HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

9:24 AM

AL-QURAN

Posted by leekecix



Cara bagaimana al-Quran diturunkan

Menurut Imam as-Suyuti dalam kitabnya al-Itqan: Al-Quran diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadr secara sekali gus, kemudian diturunkan pula secara berperingkat selama dua puluh tahun, ada pendapat yang mengatakan dua puluh tiga tahun dan ada pula dua puluh lima tahun sejak Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi dan Rasul berdasarkan peristiwa dan keadaan tertentu yang hanya diketahui oleh Allah SWT pada tempoh tersebut.

Tetapi kenapa al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia dan diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat-peringkat ke atas baginda, perkara ini telah dijawab oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqanbermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran).”

Surah pertama turun dalam al-Quran

Menurut Imam as-Suyuti, surah pertama turun secara keseluruhan isi kandungannya ialah surah al-Muddathir, sementara riwayat Imam at-Tabarani pula surah yang sempurna diturunkan ialah al-Fatihah dan ada pendapat yang mengatakan ialah surah al-Alaq yang diturunkan hanya lima ayat pertama. Walau bagaimanapun mengikut susunan para ulama: Surah al-Alaq yang pertama diturunkan secara mutlak mengikut pendapat jumhur. Surah al-Muddathir pertama diturunkan dalam konteks menyampaikan mesej dakwah. Surah al-Fatihah pula pertama diturunkan sebagai pembuka kepada surah-surah lain dalam al-Quran.

Ayat terakhir turun dalam al-Quran

Perkara ini juga diperselisihkan oleh beberapa pendapat ulama berdasarkan riwayat hadis tertentu:

Pendapat pertama: Ayat terakhir turun ialah ayat mengenai pengharaman riba daripada ayat 278 surah al-Baqarah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman.” ia diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Ibnu Abbas.

Pendapat kedua: Ayat 281 surah al-Baqarah: “Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.” Ia berdasarkan riwayat an-Nasaie daripada Ibnu Abbas dan Said Bin Jubair.

Pendapat ketiga: Ayat 282 surah al-Baqarah yang menceritakan tentang kesaksian dalam muamalat, iaitu ayat yang terpanjang dalam al-Quran. Ia berdasarkan riwayat Said Bin al-Musaiyab.

Pendapat keempat: Ayat 3 surah al-Maidah: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku dan Aku reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”

Perbezaan pendapat di atas berlaku adalah disebabkan riwayatnya tidak sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, ia hanya terjenti setakat di kalangan para sahabat, maka masing-masing menyatakan keyakinan yang dipercayai yang tidak menjejaskan pegangan akidah mereka, walau bagaimanapun menurut para ulama, kecenderungan mereka kepada pendapat keempat berdasarkan apa yang dibacakan oleh baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir untuk bertemu Tuhannya.

Apakah yang ada dalam al-Quran?

Sesungguhnya isi-isi kandungan meliputi pelbagai aspek yang diperlukan oleh manusia bagi mengurus kehidupan mereka dengan lebih sistematik. Dalam al-Quran terdapat ayat yang mengisahkan tentang cerita orang-orang terdahulu dan akan datang (pada hari kiamat) yang sepatutnya menjadi contoh teladan umat Islam hari ini, kerana ayat-ayat cukup sesuai sampai bila-bila, ini menunjukkan bahawa Allah SWT yang memiliki kitab suci tersebut bersifat Maha Sempurna dalam segenap tindak-tanduk-Nya.

Tidak kurang juga al-Quran memberi panduan untuk beramal ibadat seperti ayat-ayat wuduk, solat, perkahwinan, sistem kewangan, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, alam sekitar, sains, kaji hayat, sejarah dan banyak lagi yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu di sini.

Ia juga merakamkan ayat mengenai akidah, ibadat, hubungan manusia dengan Tuhannya, penganjuran supaya berakhlak mulia dan meninggalkan akhlak tercela, cerita tentang azab dan nikmat, syurga dan neraka dan lain-lain.

Apa yang penting, al-Quran bukanlah kitab kuno atau doktrin yang hanya sesuai di zaman unta semata-mata seperti yang didakwakan oleh sesetengah para ilmuan termasuk di kalangan orang Islam, malah ia lebih kepada kitab yang memberi pedoman dan panduan berguna menuju jalan keselamatan hidup di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang mereka perlukan.

1:32 AM

DOA senjata mukmin

Posted by leekecix


Doa lambang kelemahan dan pergantungan seorang hamba kepada Tuhan. Mukmin yg taat tidak akan meremehkan amalan berdoa. Saban waktu kita sentiasa memanjatkan doa-doa yg positif utk membina kehidupan yg ceria, mantap dan cemerlang. Sebaik-baik doa adalah doa yg ma’thur (doa-doa yg selalu diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.) dan jami’ (padat lagi ringkas). Contoh buku-buku doa ialah Hisnul Muslim, al-Ma’thurat, Majmu’ Syarif dan sebaginya.

Adab – adab berdoa

  • Berdoa dalam keadaan bersih daripada hadas/najis.
  • Memulakan dengan ucapan bismillah,memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
  • Menghadap kiblat.
  • Memohon ampun dgn merendah diri dan akui kelemahan diri dan dosa.
  • Berdoa dengan penuh kesungguhan serta memahami isi kandungan doa.
  • Berdoa dgn penuh tawaduk, khusyuk dan rendah diri.
  • Mendahului doa utk diri sendiri sebelum berdoa utk orang lain.
  • Ulangi tiga kali bagi hajat yg lebih berat.
  • Menghindari diri daripada perkara-perkara yg ditegah dalam agama seperti makanan dan minuman yg haram, pakaian yg membuka aurat, dan lain-lain.
Berdoa utk umum kaum muslimin dan Muslimat sama ada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

Doa juga menjadi sumber ketenangan dalam menghadapi situasi yg tidak disenangi seperti ketika berasa tidak tenang dan takut. Doa juga menjadi motivasi kepada mukmin agar terus menjadi insan yg lebih baik pada hari ini berbanding semalam dan seterusnya. Itulah senjata orang mukmin, doa.....

1:30 AM

HIDUP utk MEMBERI

Posted by leekecix


( Phrol Mohamad Juoi, editor majalah Solusi)

Malangnya, dalam hidup ini ramai manusia mementingkan bagaimana untuk mendapat, bukan memberi. Mendapat pada sangkaan mereka akan membahagiakan. Maka berlakulah persaingan dan perebutan. Padahal hidup ini bukan utk bersaing tetapi saling berkongsi. “ We are here to complete not to compete!” – kita di dunia ini bukan utk bertanding tetapi utk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

Jika kita banyak memberi kita akan meningkatkan kualiti jiwa. Jika kita banyak menerima kita akan hanya meningkatkan kuantiti harta. Kualiti jiwa itu matlamat, kuantiti harta itu cuma alat. Jangan tukar antara alat dan matlamat.

Orang yg sentiasa berfikir utk mengembirakan orang lain insya-Allah akan sentiasa dibukakan pintu kegembiraan buatnya oleh Allah s.w.t. Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yg berada di samping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain.

Ingatlah “ HIDUP UNTUK MEMBERI!”

11:53 PM

PEMBUKAAN utk PERMULAAN

Posted by leekecix


Blogger adalah umpama satu lobang curahan idea dan satu tempat yg selamat untuk mendokumentasikan pengalaman hidup. Kehidupan yg semakin berubah dan cara hidup yg semakin terancang memungkinkan kehidupan yg tenang. Blog ini yg berbunyi “hidup utk mati”, bermaksud

-Sungguh menanglah,cemerlanglah,beruntunglah orang2 yg menyucikan diri dgn zikir dan solat,kecuali orang2 yg terpedaya dgn kehidupan dunia lalu dia lalai dari zikir kpdNya,SUBHANALLAH. Orang2 beriman,hidupnya tidak utk hidup tapi hidupnya utk maha hidup,hidupnya bukan utk mati,tapi justeru mati itulah utk hidup,hidupnya utk maha hidup,dia tidak takut mati,dia tidak cari mati dan dia tidak lupakan mati,tapi justeru dia rindukan mati,mengapa? Kerana mati bukanlah akhir dalam kehidupan ini,tapi awal kehidupan sebenarnya kerana mati satu2nya pintu berjumpa dengan-Nya,kebahagian bagi kekasih saat2 detik berjumpa dgn Nya,saat berjumpa,itulah kebahagiaan bagi orang2 beriman bg Allah –

Begitulah maksud yg saya ingin ketengahkan dalam blog ini. Hidup kita kini yg tidak pasti bila sampai ke penghujungnya, dan berapa dosa pahala kita agaknya, makanya marilah kita sama2 berusaha utk tergolong dalam orang2 yg dapat berjumpa dengan-Nya. Saya bukannya ustaz tetapi saya yg masih berusaha meningkatkan ilmu akan berkongsi ilmu itu dgn saudara dan saudari. Saya akan cuba memberi dan terus memberi.....salam,asal dari kampung.

Popular Posts