Sekian, cukup setakat ini dahulu..
-Berjuang Bersama Pemimpin Islam-

Setelah 5tahun setengah mengikuti pengajian di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tanggal 13.3.12 berlangsung majlis konvokesyen aku di PICC,Putrajaya.Pendaftaran pada 12.3.12. Ditemani abg aku Azril dah isteri dia Jannah. Dari rumah dorang PJ ke PICC, tak sampai 30minit. Walaupun rumah aku USJ 6 ke PJ 5minit je, tp saja duduk rumah dorang time2 cuti ni, dapat makan free..haha..
Ijazah Sarjana Muda Perguruan major Pendidikan Jasmani. Nak kata senang tu, tak tahu lah nak cakap, tapi nak dapat ijazah ni kena lulus 49subjek, bina insan guru siri 1 2 3, praktikum 1 2 3, internship, kajian tindakan, dan tak terlibat dengan masalah disiplin yg teruk. Lupa satu lagi, perhimpunan pagi tak boleh ponteng...hahaha...
Terima kasih kepada semua pensyarah IPG KSAH terutama pensyarah Jabatan PJSS dan yang paling penting kpd Tuan Syed Ahmad Ezahar. Apa yang tinggal, hanya kenangan, pahit manis, suka duka, semua tinggal kenangan.
Sekarang aku dipostingkan kat SK Sri Subang Jaya, SS14. Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan2 semua, dan kepada sesiapa yg sakit hati dengan aku,aku mohon maaf,aku rasa dah tak sakit hati dah kot sebab dah dapat apa yang diinginkan.Jadi, semoga semua berbahagia hendaknya.
Terima kasih semua.
Aku nak berkongsi pengalaman baru yg aku tempuhi di tempat baru. Sebelum cerita panjang. Mcm ni lah secara ringkas hidup sehari aku.
Time kerja, gerak pegi sekolah pkl 7.00 am lebih kurang. Lebih kurang 2km je nak ke sekolah. Cume biasalah Persiaran Kewajipan ni adalah antara jalan tersibuk di Malaysia. Jadi sampai sekolah pkl7.20. Ambil masa 20 minit utk 2km.
Sampai je sekolah,parking baik punye bawah bumbung. Pegi pejabat, key in kehadiran guna komputer dan menuju ke bilik guru. Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya ni dalam taman perumahan orang berduit. Jadi murid-murid agak berduitlahkan. Tapi bukan itu yg aku nak cerita, ini pasal cerita aku,bukan pasal budak2 yg belajar kat situ.
Selesai mengajar apa semua, balik dalam pkl 1.30, kalau tak da mesyuarat, LDAP atau aktiviti koko.
Balik je sampai rumah dalam pukul 2 lebih. Rumah pulak apartmen tingkat 3. Lokasi dan kondisi memang best dan selesa.
Time cuti hujung minggu pulak, aku join main badminton kat SK Subang Jaya jiran kepada sekolah aku bersama guru2, arkitek, ahli peniagaan yg tinggal area berdekatan. Seronok dan enjoy sbb semua main macam satu keluarga, macam abg dgn adik. Akhirnya aku jumpa jugak port utk bermain dengan senang hati. Abg “ak’laken” yang memperkenalkan port tu dan memperkenalkan diri aku ni kat dorang. Main enjoy dan tak tertekan langsung. Futsal,renang, joging, dll adalah antara ativiti hujung minggu jugak.
Ustaz Aizil, rakan sejawat dan duduk sebelah aku kat bilik guru. Kebetulan dia ddk kat kuarters guru sebelah apartmen aku. Dia mmg banyak membantu, dari cari rumah, bab kerja, pengalaman, motivasi, memang baik. Dia ni belajar kat mesir time aku darjah 1. Umur beza 13 tahun. Dah kahwin dan anak comel2. Mengajar al-Quran, tajwid, bahasa arab, dll kat surau kuarters guru. Master bahasa arab. Amat merendah diri dan sempoi. Ada hikmahnya aku bertemu dgn orang mcm ni sebenarnya. Alhamdulillah benda2 luaran ni banyak membantu utk hidup di kawasan yg paling maju kat Selangor ni.
Rakan serumah pulak semua orang Penang. 3orang bekas IPTHO dan seorang Teknik Cheras. Ini lagi satu benda yg best, semua kaki solat dan mengaji punya org. Jadi selamat aku jumpa mmber2 rumah yg amat baik. Kebetulan 3 orang bekas IPTHO tu mmber abg aku jgk time kat maktab.
Semua mcm kebetulan tapi sebenarnya, aku rasa amat bertuah sbb benda2 ni yg menggembirakan aku disebalik masalah pribadi yg masih belum selesai dan masih menantikan penyelesaian............... Jika masalah ini pun selesai, hidup aku akan lebih bermakna.sekian..........
Hari ini tanggal 17 November 2011. Berakhirlah pembelajaranku di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Sejak tanggal Jun 2006 (kalau tak silap) aku telah mula menjadi guru pelatih di institut ini. Terlalu banyak pengalaman pahit manis, dan bermacam orang yang aku temui. Ada yg gila (jawatan, duit, orang, pangkat, pujian, sanjungan). Menjadi seorang guru bukannya mudah seperti yg disangkakan. Segala tingkah laku kita sentiasa diperhatikan. Menjadi orang yg pendiam disangka sombong, menjadi orang yg periang disangka riak, jadi pandai2lah membawa diri.
Dulu penuh dugaan, kekecewaan dan kebanggaan saling silih berganti. Kini semuanya tinggal kenangan. Yang pasti masa depan lebih berliku kerana belum tentu menjaminkan apa2. Tidak akan seseorang itu berwajah seperti sekarang jika masa silam tidak menjanjikan sesuatu utknya.
Ayahanda Tuan Syed Ahmad Ezahar:
Adik beradik PJ SENPI:
Creep2nite:
Seluruh IPG KSAH:
Kenangan adalah coretan kisah lalu, selalunya orang yg meninggalkan kenangan adalah orang yg lupa diri. Kini aku akan bawa kenangan 5tahun setengah ini utk 75tahun yg akan datang. Yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan pengajaran. Pesan aku kepada sesiapa yg mengenal diri ini, jadilah diri sendiri dan janganlah menjadi orang yg pentingkan diri, kerana jika itu berlaku, korang akan ditinggalkan oleh orang lain dan jangan menyesal atas tindakan orang lain itu kerana semuanya berpunca atas tindakan diri sendiri.
Maafkan salah silap....bye2 SEMUA!
leekecix@blog
Bermula dgn lepasan SPM bagi tahun 2005, aku melangkah kaki menjadi seorang guru pelatih di MPSAH (masih maktab bg thn 2006), Sungai Petani. Dgn hanya mengisi maklumat diri di internet bersama ayahda tercinta di sebuah cybercafe di kampung aku.
Sewaktu sibuk tdo, terdering henset aku mengatakan call masuk. Seorang Dr yg memperkenalkan dirinya Dr Baha mengucapkan tahniah dan menegaskan 'apa2 masalah utk pendaftaran di MPSAH nanti bagi tahu saya'. Terus terlintas difikiran perkataan CIKGU SEKOLAH.
Hari pendaftaran pada hari Isnin tak silap aku, aku bersama keluarga menuju ke Sungai Petani, lokasi yg tak asing lagi bagi aku. Waktu proses pendaftaran, aku berkenalan dgn Tuan Fakhrul, kebetulan berkenalan dan sebilik lah plk. Elaun time tu, 200lbh je. Memang boleh hidup, tapi cukup utk hidup je lah.
Tahun 2007-2008 plk kecoh pasal tunggakan elaun. mau nak beribu dapat. Ramai yg beli mcm2. Duit, duit, duit.
Semakin lama, MPSAH telah bertukar wajah, tahun 2008 menjadi IPSAH dan Tahun 2010 IPG KSAH. Secara jujurnya, antara tiga peralihan zaman tersebut, suasana sewaktu MPSAH adalah suatu yg paling dirindui. Lebih mesra, nyaman, tenteram, hormat, selesa, dan merendah diri.
Semuanya kian pudar dek sekelumat sikap guru pelatih yg pelik. Senang kata, baru masuk je dah buat mcm 'sekolah' dorang. Ada kalanya terlampau pelik. Bukan saja guru pelatih tetapi juga pentadbiran yg pelik. Isu pentadbiran yg pelik di sini bermaksud, adakalanya tidak masuk akal, dan ada kalanya tak terjangkau akal. Negara demokrasi terpimpin, beginilah jadinya, sebaik mana demokrasi, mesti ada kekurangannya. Setelah HEP dan SUP bertukar pemimpin, banyak perubahan yg baik dilaksanakan. Tetapi, adakah perkara yg merugikan dan menyusahkan juga berlaku? Jawapannya hanya warga IPG KSAH dpt ceritakan.
Tahun 2010-2011 adalah isu MQA, insurance, dan peruntukan. malas nak cerita, korang fikirlah sendiri.
Aku tergolong dalam insan yang kurus, walaupun selalu diketawakan dan dijadikan bahan gurauan, aku merasakan ini adalah kejadian Allah s.w.t. dan dengan itu aku bersyukur. Alhamdulillah masih sihat....
Ramai juga yang pendek, gemuk dan lain-lain. Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Tajuk artikel ini ialah kurus dan hasil pembacaan, terdapat beberapa faktor utama seseorang itu kurus. Antaranya ialah:
Saya bakal seorang guru Pendidikan Jasmani pada tahun 2012 dan kini sedang menjalani praktikum. Pelajar jurusan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020. Subjek Pendidikan Jasmani terlibat dalam perkara ini. Tidak hairanlah, pihak kementerin dibawah Kementerian Pendidikan melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan. Ramai ibu bapa mengeluh dengan dasar ini, mereka merasakan dasar ini kabur dan membuatkan anak mereka letih. Selain itu, ibu bapa juga menganggap pihak kementerian tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah moral dan mereka takut prestasi akademik anak mereka menurun akibat bersukan. Adakah ini benar? Ini adalah cabaran.
Badan cergas, minda cerdas. Hanya 1 sukan, adakah perkara ini amat sukar bagi seorang kanak-kanak? Adakah anda sebagai ibu bapa melarang anak anda bersukan? Kanak-kanak suka bermain, itu adalah kenyataan. Tunjang ke tiga dalam Pendidikan Jasmani adalah Kesukanan, banyak nilai-nilai murni dapat diterapkan.
Ibu bapa selalu menyalahkan pihak sekolah jika anak mereka bermasalah. Sedangkan mereka tahu, tanggungjawab mereka itu lebih besar di sisi Allah s.w.t untuk membentuk anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa doa anak-anak mereka akan membantu mereka apabila berada di alam lain. Oleh itu, tidakkah mereka berasa rugi apabila menyerahkan 100% kepada pihak sekolah untuk membentuk anak mereka?
Guru Pendidikan Jasmani perlu menerima cabaran. Sebilangan sekolah dicemari oleh guru-guru yang bukannya dari bidang Pendidikan Jasmani. Antara perkara yang merosakkan subjek ini di sekolah adalah:
hari ni,20 mei 2010.sungai petani.
keluar sejam awal exm tadi.terus aku pg kat parking kete, menuju kepada wira biru aku. aku parking bawah pokok kat area bangunan pekerja institut.aku masuk kete je aku tgk tali leher merah.tak tahu sbb apa aku tgk tali leher tu. jgn tanye sbb apa, suke hati aku ok. aku ddk dalam 5minit, dak2 yg tumpang kete aku tak kluar exm lagi.pelik. padahal stdy smlm. maybe dorang jawap sampai tak cukup kertas kot. aku pun bngun dari tempat ddk pemandu ......
aku buka but kete,aku ambil kain,aku lap kete kesayangan aku. banyak bercalar jgk kete aku ni,padahal baru je cat. aku basahkan kain tu, aku lap lagi. sampai je kat pintu sebelah pemandu,aku buka, aku teringat satu tragedi, jari tersepit....aku ddk kat situ lbh kurang 5minit,termenung kejap.......
aku lap seluruh kete tu tp dorang tak kluar lagi.boring,aku pun buka lagu kat skrin kete aku. tiba2 ada sorang abg berlari sambil tersenyum. abg fakrul rupanya...hahha.. die br kluar,kene tunggu lagi 3 org....
sambil sembang2,aku,fakrul n nasir tebas tebu n makan tebu kat depan kete aku.boleh dikatakan lama jgk tunggu. aku tgk balik kete aku, aku termenung, kenapa aku ada kete ni dan siapa yg rase kete aku ni berharga selain aku. mungkin ada,mungkin tak da. aku buka but kete aku balik, aku tiba2 perasan ada dua payung, satu warna putih, satu warna pink. aku tiba2 terasa sedih. aku ttp but kete......
lps berapa minit org azan,semua mmber2 aku dtg sbb dah pkl 5. semua dah hbs jawap exm..kami pun balik..waktu keluar dr institut, aku fikir, kenapa aku tak seronok langsung habis jwp exm td...maybe sbb ada exm lagi, maybe aku tak sihat, maybe aku ada masalah....sampai sekarang aku masih fikir....................
dl ada seorang org tua ckp kat aku, "semua yg belum, semuanya belum pasti, sampai satu tahap, ang hanya mampu tgk dan kecewa "..aku tnye kenapa.pak cik ok tak ni,tiba2 berfalsafah plk...aku gelak... die ckp sambil makan satay yg aku kipaskan...die jawap, contohnya, pak cik makan satay yg ang masak ni, waktu pak cik makan panas, tp pak cik makan jgk, sbb dah biasa. pak cik kunyah, kadang2 pak cik tersedak dan tak dapat makan. dah tak da rezeki. aku pun jawap, apa susah pak cik, ada banyak lagi satay yg lain, ambil je la. banyak lagi yg saya masak ni. pakcik tu pun jwp sambil cicah satay tu dgn kuah kacang, lain, ada yg sama tp masih ada yg lain, dan ang akan kecewa bila dah kunyah tapi tak dapat telan.........aku pun menganguk sambil cakap dlm hati, pak cik ni mabuk ke tak betul.....
sampai sekarang aku rase, pak cik tu tak betul. cara die cakap dan muka die tenang. tp apa maksud kecewe yg pak cik tu cakap. aku tak berapa faham, tp tok aku ckp,isteri die dah meninggal.maybe ada kait mengait...dia sll senyum dan waktu magrib die akan datang singgah gerai tok aku tu.dia sllnye akan ambil 10 cucuk,die letak atas bara bg panas kejap, pastu die cicah dgn kuah satay, n aku potong sikit timun n nasi impit kat die...dan cara dia makan satay,aku rase,die rase nikmat lain bg setiap cucuk yg dia makan...dah 4tahun aku tak tolong tok aku jual satay dan pak cik tu, aku tak jumpa lagi...............
sblm pergi jauh....i want to proudly say that English is a stupid language...why? jom tgk kat bawah ni, aku taip apa.....
have you ever wondered why foreigners have trouble with the English Language?
Let's face it
English is a stupid language.
There is no egg in the eggplant
No ham in the hamburger
and neither pine nor apple in the pineapple.
English muffins were not invented in England
French fries were not invented in France.
we sometimes take English for granted
But if we examine its paradoxes we find that
Quicksand takes you down slowly
Boxing rings are square
And a guinea pig is neither from guinea nor is it a pig.
If writers write, how come fingers don't fing.
If the plural of tooth is teeth
Should't the plural of phone booth be phone beeth
why didn't the preacher praught.....
bnyak lg sebenarnya aku nak taip,tp malas plk....sbb esk aku nak ambil muet..hope this is the first and the last i seating for muet....
That is why
When the stars are out they are visible
But when the lights are out they are invisible
And why it is that when i wind up my watch
It starts
But when i wind up this observation,
It ends.......................
Blogger adalah umpama satu lobang curahan idea dan satu tempat yg selamat untuk mendokumentasikan pengalaman hidup. Kehidupan yg semakin berubah dan cara hidup yg semakin terancang memungkinkan kehidupan yg tenang. Blog ini yg berbunyi “hidup utk mati”, bermaksud
-Sungguh menanglah,cemerlanglah,beruntunglah orang2 yg menyucikan diri dgn zikir dan solat,kecuali orang2 yg terpedaya dgn kehidupan dunia lalu dia lalai dari zikir kpdNya,SUBHANALLAH. Orang2 beriman,hidupnya tidak utk hidup tapi hidupnya utk maha hidup,hidupnya bukan utk mati,tapi justeru mati itulah utk hidup,hidupnya utk maha hidup,dia tidak takut mati,dia tidak cari mati dan dia tidak lupakan mati,tapi justeru dia rindukan mati,mengapa? Kerana mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini,tapi awal kehidupan sebenarnya kerana mati satu2nya pintu berjumpa dengan-Nya,kebahagian bagi kekasih saat2 detik berjumpa dgn Nya,saat berjumpa,itulah kebahagiaan bagi orang2 beriman bg Allah –
Begitulah maksud yg saya ingin ketengahkan dalam blog ini. Hidup kita kini yg tidak pasti bila sampai ke penghujungnya, dan berapa dosa pahala kita agaknya, makanya marilah kita sama2 berusaha utk tergolong dalam orang2 yg dapat berjumpa dengan-Nya. Saya bukannya ustaz tetapi saya yg masih berusaha meningkatkan ilmu akan berkongsi ilmu itu dgn saudara dan saudari. Saya akan cuba memberi dan terus memberi.....salam,asal dari kampung.