HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

10:54 PM

syukur

Posted by leekecix

Salam dari Leekecix....
Sekarang time minggu exam tapi aku nak tulis pasal syukur. Bila tgk benda2 yang aku ada, rase mcm topik syukur ni kene dgn aku. Sebelum aku cerita panjang, cuba korang baca tafsir kat bawah ni:

[4:147] Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman ? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui. [32:9] Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. ‘’Dan mereka memperoleh manfaat padanya manfaat-manfaat dan minuman maka mengapakah mereka tidak bersyukur???’’(Yasin : 73)

Dah baca belum kat atas tu? kalau dah baca bagus.... Sebenarnya manusia sekarang perlu lebih banyak bersyukur dari dahulu. Bermula dari zaman Nabi Adam a.s sehingga sekarang. Manusia berkembang dan bumi tak pernah berhenti beredar dan berpusing. Dari zaman mulanya sehingga kini. Yang pastinya, kini kita hidup dalam akhir zaman.

Sudah beribu tahun Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan kita.
Apa kaitan akhir zaman dengan bersyukur? Pertama, saya ingin menyatakan bahawa agama Islam telah pun memberi tahu kita bahawa hidup in hanya sebentar. Kita dilahirkan, terus kita diazankan dan apabila kita mati,kita disembahyangkan. Di sini menunjukkan jarak antara azan dgn solat adalah begitu sebentar dan singkat. Korang semua pernah solat, tahulakan...

Walaubagaimanapun, saya bukan nak bahaskan mengenai adakah mengazankan bayi itu sunnah ataupun bid'ah. Itu bab lain...
Jadi, mengenai blog ini. Ada perkataan mati dihujungnya. Mati ni,korang tahukan, istilah lain dari mati ialah, menghembuskan nafas yang terkhir. Korang tahu tak kenapa menghembus, bukan menarik nafas terakhir? Allah s.w.t mengakhirkan manusia sebegitu sempurna, semua manusia mati termasuk para nabi kecuali nabi Isa a.s. Harap2 tak lari tajuk ni, banyak pulak nak cite.... hembusan terakhir menunjukkan Allah s.w.t Maha Pemurah. Setiap tarikan dan hembusan nafas adalah satu nikmat yang amat besar. Tidakkah korang rase bersyukur mengenai itu....

Sewaktu nazak, ataupun semasa sakarotulmaut. Manusia baru 100% yakin bahawa mati itu pasti bg setiap orang. Ya, korang mmg percaya mengenai mati tetapi tindakan korang semasa hidup membuatkan anda lalai dan seolah2 anda tidak yakin bahawa korang akan mati. Sungguh beruntunglah orang yang mengingati mati itu. Jadi, bersyukurlah dgn kurnia Allah s.w.t kepada korang. Ramai orang berkejar2 mengumpul wang, harta benda, anak bini, dan sebagainya. Dimanakah anda ketika ini.....


Nak cerite mudahnye, aku buat contoh. Orang akan mudah lupa tentang akhirat dan tak lupa tentang dunia. Contohnya, ada tak pernah jumpa orang dia tak nak pg keje satu bulan atau satu tahun? Ada tak kedai runcit sebelah rumah kita tak buka setahun?, bila kita tanye, pak cik kenapa tak buka kedai ni setahun? pakcik tu pun jawap, lol,pakcik lupa sbb pakcik lalai dalam setahun yg lepas. Pernah jadi mcm tu? Jgn jwap lagi... Satu lagi soalan, pernah tak korang jumpa orang tak pegi masjid atau surau satu bulan atau satu tahun? ha, boleh jawap sekarang. Tentula takkan orang lalai sampai lupa nak pegi keje sampai setahun tapi orang akan lalai dan lupa nak pegi ke surau, masjid, program2 mengaji, dan lain2. Mengapa jadi begitu? kerana mereka tidak bersyukur. Bersyukur ini ringkasnya mengingati Allah s.w.t. Jadi kita macam mana sekarang. Agak2 ada peluang yang baik di hari akhirat kelak?


Aku pun tak baik, jahat je lebih. Cuma ada tuan guru aku bagi tahu. "Azli, merenung sekejap itu adalah lebih baik dari qiamulai sepanjang malam" Jadi, jom kita merenung sekejap, apakah kita bersyukur ataupun hanya bermain-main di muka bumi Allah s.w.t.


Sekian,leekecix.....

2:26 PM

ILMU LADUNI

Posted by leekecix

Ilmu ini adalah kepunyaan Allah, dianugerahkan kepada seorang nabi iaitu Nabi Khidir. Dalam ruang ni,saya bukan nak cerita kisah Nabi Khidir secara mendalam tetapi mengenai ilmu ini. Ilmu Laduni. Sebelum saya memberi tahu makna ilmu ini, cuba anda hayati kisah ini....

Berdasarkan dalil Al-Quran Nabi Khidir diujutkan semasa zaman Nabi Musa, pada suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya tentang ajaran Allah, selesai Baginda berucap, bangkitlah seorang lelaki lalu bertanya, “ Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling pandai?” dengan pantas Nabi Musa menjawab “Aku!”, Lelaki itu bertanya lagi “Adakah pernah kau tau, ada orang lebih berilmu daripada kau!” “Tidak!” jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah kerana ucapannya itu tercermin riak kesombongan. Lantas Allah menurunkan Wahyu menyatakan ada lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu (Sahih Bukhari, Hadis ke 72). Insaf dengan teguran Allah itu, Bersama seorang pengikutnya, Yusak Bin Nuh, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki soleh tersebut hingga menemuinya disatu tempat dimana bertemunya dua lautan. (Surah al-Khafi:60-82).

Nak dipendekkan cerita, Nabi Khidir pun berkata kepada Nabi Musa, kamu ikutlah aku, tetapi jangan kamu bertanya apa pun tentang perlakuan ku. Kamu ikut saja. Nabi Musa pun setuju. Dalam perjalanan ada 3 perkara yang pelik Nabi Khidir lakukan:

  1. Baginda menebuk lubang pada sampan yg mereka naiki selepas sampai ke tebing.
  2. Baginda membunuh budak kecil ynag sedang bermain.
  3. Baginda membaiki dinding yang hendak roboh.
Nabi Musa berasa pelik dan bertanya kepada Nabi Khidir, kenapa kamu berbuat demikian. Tidak patut kamu membunuh kanak-kanak dan merosakkan sampan orang. Nabi Khidir pun berkata, kamu kan dah setuju tidak mahu bertanya.

Nak dipendekkan cerita lagi, itulah ilmu yang dipanggil ilmu laduni. Ilmu ini bermaksud, Nabi Khidir mengetahui perkara akan datang ataupun perkara yang belum berlaku yang pasti akan berlaku.
  1. Sampan itu ditebuk kerana, raja di kawasan itu suka mencuri sampan penduduk.
  2. Budak itu dibunuh, kerana budak itu bila besar akan menjadi seorang yang jahat.
  3. Baiki dinding itu kerana ada harta disebalik dinding tersebut. Kepunyaan bapa yang soleh untuk diberikan kepada anak2nya apabila mereka besar.
Ilmu ini dibahas panjang oleh para ulama, mengenai membunuh kanak-kanak dan sebagainya tetapi yang pasti ada hikmat disebalik ilmu ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Nabi Khidir ditugaskan membimbing Nabi Musa yang hidup dizamannya, sebagaimana kita sekarang wajib menyampaikan dakwah kepada orang lain disekeliling kita. Baginda tidak dikurniakan Mukjizat seperti Nabi Musa sebaliknya diajarkan ilmu secara Laduni.

Begitulah maksud dan kisah mengenai ilmu ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Datuk Ismail Kamus yang menyampaikan dakwah ini. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas dan tidak boleh hanya berfikir menggunakan logik semata-mata.......

Sekian_leekecix

10:04 AM

saja nak tulis

Posted by leekecix

hari ni,20 mei 2010.sungai petani.

keluar sejam awal exm tadi.terus aku pg kat parking kete, menuju kepada wira biru aku. aku parking bawah pokok kat area bangunan pekerja institut.aku masuk kete je aku tgk tali leher merah.tak tahu sbb apa aku tgk tali leher tu. jgn tanye sbb apa, suke hati aku ok. aku ddk dalam 5minit, dak2 yg tumpang kete aku tak kluar exm lagi.pelik. padahal stdy smlm. maybe dorang jawap sampai tak cukup kertas kot. aku pun bngun dari tempat ddk pemandu ......

aku buka but kete,aku ambil kain,aku lap kete kesayangan aku. banyak bercalar jgk kete aku ni,padahal baru je cat. aku basahkan kain tu, aku lap lagi. sampai je kat pintu sebelah pemandu,aku buka, aku teringat satu tragedi, jari tersepit....aku ddk kat situ lbh kurang 5minit,termenung kejap.......

aku lap seluruh kete tu tp dorang tak kluar lagi.boring,aku pun buka lagu kat skrin kete aku. tiba2 ada sorang abg berlari sambil tersenyum. abg fakrul rupanya...hahha.. die br kluar,kene tunggu lagi 3 org....

sambil sembang2,aku,fakrul n nasir tebas tebu n makan tebu kat depan kete aku.boleh dikatakan lama jgk tunggu. aku tgk balik kete aku, aku termenung, kenapa aku ada kete ni dan siapa yg rase kete aku ni berharga selain aku. mungkin ada,mungkin tak da. aku buka but kete aku balik, aku tiba2 perasan ada dua payung, satu warna putih, satu warna pink. aku tiba2 terasa sedih. aku ttp but kete......

lps berapa minit org azan,semua mmber2 aku dtg sbb dah pkl 5. semua dah hbs jawap exm..kami pun balik..waktu keluar dr institut, aku fikir, kenapa aku tak seronok langsung habis jwp exm td...maybe sbb ada exm lagi, maybe aku tak sihat, maybe aku ada masalah....sampai sekarang aku masih fikir....................

dl ada seorang org tua ckp kat aku, "semua yg belum, semuanya belum pasti, sampai satu tahap, ang hanya mampu tgk dan kecewa "..aku tnye kenapa.pak cik ok tak ni,tiba2 berfalsafah plk...aku gelak... die ckp sambil makan satay yg aku kipaskan...die jawap, contohnya, pak cik makan satay yg ang masak ni, waktu pak cik makan panas, tp pak cik makan jgk, sbb dah biasa. pak cik kunyah, kadang2 pak cik tersedak dan tak dapat makan. dah tak da rezeki. aku pun jawap, apa susah pak cik, ada banyak lagi satay yg lain, ambil je la. banyak lagi yg saya masak ni. pakcik tu pun jwp sambil cicah satay tu dgn kuah kacang, lain, ada yg sama tp masih ada yg lain, dan ang akan kecewa bila dah kunyah tapi tak dapat telan.........aku pun menganguk sambil cakap dlm hati, pak cik ni mabuk ke tak betul.....

sampai sekarang aku rase, pak cik tu tak betul. cara die cakap dan muka die tenang. tp apa maksud kecewe yg pak cik tu cakap. aku tak berapa faham, tp tok aku ckp,isteri die dah meninggal.maybe ada kait mengait...dia sll senyum dan waktu magrib die akan datang singgah gerai tok aku tu.dia sllnye akan ambil 10 cucuk,die letak atas bara bg panas kejap, pastu die cicah dgn kuah satay, n aku potong sikit timun n nasi impit kat die...dan cara dia makan satay,aku rase,die rase nikmat lain bg setiap cucuk yg dia makan...dah 4tahun aku tak tolong tok aku jual satay dan pak cik tu, aku tak jumpa lagi...............





9:54 AM

aku yg lupa asal usul....

Posted by leekecix

sedikit emo ttp ini kenyataan hidup aku...tak pernah diceritakan kpd sesiapa pun sblm ini...sbb aku baru sedar mlm ni (12/5/2010)....yg aku telah terlampau banyak lupa kenangan2 lalu dan kawan2 aku dl....

aku yg lupa sejarah aku sendiri...mula2 aku ingin ceritakan mengenai tempat aku dibesarkan sejak kecil...aku dibesarkan di kroh @ keroh @ keruh @ pengkalan hulu,perak. berikut adalah peristiwa penting yg aku ingat...

dari tahun 1988-2004(awal tahun) aku tinggal di sini.

tadika & sekolah kebangsaan kroh (SKK)

  • tadika-aku bergaduh time sukan tadika sbb pancing aku buat dgn dahan pokok jambu dpn rmh aku je,abah aku buat,entah sape tah,mengaku die punye..apa lagi,gaduhla.aku tolak budak tu,pastu dia nangis.
  • tadika-aku kalah pertandingan tiup belon(aku tak reti tiup sebenarnya,tak kembong langsung belon tu)
  • tahun 1 sampai tahun 2 - aku lupa langsung.......
  • tahun 3 - aku ingat dua je,kepala aku berdarah teruk 2kali,mula2 aku kena kayu bawah tangga,pastu kene dahan pokok. yg kedua,aku ambil PTS...kemalangan...
  • darjah 4 - aku lupa jgk......
  • darjah 5 - aku ingat dua hal,yg aku ingat aku naik kelas pertama 5 wawasan & aku jadi kadet kebersihan sekolah,dpt topi free.....
  • darjah 6 - aku ingat,aku wakil bola baling(final hujan lebat,kalah penalti),lari 4x100m dgn 4x200m dpt emas,ambil upsr.

sekolah menengah pengkalan hulu (SMKPH)
  • tingkatan 1 - aku lupa.......
  • tingkatan 2 - wakil catur(nombor 5 daerah) & badminton(kalah daerah)
  • tingkatan 3 - wakil catur(nombor 3 daerah), badminton(kalah daerah), hoki(nom 3 daerah), lompat jauh(johan),lompat tinggi(johan),lari 100m(naib johan)..gaduh kes aswadi kacau gf sape tah..aku kena belasah teruk kat kem jati diri sbb geng tu tak puas hati sbb time aku jd pengawas,aku lapor pasal dorang isap rokok....PMR....
aku pindah gerik tahun 2004 sampai skrg.....

sekolah menengah kebangsaan batu 4 (SMK.Batu 4)
  • tingkatan 4 - kejutan budaya sbb 80% dak cina dlm kelas....cara hidup,suasana,semua berubah....rmh pun kecik.dpt motor.badminton(kalah daerah),bola tampar(kalah daerah).tahun boring..
  • tingkatan 5 - badminton(kalah daerah lagi!),bola tampar (kalah daerah), forum remaja (naib johan daerah),kuiz agama(naib johan daerah),kem2 kecemerlangan(bnyk sngt nak tulis), pindah rmh baru,imam besar sekolah....spm....
dah hbs time sekolah...mcm tu la..aku dah lupa bnyk,cuma itu je aku ingt dan ada lagi tak sampai 10perkara je aku ingt..yg lain aku lupa....aku pun pelik...mcm mana boleh lupa....

  • 2006-plkn(2bulan je),temu duga cikgu kat maktab Ipoh, tawaran UITM(abah aku tak bg pegi), tingkatan 6 bawah ( 2bulan je), masuk maktab sultan abdul halim....
  • 2007-2010.....bnyk sngt nak cite 3 tahun terakhir ni sbb aku ingt bnyk lagi...hahaha,,,,,
sebenarnya manusia akn lupa waktu mula dtgnya ke dunia, manusia akn makin ingat waktu penghujungnya(mati)....setelah 2 dekad aku hidup...itu kenangan hidup aku...kenangan membuat seorang itu makin matang.time sekolah menengah adalah time paling perasan besar,lps hbs sekolah,baru tahu yg dunia ni besar lagi.aku tak la teruk sngt wkt sekolah,siap dpn anugerah sahsiah terbaik dua tahun berturut2.tp bila masuk maktab,aku jadi seorang yg merendah diri......

aku tulis ni,bukan utk nak bg tahu semua org,tapi,sebagai ingatan aku masa depan...aku mmg lupa ramai kawan2 aku dl.sampaikan nama pun lupa,bila ada kawan aku dtg rmh,aku lupa nama dia....aku kadang2 lupa diri dan buruk laku...semoga seorang insan dpt membantu aku menjadi yg lbh baik.....

tak mudah utk sampai ke tahap ni,exm bukan main bnyk....selekoh jln & selamat dr kemalangan, mengelak dr mcm2...utk hancurkan masa depan aku? tak sanggup aku buat....semoga kehidupan aku semakin baik bersama org yg tersayang.....insya-Allah....

8:25 PM

ISLAM DAN POLITIK

Posted by leekecix


Ramai yg juling air melihat isu ini di pentas Malaysia. Ada pihak yg memisahkan politik dgn agama, dan berlakulah perpecahan antara mukmin. Ada yang mengatakan mempolitikkan agama, ada yg mengatakan, menyalahgunakan agama, dan bermacam-macam lagi. Ini disebababkan ceteknya ilmu dan pemikiran yg sempit. Ramai orang yg ingin bercakap hal agama, tetapi tidak punya ilmu. Ada yg ingin bercakap, tetapi rakan-rakan menghina kerana kejahatan yg dia lakukan dahulu. Semua manusia berubah, cepat, perlahan, tergesa-gesa ataupun tidak berubah. Tetapi dalam konteks negara kita, negara kita bukanlah negara islam, mahupun negara islam moden. Mengapa? Berikut adalah pandangan sarjana yg kebanyakannya bukan dari orang Islam, tetapi faham Islam itu.... Berikut adalah kata mereka...

  1. Dr. V. Fitzgerald (4) berkata: "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mengaku diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gugusan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergerak dengan selaras, yang tidak dapat dipisahkan satu sama lain".
  2. Prof. C. A. Nallino (5) berkata: "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state). Dan batas-batas teritorial negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya".
  3. Dr. Schacht berkata (6): " Islam lebih dari sekadar agama: ia juga mencerminkan teori-teori perundang-undangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan".
  4. Prof. R. Strothmann berkata (7): "Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Karana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau "negarawan".
  5. Prof D.B. Macdonald berkata (8): "Di sini (di Madinah) dibangun negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama undang-undang Islam".
  6. Sir. T. Arnold berkata (9): " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang kepala agama dan kepala negara".
  7. Prof. Gibb berkata (10): "Dengan demikian, jelaslah bahwa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia merngkumi berdirinya suatu bangun masyarakat yang independen. Ia mempunyai cara/unsur tersendiri dalam sistem kepemerintahan, perundang-undangan dan institusi"
Maka, politik tidak boleh dipisahkan dgn agama Islam. Pemikiran ini nampak seperti mudah dan ringkas, tetapi kesannya amat besar. Contohnya negara Malaysia kita ini. Fikir-fikirkanlah. Mungkin ada banyak pergerakan-pergerakan di bawah sana yg masih bergerak secara tersembunyi, tetapi percayalah, saya mengatakan dengan penuh tanggungjawab bahawa, anda manusia terpilih. Diantaranya adalah apa yang disebutkan Allah swt dalam salah satu firman-Nya :

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوْ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمْ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

“ Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka langsung menyebarkannya. Kalau seandainya mereka mengembalikannya kepada Rasul atau Ulil Amri diantara mereka, tentunya orang – orang yang ingin mencari kebenaran akan dapat mengetahuinya dari mereka ( Rasul dan Ulil Amri ) . Kalaulah bukan karana kurnia Allah dan rahmat-Nya tentunlah kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sebagian kecil diantara kamu. “ ( Q.s. An- Nisa’ : 83 )


Popular Posts