HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

8:36 AM

Fakta menarik-Bunuh Diri

Posted by leekecix


Fakta-fakta mengenai Bunuh Diri:

  • Dosa besar.
  • Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia seperti mana yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W. Berikut adalah beberapa hadis yang terlibat:
Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”
(al-Bukhari dan Muslim)

  • Perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad).
  • Bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
  • Baginda tidak menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain.
  • Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.
  • Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan, menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
  • Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
  • Di Malaysia mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
leekecix@blog

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts