HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

11:15 AM

Fitnah dalam Kubur

Posted by leekecix

Wajib kita beriman kepada perkara-perkara yg diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. yg terdiri daripada fitnah dalam kubur, dua orang Malaikat yg akan menanyakan soalan mengenai Tuhan, agama, dan Rasul sebagaimana tersebut dalam beberapa hadis sahih menjelaskan bahawa manusia akan disoaljawab dalam kubur mereka.


Daripada Asma' r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Tidak ada sesuatu perkara yang belum diperlihatkan kepadaKu melainkan dapat juga aku melihatnya di tempat aku ini, sampai kepada syurga dan neraka (pun diperlihatkan kepadaku), kemudian diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya kamu akan diuji di dalam kubur kamu semacam atau yang hampir dengan fitnah Al-Masih Al-Dajjal. Kepada setiap orang akan ditanyakan, "Apakah yang kamu tahu tentang Muhammad?" orang yang beriman atau orang yang mempercayai akan menjawab, "Ia adalah Muhammad utusan Allah. Ia datang kepada kami semua dengan membawa keterangan yang jelas dan petunjuk, kami semua menyahuti seruannya dan mengikutnya. "Pertanyaan itu diulangkan tiga kali. Dan diucapkan kepadanya " Tidurlah sebagai seorang soleh," kami mengetahui bahawa kamu percaya kepadanya. Sebaliknya orang yang ragu akan menjawab, "Aku tidak tahu, aku mendengar orang bercakap sesuatu lalu aku mengikuti percakapan mereka."

Daripada Anas Bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Apabila seorang hamba diletakkan di dalam kuburnya dan sahabat handainya berpaling balik. Sesungguhnya ia mendengar derap selipar mereka, baginda meneruskan: Datang kepada hamba itu dua malaikat, kemudian kedua-dua membangunkan lelaki itu dan menanya: Apakah enkau telah katakan terhadap Muhammad? Jika ia seorang mukmin ia menjawab: Saya menyaksikan bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasulnya, lalu dikatakan kepadanya: Lihatlah kelak di dalam syurga. Sambung baginda lagi: Ia dapat melihat kedua-dua tempat kediamannya. Berkata Qatadah: "Maka dibuka luas baginya di dalam kubur itu seluas tujuh puluh hasta dan tempat kediamannya dipenuhi dengan kehijauan hingga kepada hari kebangkitan." Adapun orang munafik dan kafir akan ditanya: Apakah kamu telah katakan terhadap lelaki ini? Ia menjawab: Engkau tidak memahami dan tidak ikut orang yang mengetahui. Ia dipukul dengan pemukul besi dengan pukulan yang ia menjerit kesakitan didengar oleh semua kecuali manusia dan jin sahaja."

leekecix@blog

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts