HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

12:01 PM

KURUS

Posted by leekecix

Aku tergolong dalam insan yang kurus, walaupun selalu diketawakan dan dijadikan bahan gurauan, aku merasakan ini adalah kejadian Allah s.w.t. dan dengan itu aku bersyukur. Alhamdulillah masih sihat....

Ramai juga yang pendek, gemuk dan lain-lain. Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Tajuk artikel ini ialah kurus dan hasil pembacaan, terdapat beberapa faktor utama seseorang itu kurus. Antaranya ialah:

  1. Faktor keturunan
  2. Kelainan metabolisme
  3. Menderita penyakit tertentu contoh: diabetes, infeksi cacingan, anemia, kanser.
  4. Diet lemak secara berlebihan

Prof.H.M.Hembing Wijayakusuma dalam kajiannya menggariskan beberapa cara untuk menambahkan berat badan. Berikut adalah tiga cara yang dicadangkan:
  • 3 ruas temu kunci, 1 ruas temu giring, 1 ruas lempuyang, 1 ruas temu hitam diparut. Tambahkan 3 ruas asam jawa. Peras dan saring. Diminum secara teratur.
  • 1 buah pir, 1 buah apel, 1 buah wortel, dan 3 ruas asam jawa dijus. Diminum secara teratur.
  • 1-3 buah kiam boi/sun boi dimakan tiap hari. Lakukan secara teratur.

Kajian demi kajian dikaji oleh orang bijak pandai demi menolong insan yg mempunyai badan yang kurus. Secara amnya, makan banyak dan kerap membolehkan berat badan meningkat. Bersukan dan berpeluh akan meningkatkan keinginan untuk makan. Walaubagaimanapun, sebenarnya orang yang punya badan perlu bersungguh-sungguh untuk meningkatkan berat badannya sendiri.

Orang disekeliling, rakan, keluarga, mahupun pasangan perlu memberi sokongan kepada mereka ini. Antaranya ialah memberi nasihat, mengingatkan supaya makan pada tepat masanya, makan bersama-sama, dan mungkin juga lebih baik anda mengeluarkan sedikit belanja dan belanjalah orang yang kurus ini makan.........sekian ~~~


[gambar hanya hiasan dan bukan aku ataupun mmber2 seangkatan]

8:00 AM

BESEDERHANA DALAM CINTA?

Posted by leekecix

Kehidupan sekarang semakin pelik dan terbalik. Pelbagai perkara yang dulu menjadi perkara yang tidak dibincangkan dan di’sorok-sorok’ menjad perkara yang biasa. Kadang-kadang menjadi perkara yang dibangga-banggakan. Perkara sebegini bukan atas dasar emosi semata-mata tetapi keadaan yang semakin merimaskan membuatkan perkara sebegini seharusnya difikirkan bersama.

Malaysia menuju negara maju dan semakin maju dari segi ekonominya, malangnya penduduk yang beragama Islam terutamanya golongan muda semakin tersasar dari tujuan kehidupan yang sebenar. Jika anda membaca artikel ini, dan setakat ini saja artikel yang ditulis oleh saya, apakah agaknya maksud kata-kata saya di atas dalam fikiran anda?

Marilah kita sama-sama berusaha membetulkan perkara yang tidak betul. Saya bukan tergolong dalam orang yang baik dan sempurna, mungkin juga anda lebih baik dari saya. Ramai golongan muda pada usia 20 hingga 25 mempunyai pasangan (bercinta) dan BELUM BERKAHWIN. Saya bukan ingin mengatakan bahawa perkara ini haram atau sebaliknya, mungkin anda lebih mengetahui dan apa yang saya ingin ketengahkan ialah, BESEDERHANAlah dalam bercinta.

Nasihat kepada diri sendiri dan anda semua, TIDAK PERLULAH:

1. BERCERITA dilaman sosial yang anda ke situ dan ke sini berdua-duaan bersama pasangan (blm berkahwin) tidak mengira waktu.

2. BERKONGSI gambar anda bersama pasangan anda (blm berkahwin) berpeluk, berpegangan tangan, dll dilaman sosial anda @ blog.

3. MENGIKLANKAN perkara yang anda tahu tidak sopan dan salah sebenarnya.

4. Mengeluarkan kenyataan bahawa anda mati @ tidak boleh hidup jika tidak bersama dia, [Allah lebih berhak menerima kata-kata itu sebenarnya]

5. MENUNJUK-NUNJUK bahawa anda begitu sangat bahagia bersama pasangan (blm berkahwin)

Jika anda betul-betul mencintai seseorang itu, besederhanalah. Teruslah mencintai insan tersebut jika itu membahagiakan dan berdoalah supaya jodoh anda bersama orang yang anda cintai itu berakhir dengan ikatan yang sah. Jika anda terlampau menunjuk-nunjuk dan akhirnya putus, bagaimana pandangan orang? Perasaan anda? Jadi, bersederhanalah kerana anda akan lebih berada di zon yang selamat.

Jika artikel saya ini mempunyai unsur-unsur sindiran dan mengguris hati siapa-siapa, saya memohon maaf dan jika anda tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis ini, semoga anda di dalam situasi yang benar.....

1:13 AM

FRIDAY the 13th dikaitkan dgn Solat

Posted by leekecix

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam. ?

1:10 AM

Petua Harian Mengikut Islam

Posted by leekecix

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

7:55 PM

Cabaran Guru PJ Menjelang 2020

Posted by leekecix

Saya bakal seorang guru Pendidikan Jasmani pada tahun 2012 dan kini sedang menjalani praktikum. Pelajar jurusan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.


Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020. Subjek Pendidikan Jasmani terlibat dalam perkara ini. Tidak hairanlah, pihak kementerin dibawah Kementerian Pendidikan melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan. Ramai ibu bapa mengeluh dengan dasar ini, mereka merasakan dasar ini kabur dan membuatkan anak mereka letih. Selain itu, ibu bapa juga menganggap pihak kementerian tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah moral dan mereka takut prestasi akademik anak mereka menurun akibat bersukan. Adakah ini benar? Ini adalah cabaran.

Badan cergas, minda cerdas. Hanya 1 sukan, adakah perkara ini amat sukar bagi seorang kanak-kanak? Adakah anda sebagai ibu bapa melarang anak anda bersukan? Kanak-kanak suka bermain, itu adalah kenyataan. Tunjang ke tiga dalam Pendidikan Jasmani adalah Kesukanan, banyak nilai-nilai murni dapat diterapkan.

Ibu bapa selalu menyalahkan pihak sekolah jika anak mereka bermasalah. Sedangkan mereka tahu, tanggungjawab mereka itu lebih besar di sisi Allah s.w.t untuk membentuk anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa doa anak-anak mereka akan membantu mereka apabila berada di alam lain. Oleh itu, tidakkah mereka berasa rugi apabila menyerahkan 100% kepada pihak sekolah untuk membentuk anak mereka?

Guru Pendidikan Jasmani perlu menerima cabaran. Sebilangan sekolah dicemari oleh guru-guru yang bukannya dari bidang Pendidikan Jasmani. Antara perkara yang merosakkan subjek ini di sekolah adalah:

  • Guru diajar oleh murid: "cikgu, hari ni kita main bola"
  • Guru berpakaian kemeja dan baju kurung mengajar Pendidikan Jasmani di padang.
  • Guru perempuan berpayung sambil memberi arahan kepada murid-murid.
  • Murid-murid mengambil alatan sukan di dalam stor sukan mengikut kehendak masing-masing.
  • Guru duduk menyemak buku latihan sambil murid-murid bebas bersukan.
  • Guru memberi bola sebijik dan bersembang dengan tukang kebun atau guru-guru lain.
  • Sukatan pengajaran tahunan tidak diikuti dan ada sekolah yang tidak ada.
  • Anggapan Pendidikan Jasmani hanya subjek main semata-mata.
  • Lain-lain masalah kecil yang mungkin terjadi.
Pendidikan Jasmani adalah subjek yang amat penting, Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, kita dapat melihat murid-murid kita senyum, bergelak ketawa, menjerit-jerit, tolong-menolong, berpeluh-peluh, dan lain-lain. Tanggapan bersukan akan meletihkan tubuh badan adalah salah sama sekali, guru yang berkualiti tahu cara untuk mengatasi masalah ini.

Sememangnya cabaran guru Pendidikan Jasmani begitu tinggi untuk seiring dengan wawasan 2020. Kanak-kanak zaman ini berlainan sosio-budaya mereka dengan kanak-kanak 10-20 tahun yang lepas. Ibu bapa juga begitu, jarang ibu bapa yang membenarkan anaknya diapa-apakan oleh guru. Lebih memanjakan anak mereka berbanding ibu bapa dahulu yang lebih tegas.

Akhirnya, saya sebagai bakal seorang guru Pendidikan Jasmani meletakkan harapan tinggi supaya subjek ini tidak dipinggirkan dan guru-gurunya menjadi serba boleh selari dengan wawasan 2020.

Popular Posts