HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

7:55 PM

Cabaran Guru PJ Menjelang 2020

Posted by leekecix

Saya bakal seorang guru Pendidikan Jasmani pada tahun 2012 dan kini sedang menjalani praktikum. Pelajar jurusan Pendidikan Jasmani & Sains Sukan di IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.


Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaan untuk mencapai negara maju pada tahun 2020. Subjek Pendidikan Jasmani terlibat dalam perkara ini. Tidak hairanlah, pihak kementerin dibawah Kementerian Pendidikan melaksanakan dasar 1 murid 1 sukan. Ramai ibu bapa mengeluh dengan dasar ini, mereka merasakan dasar ini kabur dan membuatkan anak mereka letih. Selain itu, ibu bapa juga menganggap pihak kementerian tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah moral dan mereka takut prestasi akademik anak mereka menurun akibat bersukan. Adakah ini benar? Ini adalah cabaran.

Badan cergas, minda cerdas. Hanya 1 sukan, adakah perkara ini amat sukar bagi seorang kanak-kanak? Adakah anda sebagai ibu bapa melarang anak anda bersukan? Kanak-kanak suka bermain, itu adalah kenyataan. Tunjang ke tiga dalam Pendidikan Jasmani adalah Kesukanan, banyak nilai-nilai murni dapat diterapkan.

Ibu bapa selalu menyalahkan pihak sekolah jika anak mereka bermasalah. Sedangkan mereka tahu, tanggungjawab mereka itu lebih besar di sisi Allah s.w.t untuk membentuk anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa doa anak-anak mereka akan membantu mereka apabila berada di alam lain. Oleh itu, tidakkah mereka berasa rugi apabila menyerahkan 100% kepada pihak sekolah untuk membentuk anak mereka?

Guru Pendidikan Jasmani perlu menerima cabaran. Sebilangan sekolah dicemari oleh guru-guru yang bukannya dari bidang Pendidikan Jasmani. Antara perkara yang merosakkan subjek ini di sekolah adalah:

  • Guru diajar oleh murid: "cikgu, hari ni kita main bola"
  • Guru berpakaian kemeja dan baju kurung mengajar Pendidikan Jasmani di padang.
  • Guru perempuan berpayung sambil memberi arahan kepada murid-murid.
  • Murid-murid mengambil alatan sukan di dalam stor sukan mengikut kehendak masing-masing.
  • Guru duduk menyemak buku latihan sambil murid-murid bebas bersukan.
  • Guru memberi bola sebijik dan bersembang dengan tukang kebun atau guru-guru lain.
  • Sukatan pengajaran tahunan tidak diikuti dan ada sekolah yang tidak ada.
  • Anggapan Pendidikan Jasmani hanya subjek main semata-mata.
  • Lain-lain masalah kecil yang mungkin terjadi.
Pendidikan Jasmani adalah subjek yang amat penting, Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, kita dapat melihat murid-murid kita senyum, bergelak ketawa, menjerit-jerit, tolong-menolong, berpeluh-peluh, dan lain-lain. Tanggapan bersukan akan meletihkan tubuh badan adalah salah sama sekali, guru yang berkualiti tahu cara untuk mengatasi masalah ini.

Sememangnya cabaran guru Pendidikan Jasmani begitu tinggi untuk seiring dengan wawasan 2020. Kanak-kanak zaman ini berlainan sosio-budaya mereka dengan kanak-kanak 10-20 tahun yang lepas. Ibu bapa juga begitu, jarang ibu bapa yang membenarkan anaknya diapa-apakan oleh guru. Lebih memanjakan anak mereka berbanding ibu bapa dahulu yang lebih tegas.

Akhirnya, saya sebagai bakal seorang guru Pendidikan Jasmani meletakkan harapan tinggi supaya subjek ini tidak dipinggirkan dan guru-gurunya menjadi serba boleh selari dengan wawasan 2020.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts