(Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)


3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi.

  • Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu ciri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.


Maksudnya:
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik........."


4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi.
  • "Untuk meyakinkan pengikut, dan guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi"
  • Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhr adalah seperti berikut:


Maksudnya:
"Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


5. Mengakui dirinya memiliki barang-barang peniggalan Rasulullah s.a.w.
  • Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan amalannya. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukan berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:


Ertinya: Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-orang Arab melainkan melaui taqwanya kepada Allah.

Banyak lagi ciri-ciri ajaran sesat terutamanya di Malaysia, antara yang lain ialah:
  1. Mempercayai semua ajaran adalah sama.
  2. Mengaku dirinya sebagai wali.
  3. Mempercayai gurunya boleh memberi syafaat.
  4. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
  5. Mengikut sahaja kehendak guru dengan menjatuhkan mertabat diri sendiri.

[p/s: Jika ada sebarang pendapat sila tinggalkan komen anda.terima kasih.]

8:10 AM

Banyak jawapan bagi 1 soalan

Posted by leekecix

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang guru ulung (mua'allim), pemberi nasihat (nasih) dan pendidik atau pengasuh (wa murabbiyan fadhilan). Nabi S.A.W tidak pernah cuai atau berhenti mencari jalan untuk mendidik manusia supaya beriman kepada Allah SWT.

Para sahabat pernah mengemukakan soalan yang sama kepada Nabi S.A.W,contohnya seorang sahabat bertanya tentang amal yang paling afdhal. Antara jawapan Nabi ialah: "Mendirikan solat pada awal waktunya". Menjawab pertanyaan yang serupa daripada sahabat yang lain dengan sabdanya pula: "jihad fi sabilillah". Datang pula pertanyaan yang serupa dari orang lain, jawab Nabi: "berbuat baik terhadap kedua ibu bapa".

Nabi S.A.W mempelbagaikan jawapan kepada soalan yang serupa adalah kerana baginda amat berminat untuk mendidik manusia. Jawapan yang berbeza itu berdasarkan keadaan orang yang bertanya, maka jawapan itu sesuai dengan suasana orang yang bertanya.

[sumber: Buku SIRAH NABAWIYYAH oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat; m/s 20-21]

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

5:37 AM

Tanda2 hampir dgn kematian

Posted by leekecix


Apabila pesakit itu sudah tenat dan harapan untuk sembuh adalah nipis. Maka, antara tanda-tanda kematian sudah terlalu hampir adalah seperti:

  • Bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi.
  • Hidung sudah lembik.
  • Tapak kaki sudah tidak tegak.
  • Telinga sudah layu.
Maka patutulah dilakukan beberapa perkara umpamanya hendaklah diberi pengharapan yang Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.

Perkara yang perlu dilakukan kepada jenazah:
  1. Sunat menutup matanya.
  2. Melembutkan sendi-sendinya yang keras kaku.
  3. Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
  4. Mendoakan si mati.
  5. Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
  6. Letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukan meletakkan surah Yassin di atas perut sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
  7. Menutup keseluruhan tubuhnya.
  8. Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.

5:00 AM

Menziarahi Orang Sakit

Posted by leekecix

Menziarahi orang sakit adalah sunat yang digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a maksudnya:

"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu, dan ambillah tempatmu di dalam syurga"

Adab menziarahi orang sakit ialah:
  1. Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada jemu si pesakit itu.
  2. Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana yang dia rasakan.
  3. Doakan untuknya seperti dikatakan, "Ya Tuhanku, afiatkanlah/sihatkanlah sahabatku ini"
  4. Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.
  5. Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

4:32 AM

Sahabat

Posted by leekecix

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upaya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dan sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."

3:57 AM

SYARAT2 SUKAN yg DIHARUSKAN

Posted by leekecix

  • Tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat,puasa dan sebagainya.
  • Tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya.
  • Tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan.
  • Tidak wujud penipuan.
  • Menutup aurat.
  • Tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda.
  • Tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama.
  • Tidak membazirkan wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal.

8:33 PM

SYUKUR by Radja

Posted by leekecix




Tuhan jangan kau ambil nafasku
sebelum ku bersujud pada-Mu
Tuhan tolong panjangkan umurku
aku ingin bersyukur pada-Mu

ajari aku mengenal-Mu
ajari aku mendekatmu
ajari aku untuk mencintaimu
bisakah aku mengingatmu
bisa ku tak pernah bertemu
yang aku bisa hanya menyebut nama-Mu

Tuhan jangan kau cabut nyawaku
sebelum ku brtaubat pada-Mu
Tunjukkan aku jalan lurus-Mu
agar tak sesat lagi jalanku

aku bersyukur aku disayangi
aku bersyukur aku dicintai
aku bersyukur aku kau miliki
aku bersyukur Ya Allah

aku bersyukur aku dikasihi
aku bersyukur aku yang kau beri
aku bersyukur aku kau pilih
aku bersyukur Allah.....


12:01 PM

KURUS

Posted by leekecix

Aku tergolong dalam insan yang kurus, walaupun selalu diketawakan dan dijadikan bahan gurauan, aku merasakan ini adalah kejadian Allah s.w.t. dan dengan itu aku bersyukur. Alhamdulillah masih sihat....

Ramai juga yang pendek, gemuk dan lain-lain. Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Tajuk artikel ini ialah kurus dan hasil pembacaan, terdapat beberapa faktor utama seseorang itu kurus. Antaranya ialah:

  1. Faktor keturunan
  2. Kelainan metabolisme
  3. Menderita penyakit tertentu contoh: diabetes, infeksi cacingan, anemia, kanser.
  4. Diet lemak secara berlebihan

Prof.H.M.Hembing Wijayakusuma dalam kajiannya menggariskan beberapa cara untuk menambahkan berat badan. Berikut adalah tiga cara yang dicadangkan:
  • 3 ruas temu kunci, 1 ruas temu giring, 1 ruas lempuyang, 1 ruas temu hitam diparut. Tambahkan 3 ruas asam jawa. Peras dan saring. Diminum secara teratur.
  • 1 buah pir, 1 buah apel, 1 buah wortel, dan 3 ruas asam jawa dijus. Diminum secara teratur.
  • 1-3 buah kiam boi/sun boi dimakan tiap hari. Lakukan secara teratur.

Kajian demi kajian dikaji oleh orang bijak pandai demi menolong insan yg mempunyai badan yang kurus. Secara amnya, makan banyak dan kerap membolehkan berat badan meningkat. Bersukan dan berpeluh akan meningkatkan keinginan untuk makan. Walaubagaimanapun, sebenarnya orang yang punya badan perlu bersungguh-sungguh untuk meningkatkan berat badannya sendiri.

Orang disekeliling, rakan, keluarga, mahupun pasangan perlu memberi sokongan kepada mereka ini. Antaranya ialah memberi nasihat, mengingatkan supaya makan pada tepat masanya, makan bersama-sama, dan mungkin juga lebih baik anda mengeluarkan sedikit belanja dan belanjalah orang yang kurus ini makan.........sekian ~~~


[gambar hanya hiasan dan bukan aku ataupun mmber2 seangkatan]

8:00 AM

BESEDERHANA DALAM CINTA?

Posted by leekecix

Kehidupan sekarang semakin pelik dan terbalik. Pelbagai perkara yang dulu menjadi perkara yang tidak dibincangkan dan di’sorok-sorok’ menjad perkara yang biasa. Kadang-kadang menjadi perkara yang dibangga-banggakan. Perkara sebegini bukan atas dasar emosi semata-mata tetapi keadaan yang semakin merimaskan membuatkan perkara sebegini seharusnya difikirkan bersama.

Malaysia menuju negara maju dan semakin maju dari segi ekonominya, malangnya penduduk yang beragama Islam terutamanya golongan muda semakin tersasar dari tujuan kehidupan yang sebenar. Jika anda membaca artikel ini, dan setakat ini saja artikel yang ditulis oleh saya, apakah agaknya maksud kata-kata saya di atas dalam fikiran anda?

Marilah kita sama-sama berusaha membetulkan perkara yang tidak betul. Saya bukan tergolong dalam orang yang baik dan sempurna, mungkin juga anda lebih baik dari saya. Ramai golongan muda pada usia 20 hingga 25 mempunyai pasangan (bercinta) dan BELUM BERKAHWIN. Saya bukan ingin mengatakan bahawa perkara ini haram atau sebaliknya, mungkin anda lebih mengetahui dan apa yang saya ingin ketengahkan ialah, BESEDERHANAlah dalam bercinta.

Nasihat kepada diri sendiri dan anda semua, TIDAK PERLULAH:

1. BERCERITA dilaman sosial yang anda ke situ dan ke sini berdua-duaan bersama pasangan (blm berkahwin) tidak mengira waktu.

2. BERKONGSI gambar anda bersama pasangan anda (blm berkahwin) berpeluk, berpegangan tangan, dll dilaman sosial anda @ blog.

3. MENGIKLANKAN perkara yang anda tahu tidak sopan dan salah sebenarnya.

4. Mengeluarkan kenyataan bahawa anda mati @ tidak boleh hidup jika tidak bersama dia, [Allah lebih berhak menerima kata-kata itu sebenarnya]

5. MENUNJUK-NUNJUK bahawa anda begitu sangat bahagia bersama pasangan (blm berkahwin)

Jika anda betul-betul mencintai seseorang itu, besederhanalah. Teruslah mencintai insan tersebut jika itu membahagiakan dan berdoalah supaya jodoh anda bersama orang yang anda cintai itu berakhir dengan ikatan yang sah. Jika anda terlampau menunjuk-nunjuk dan akhirnya putus, bagaimana pandangan orang? Perasaan anda? Jadi, bersederhanalah kerana anda akan lebih berada di zon yang selamat.

Jika artikel saya ini mempunyai unsur-unsur sindiran dan mengguris hati siapa-siapa, saya memohon maaf dan jika anda tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis ini, semoga anda di dalam situasi yang benar.....

Popular Posts