HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

8:00 AM

BESEDERHANA DALAM CINTA?

Posted by leekecix

Kehidupan sekarang semakin pelik dan terbalik. Pelbagai perkara yang dulu menjadi perkara yang tidak dibincangkan dan di’sorok-sorok’ menjad perkara yang biasa. Kadang-kadang menjadi perkara yang dibangga-banggakan. Perkara sebegini bukan atas dasar emosi semata-mata tetapi keadaan yang semakin merimaskan membuatkan perkara sebegini seharusnya difikirkan bersama.

Malaysia menuju negara maju dan semakin maju dari segi ekonominya, malangnya penduduk yang beragama Islam terutamanya golongan muda semakin tersasar dari tujuan kehidupan yang sebenar. Jika anda membaca artikel ini, dan setakat ini saja artikel yang ditulis oleh saya, apakah agaknya maksud kata-kata saya di atas dalam fikiran anda?

Marilah kita sama-sama berusaha membetulkan perkara yang tidak betul. Saya bukan tergolong dalam orang yang baik dan sempurna, mungkin juga anda lebih baik dari saya. Ramai golongan muda pada usia 20 hingga 25 mempunyai pasangan (bercinta) dan BELUM BERKAHWIN. Saya bukan ingin mengatakan bahawa perkara ini haram atau sebaliknya, mungkin anda lebih mengetahui dan apa yang saya ingin ketengahkan ialah, BESEDERHANAlah dalam bercinta.

Nasihat kepada diri sendiri dan anda semua, TIDAK PERLULAH:

1. BERCERITA dilaman sosial yang anda ke situ dan ke sini berdua-duaan bersama pasangan (blm berkahwin) tidak mengira waktu.

2. BERKONGSI gambar anda bersama pasangan anda (blm berkahwin) berpeluk, berpegangan tangan, dll dilaman sosial anda @ blog.

3. MENGIKLANKAN perkara yang anda tahu tidak sopan dan salah sebenarnya.

4. Mengeluarkan kenyataan bahawa anda mati @ tidak boleh hidup jika tidak bersama dia, [Allah lebih berhak menerima kata-kata itu sebenarnya]

5. MENUNJUK-NUNJUK bahawa anda begitu sangat bahagia bersama pasangan (blm berkahwin)

Jika anda betul-betul mencintai seseorang itu, besederhanalah. Teruslah mencintai insan tersebut jika itu membahagiakan dan berdoalah supaya jodoh anda bersama orang yang anda cintai itu berakhir dengan ikatan yang sah. Jika anda terlampau menunjuk-nunjuk dan akhirnya putus, bagaimana pandangan orang? Perasaan anda? Jadi, bersederhanalah kerana anda akan lebih berada di zon yang selamat.

Jika artikel saya ini mempunyai unsur-unsur sindiran dan mengguris hati siapa-siapa, saya memohon maaf dan jika anda tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis ini, semoga anda di dalam situasi yang benar.....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts