kadang2 leekecix guna pengantara nama "aku" dan kadang2 "saya" mengikut kepada topik yg diutarakan.
renungkanlah
Allah s.w.t. mencipta manusia untuk satu tujuan sahaja, iaitu untuk menyembahNya: "Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (Qur'an, 51:56)
“Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi ini khalifah (manusia)” (QS. Al Baqarah : 30 )
Jika manusia berhasil mewujudkan maksud hidupnya, maka akan dijadikan raja-raja di Jannah/Surga. “Jika kamu melihat Jannah seolah-olah adalah kenikmatan dan kerajaan yang besar” (QS. Al Insan: 20)
Orang kafir : Makan dan minum untuk kesehatan dan kekuatan sebagaimana kaum A’ad sehingga mereka berkata : “Siapakah yang lebih kuat daripada Kami ……?”(QS. Fushsihlat: 15)
maka berkata Izrail; "alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus Allah utk mencabut nyawanya,tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa"
"ramai orang boleh beramal tetapi tidak ramai orang yang boleh meninggalkan maksiat"
Ketahuilah, bahawasanya memperbanyak mengingati mati itu adalah seperkara yg dituntut oleh agama dan amat digalakkan, kerana yg demikian itu mengandungi berbagai-bagai faedah yg berguna. Di antaranya: pendek harapan, zuhud di dunia, qanaah atau memadai yg sedikit, cinta kepada akhirat serta memperbanyak bekalan dengan amal dan bakti yg baik.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
"memperbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan(maut). "
Tatkala baginda Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia. Jawab baginda. maksudnya:
"Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati. Mereka itulah orang-orang yang pintar. Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat."
Berkata setengah para salaf: Pilihlah segala perkara yg dapat mengingati anda kepada maut, dan teruskanlah perbuatan itu, jika anda masih melakukannya. Sebaliknya, jauhilah segala perkara yg menimbulkan perasaan benci kepada maut, dan tinggalkanlah ia jika anda masih melakukannya. Renungkanlah pesanan ini baik-baik dan peliharalah ia, moga-moga Allah merahmati anda. Sebab nasihat ini amat besar faedahnya bagi orang-orang yg mematuhinya. Hanya Allah jualah yg memberi taufiq, kerana tiada Tuhan selainNya.
Dalam mensifatkan seorang Mu'min yg tercinta sebagaimana tersebut di dalam sabdanya yg diriwayatkan dari tuhan, berbunyi: Tiadalah hampir seorang yg mendekatkan dirinya kepadaKu... dan seterusnya sehingga Hadis(Qudsi) itu berbunyi:
"Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu perkara yang akan Aku lakukan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mencabut nyawa hambaKu yang Mu'min yang bencikan mati. Aku tidak mahu menyusahkannya, akan tetapi mati itu adalah pasti baginya"
Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia seperti mana yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W. Berikut adalah beberapa hadis yang terlibat:
Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”(HR al-Bukhari dan Muslim) “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”(HR al-Bukhari dan Muslim)
“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)
Perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad).
Bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
Baginda tidak menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain.
Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.
Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan, menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Di Malaysia mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
Berikut adalah beberapa fakta mengenai sakaratul maut yg mungkin anda ketahui ataupun belum mengetahui. Hayatilah, semoga terbit rasa insaf itu.....
Mati itu pasti bagi kita.
Tidak dipercepat atau dilambatkan walau sedetik mati itu.
Mati itu ada kalanya ada amaran (sakit,beruban,hilang selera makan) dan ada kalanya tidak (kemalangan mengejut).
Cara mengigati mati ialah membayangkan rakan2 yg sudah tiada dan bayangkan orang yg di dalam kubur itu telah hancur.
Kita dibahagikan kepada tiga. Amalan (utk kita), roh (utk Allah), jasad (utk cacing kecuali org mati syahid jasadnya utk Allah).
Mati itu tak tahu bila, tak pilih kasih, tua ataupun kanak-kanak, di rumah atau di laut, di kapal atau di darat, tidak ada suatu waktu detik masa yg dapat diramalkan.
Sakitnya mati itu sebanyak 300 kali ganda pancung.
Pergandaan luas setiap alam. Kecil (alam rahim), Besar (dunia), Sangat besar ( alam kubur), Tersangat besar tidak terkira (akhirat).
Tidak masuk seseorang itu ke dalam syurga kerana amalannya tetapi sebenarnya kerana rahmat Allah.
Nabi Isa pernah menghidupkan kembali umatnya yg sudah lama mati atas izin Allah, ditanya kepada orang yg telah hidup kembali itu, inginkah kamu hidup kembali jika diberi pilihan? orang itu menjawab. Tidak sama sekali kerana mati itu amat sakit dan sakitnya itu masih aku terasa sehingga hari ini.
Jika di seksa maka lebih beratlah seksaannya di hari akhirat, jika mendapat nikmat, maka mudahlah nanti di hari akhirat.
Sempitnya kubur bagi orang yg tidak beramal sehinggakan rusuk kiri berselisih dengan rusuk kanan.
Luas kubur itu bagi orang beriman adalah seluas2 atau sejauh2 pandangan mata memandang.
Roh akan dimasukkan kembali ke dalam jasad selepas 7langkah orang terakhir meninggalkan kubur tersebut dan hanya untuk menjawap soalan2 malaikat di alam kubur.
Orang alim, beramal kuat tapi masih sakit mati. Ada dua sebab berlaku begitu. Pertama, sama ada ada dosa yg sedikit yg belum terampun. Kedua, sama ada Allah ingin mengangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t.
Datang kembali (terbayang2) dosa2 yg lepas sewaktu saat2 kematian. (akal fikiran mengkhayalkan kembali dosa2 yg lepas)
Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s bagaimana rasa mati? (semasa peristiwa israk makraj). Nabi Ibrahim berkata; seperti ambil kekabu yg basah, diletak pada batang yg berduri, ditarik kearah yg songsang.
Roh orang beriman ditidurkan sehingga hari kiamat.
Roh orang beriman dibuka satu tingkap nampak sehingga ke syurga.
Soalan ditanya oleh malaikan dalam bahasa arab.
Soalan yg ditanya oleh malaikat sudah bocor. Walaupun begitu, yg menjawab itu ialah amalannya, bukan bahasa arab itu.
Semua orang tahu dunia ini sementara,nanti akan mati. Walaupun ramai orang terpesona dengan dunia ini,rasa2 tak nak mati. Pasal tidak diketahui bahawa sesungguhnya alam yg lagi satu lebih hebat dari alam yg ada sekarang. Maka terpesonalah orang dengan alam yg nampak ini..........
Apabila pesakit itu sudah tenat dan harapan untuk sembuh adalah nipis. Maka, antara tanda-tanda kematian sudah terlalu hampir adalah seperti:
Bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi.
Hidung sudah lembik.
Tapak kaki sudah tidak tegak.
Telinga sudah layu.
Maka patutulah dilakukan beberapa perkara umpamanya hendaklah diberi pengharapan yang Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.
Perkara yang perlu dilakukan kepada jenazah:
Sunat menutup matanya.
Melembutkan sendi-sendinya yang keras kaku.
Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
Mendoakan si mati.
Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
Letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukan meletakkan surah Yassin di atas perut sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
Menutup keseluruhan tubuhnya.
Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.
Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.
Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada limabahagi.
hartanya untuk warisnya.
nyawanya untuk Malaikal Maut.
dagingnya untuk ulat-ulat.
tulangnya untuk tanah.
amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,
Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?
Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:
Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?
Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:
Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!
Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:
Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.
Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:\
Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.
Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).