HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

6:57 AM

TANDA-TANDA SAKIT

Posted by leekecix


1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.

  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dankerongkong.

  • Selsema
    • Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
    • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  •   Hidung sebu
    • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
    • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin
    • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Batuk
    • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
    • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3. KERONGKONG
  • Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman. Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
    • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan system pengedaran darah.
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit: 
    • Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):
    • Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk. 
    • Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
  • Telinga terasa tersumbat: 
    • Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung: 
    • Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanyatapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
 

B. KULIT


1. PELUH
  • Peluh masin : 
    • Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: 
    • Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL: 
  • Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: 
  • Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


4. KULIT PECAH DAN BERAIR: 
  • Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


5. RAMBUT GUGUR: 
  • Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


1. SENDI SAKIT
  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas. Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. KEBAS TANGAN.
  • Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
  • Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakitjantungmungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI.
  • Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI.
  • Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangansenaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI.
  • Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
  • Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.
  • Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN


A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
    • Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
    • Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
    • Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
    • Menandakan penyakit migrain.

  • BISUL TERJADI DI KEPALA
    • Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

  • RASA PENING YANG MEMUSING
    • Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.






B. MULUT/KERONGKONG

1. LOYA/MUNTAH . 
  • Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH
  • Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK .
  • Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 
  • Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

C. KENCING

1. KENCING KERAP : 
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

2. AIR KENCING BERKAPUR : 
  • Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK : 
  • Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : 
  • Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH : 
  • Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. BUANG AIR BESAR

1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : 
  • Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT: 
  • Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAH
  • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM: 
  • Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang

E. TINDAK BALAS BADAN

1. BADAN RASA SAKIT: 
  • Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
    • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
    • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
    • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.


2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . 
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

3. BADAN TERASA PANAS. 
  • Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN: 
  • Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. TINDAK BALAS EMOSI

1. RASA TAKUT MENGEJUT: 
  • Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: 
  • Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: 
  • Sistem paru-paru yang lemah.
4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: 
  • Sistem penghadaman yang lemah.
leekecix @blog

5:24 AM

Kerana mulut badan binasa

Posted by leekecix


Daripada Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu (dalam sebuah hadith yang panjang) ...Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: 

 ''Sukakah engkau hai Muaz! aku khabarkan tentang asas perkara ini (asas agama Islam) dan tiang-tiangnya serta puncaknya? Lalu Muaz menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Beliau SAW kemudian bersabda: ''Asas perkara ini adalah Islam, dan tiang-tiangnya adalah sembahyang dan puncaknya adalah jihad''. Kemudian Baginda SAW bersabda pula: ''Sukakah aku khabarkan kepada engkau punca bagi yang demikian itu semuanya?''. Aku menjawab: ''Baiklah Ya Rasulallah''. Lalu Beliau SAW memegang lidahnya sambil bersabda: ''Peliharalah ini baik-baik''. Aku bertanya: ''Ya Rasulallah! Apakah kami akan diseksa dari sebab lidah kami?'' Lalu Nabi SAW menjawab: ''Ibu engkau kehilangan engkau, bukankah ramai nantinya orang yang akan disungkurkan (dicampakkan) ke dalam neraka adalah berpunca dari mulut mereka sendiri''. 

 Hadith Riwayat Tirmizi

Aku kini berumur 24tahun. Sesingkat itu aku telah bertemu dengan pelbagai orang. Ramai dikalangan kita tidak sedar bahawa "mulut" adalah tempat melakukan dosa jika tersalah guna. Selalunya  "mulut" akan melakukan dosa melibatkan manusia yang lain. Fitnah, mengadu-domba, mengumpat, mereka-reka cerita, mengaibkan orang lain, menipu, mengkeji, dan lain-lain semuanya berpunca dari "mulut". 

Allah s.w.t menciptakan mulut hanya satu. Maka tidak perlulah berkata-kata terlalu banyak. Menceritakan hal dunia terlalu banyak. Selalu bercerita tentang orang lain kepada orang lain yang lain. Tidakkah kita sedar bahawa kita sedang melakukan dosa. 

Kini kehidupan makin maju. Facebook adalah medium meluahkan kata-kata. Selalunya kita akan membaca status yang baik-baik dari wall seseorang. Walaupun sebenarnya di alam nyata dia sering menggunakan "mulut" untuk menyusahkan orang lain. (ini ialah masalah). Di dunia ini kita sering takut kepada sesuatu yang pada jasadnya kotor, walhal sebenarnya jika pada jasadnya bersih tetapi dalamannya kotor adalah satu perkara yang amat-amat bahaya.

Saya nyatakan beberapa contoh untuk pencerahan:

  1. "Kamu tahu tak Ramli tu pemalas orangnya, dia selalu ponteng melakukan kerja", kata Man kepada Abu.  (Adalah lebih baik Man terus menasihati Ramli tanpa memberitahu Abu)
  2. "Tadi aku bersembang-sembang dengan Joyah, nak tahu tak Joyah cakap apa, Joyah cakap, ko ni suka mengumpat tentang anak tok ketua kampung sebelah ", kata Amani kepada Cikyah. (Adalah lebih baik Amani tidak memburuk-burukkan nama Joyah kepada Cikyah)
  3. "Ko nak tahu tak, bos syarikat kita tu memang tengah gatai dengan pekerja baru dia tu, dah la cantik, bujang pulak tu, bos kita ni memang tak mengenang jasa pekerja-pekerja lama macam kita ni", kata Fakrul kepada Wan. (lebih baik Fakrul bertawakal kerana bukan rezeki itu datang dari bosnya, sebaliknya dari Allah s.w.t)


 Itu adalah beberapa contoh kerana "mulut" badan binasa. Jika perkara ini terus berlaku, saya boleh senaraikan beberapa kesan yang akan terjadi. Antaranya:

  1.  Perpecahan.
  2. Persengketaan.
  3. Salah faham
  4. Bermasam muka.
  5. Tekanan kerja.
  6. Difitnah.
  7. "Batu api" terus bermaharaja lela.
  8. Orang yang tidak bersalah dizalimi.
  9. Tidak harmoni.
  10. Sering bersangka buruk.

Cara penyelesaiannya ialah :

  1. Jangan terus percaya kata-kata orang, orang yang mengatakan tentang orang lain, 90 peratus adalah salah. Jadi, terus tanya kepada orang tersebut.
  2. Jangan menyebarkan khabar angin dan membesar-besarkan cerita.
  3. Jangan menyebuk urusan orang lain.
  4. Diam lebih baik dari berkata-kata.
Semoga kita di tempatkan dalam golongan yang tidak lalai dan sering muhasabah diri sendiri. Sebaik-baik orang adalah orang yang MERENDAH DIRI.

leekecix@blog

5:03 AM

Kisah Nabi Musa dgn Seorg Pezina

Posted by leekecix

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam dukacita yang mencekam. Tudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan raut mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah menyelubungi hidupnya.
Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk".

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata,
Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. 
"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. 
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. 
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. 
"Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, 
"Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu sambil menangis. 
Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karana jijik

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalanya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 
 Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" 
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"
"Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 
" Dosa apakah itu?" tanya Musa yang semakin ingin tahu. 
 "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina", jawab Jibril. 


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy)

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. 

Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

 Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.


Kisah Nabi Musa A.S. dengan Seorang Pezina Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya. Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan- pelan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia Berkata, http://3.bp.blogspot.com/_NFPp6v_54dE/TAyCH9fNJfI/AAAAAAAAAHY/_Ea0YJB_wq8/s400/taubat2.jpg"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. " Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran. "Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina", jawab Jibril. Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya. (Dikutip dari buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy) Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.

Sumber - Source - http://referensidunia.blogspot.com/2011/07/kisah-nabi-musa-as-dengan-seorang.html
WZ♥87

6:22 AM

update Julai 2012

Posted by leekecix

Pertama saya Mohd Azli Azni ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti mahupun lukai. Kepada yang telah menyakitkan hati saya sebelum ini, saya telah maafkan. Semoga kalian bahagia hendaknya.

Keduanya, saya dengan rasa rendah diri mendoakan kebahagiaan sahabat2 mahupun sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Saya yang tidak pasti berapa hari lagi hidup di dunia ini memohon sahabat2 mendoakan kebahagiaan saya dan jika kalian terbaca post ini, minta seribu kemaafan jika pernah menyakiti dan kiranya halallah segala hutang yang mungkin tercicir untuk saya langsaikan.

Ketiga, Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Saya mendoakan kepada semua, selamat menyambut bulan yang penuh rahmat dan berkat. Berpuasalah disiang hari dan perbanyakkan ibadah dimalam hari. Berubah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Sama2 kita usahakan.

Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.'




Sekian, cukup setakat ini dahulu..
-Berjuang Bersama Pemimpin Islam-

5:27 AM

Bila dia untuk ku

Posted by leekecix

Bila seseorang itu perlu difikirkan bahawa dia adalah untuk kita, apabila............

  1. Dia menjadi penyelesaian di waktu kesusahan.
  2. Dia menjadi pembimbing di waktu kekeliruan.
  3. Dia menjadi penawar di waktu kesakitan.
  4. Dia menjadi teman di waktu ketakutan.
  5. Dia menjadi penghibur di waktu kesunyian.
  6. Dia menjadi imam di waktu solat.
  7. Dia menjadi pemimpin di waktu kekacauan.
  8. Dia seorang yang sedap mata memandang.
  9. Dia seorang yang bersopan santun.
  10. Dia seorang yang tinggi budi bahasa.
  11. Dia seorang yang pandai membahagikan masa.
  12. Dia seorang yang tekun bekerja.
  13. Dia seorang yang amanah manjaga urusan.
  14. Dia seorang yang bermaruah.
  15. Dia seorang yang sabar.
  16. Dia seorang yang bertanggungjawab.
  17. dia seorang yang suka kanak-kanak.
  18. Dia seorang yang tidak hipokrit.
  19. Dia seorang yang tidak pandai berbohong.
  20. Dia seorang yang tidak suka keganasan.
  21. Dia seorang yang tidak munafik.
  22. Dia seorang yang tidak mementingkan kekayaan.
  23. Dia seorang yang sanggup menerima tugasan diwaktu sibuk.
  24. Dia seorang yang sanggup menerima jawatan diwaktu orang lain menolak.
  25. Dia seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.
  26. Dia seorang yang menangis melihat kesusahan orang lain.
  27. Dia seorang yang jujur terhadap perbuatan.
  28. Dia seorang yang menutup aurat.
  29. Dia seorang yang dianggap sempurna.
  30. Dia yang takut Allah s.w.t.
Kehidupan sebelum mati lazimnya difikirkan bahawa kita mampu memilih. Tetapi rupanya ianya sudah ditentutkan oleh Allah s.w.t. Maka berdoalah semoga jumpa orang yang baik2. Jangan dihina orang yang sebaliknya kerana penghinaan itu sebenarnya terpalik ke muka sendiri.Walaupun kita mengharapkan teman hidup yang baik seperti malaikat, tetapi sebenarnya semuanya atas diri kita sendiri untuk memastikan kita baik di dunia mahupun di akhirat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Jadi pilihlah orang yang mempunyai perkara-perkara di atas. Jika itu adalah orang yang menjadi teman hidup anda. Anda akan selamat di dunia dan akhirat. Tapi semuanya atas diri anda sendiri. Sekian.................



leekecix@blog

11:57 AM

aku dan air mata

Posted by leekecix

Putus cinta perlukah menangis??? Tahukah bahawa air mata punya cerita...........................

1. Sebanyak 85% wanita dan 73% lelaki mengakui bahwa rasa marah dan kesedihan akan berkurang setelah menangis. Air mata tidak hanya disebabkan oleh perasaan sedih saja.


2. Jika wanita dianggap lebih mudah menangis, mungkin saja benar. Rata-rata, wanita menangis sebanyak 47 kali dalam setahun sedangkan lelaki menangis hanya 7 kali setahun.

3. 6minit adalah masa yang diperlukan untuk seseorang itu tenang selapas menangis.

4. Menangis boleh membuatkan seseorang itu lebih sihat.

5. Menangis adalah cara untuk mengurangi tekanan. Ini kerana air mata mengandung hormon prolaktin yang efektif untuk melawan tekanan perasaan.

6. Menangis kerana putus cinta lebih mudah dari menangis kerana gagal menyiapkan tugasan oleh pensyarah.

7. Para ahli mengatakan bahwa menangis dapat menurunkan tekanan darah dan denyut jantung dan membuat respon yang lebih baik terhadap perubatan.

Sebenarnya aku tulis ni saja2 je...hahahha,,..klu tak percaya sudah.......

5:52 AM

Konvokesyen aku

Posted by leekecix



Setelah 5tahun setengah mengikuti pengajian di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tanggal 13.3.12 berlangsung majlis konvokesyen aku di PICC,Putrajaya.Pendaftaran pada 12.3.12. Ditemani abg aku Azril dah isteri dia Jannah. Dari rumah dorang PJ ke PICC, tak sampai 30minit. Walaupun rumah aku USJ 6 ke PJ 5minit je, tp saja duduk rumah dorang time2 cuti ni, dapat makan free..haha..

Ijazah Sarjana Muda Perguruan major Pendidikan Jasmani. Nak kata senang tu, tak tahu lah nak cakap, tapi nak dapat ijazah ni kena lulus 49subjek, bina insan guru siri 1 2 3, praktikum 1 2 3, internship, kajian tindakan, dan tak terlibat dengan masalah disiplin yg teruk. Lupa satu lagi, perhimpunan pagi tak boleh ponteng...hahaha...

Terima kasih kepada semua pensyarah IPG KSAH terutama pensyarah Jabatan PJSS dan yang paling penting kpd Tuan Syed Ahmad Ezahar. Apa yang tinggal, hanya kenangan, pahit manis, suka duka, semua tinggal kenangan.

Sekarang aku dipostingkan kat SK Sri Subang Jaya, SS14. Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan2 semua, dan kepada sesiapa yg sakit hati dengan aku,aku mohon maaf,aku rasa dah tak sakit hati dah kot sebab dah dapat apa yang diinginkan.Jadi, semoga semua berbahagia hendaknya.

Terima kasih semua.

5:12 AM

Kehidupan bekerjaya

Posted by leekecix


Aku nak berkongsi pengalaman baru yg aku tempuhi di tempat baru. Sebelum cerita panjang. Mcm ni lah secara ringkas hidup sehari aku.

Time kerja, gerak pegi sekolah pkl 7.00 am lebih kurang. Lebih kurang 2km je nak ke sekolah. Cume biasalah Persiaran Kewajipan ni adalah antara jalan tersibuk di Malaysia. Jadi sampai sekolah pkl7.20. Ambil masa 20 minit utk 2km.

Sampai je sekolah,parking baik punye bawah bumbung. Pegi pejabat, key in kehadiran guna komputer dan menuju ke bilik guru. Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya ni dalam taman perumahan orang berduit. Jadi murid-murid agak berduitlahkan. Tapi bukan itu yg aku nak cerita, ini pasal cerita aku,bukan pasal budak2 yg belajar kat situ.

Selesai mengajar apa semua, balik dalam pkl 1.30, kalau tak da mesyuarat, LDAP atau aktiviti koko.

Balik je sampai rumah dalam pukul 2 lebih. Rumah pulak apartmen tingkat 3. Lokasi dan kondisi memang best dan selesa.

Time cuti hujung minggu pulak, aku join main badminton kat SK Subang Jaya jiran kepada sekolah aku bersama guru2, arkitek, ahli peniagaan yg tinggal area berdekatan. Seronok dan enjoy sbb semua main macam satu keluarga, macam abg dgn adik. Akhirnya aku jumpa jugak port utk bermain dengan senang hati. Abg “ak’laken” yang memperkenalkan port tu dan memperkenalkan diri aku ni kat dorang. Main enjoy dan tak tertekan langsung. Futsal,renang, joging, dll adalah antara ativiti hujung minggu jugak.

Ustaz Aizil, rakan sejawat dan duduk sebelah aku kat bilik guru. Kebetulan dia ddk kat kuarters guru sebelah apartmen aku. Dia mmg banyak membantu, dari cari rumah, bab kerja, pengalaman, motivasi, memang baik. Dia ni belajar kat mesir time aku darjah 1. Umur beza 13 tahun. Dah kahwin dan anak comel2. Mengajar al-Quran, tajwid, bahasa arab, dll kat surau kuarters guru. Master bahasa arab. Amat merendah diri dan sempoi. Ada hikmahnya aku bertemu dgn orang mcm ni sebenarnya. Alhamdulillah benda2 luaran ni banyak membantu utk hidup di kawasan yg paling maju kat Selangor ni.

Rakan serumah pulak semua orang Penang. 3orang bekas IPTHO dan seorang Teknik Cheras. Ini lagi satu benda yg best, semua kaki solat dan mengaji punya org. Jadi selamat aku jumpa mmber2 rumah yg amat baik. Kebetulan 3 orang bekas IPTHO tu mmber abg aku jgk time kat maktab.

Semua mcm kebetulan tapi sebenarnya, aku rasa amat bertuah sbb benda2 ni yg menggembirakan aku disebalik masalah pribadi yg masih belum selesai dan masih menantikan penyelesaian............... Jika masalah ini pun selesai, hidup aku akan lebih bermakna.sekian..........

Popular Posts