HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

9:23 AM

Banyakkanlah mengingati mati

Posted by leekecix

Ketahuilah, bahawasanya memperbanyak mengingati mati itu adalah seperkara yg dituntut oleh agama dan amat digalakkan, kerana yg demikian itu mengandungi berbagai-bagai faedah yg berguna. Di antaranya: pendek harapan, zuhud di dunia, qanaah atau memadai yg sedikit, cinta kepada akhirat serta memperbanyak bekalan dengan amal dan bakti yg baik.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:


"memperbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan(maut). "

Tatkala baginda Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia. Jawab baginda. maksudnya:

"Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati. Mereka itulah orang-orang yang pintar. Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat."

Berkata setengah para salaf: Pilihlah segala perkara yg dapat mengingati anda kepada maut, dan teruskanlah perbuatan itu, jika anda masih melakukannya. Sebaliknya, jauhilah segala perkara yg menimbulkan perasaan benci kepada maut, dan tinggalkanlah ia jika anda masih melakukannya. Renungkanlah pesanan ini baik-baik dan peliharalah ia, moga-moga Allah merahmati anda. Sebab nasihat ini amat besar faedahnya bagi orang-orang yg mematuhinya. Hanya Allah jualah yg memberi taufiq, kerana tiada Tuhan selainNya.



Dalam mensifatkan seorang Mu'min yg tercinta sebagaimana tersebut di dalam sabdanya yg diriwayatkan dari tuhan, berbunyi: Tiadalah hampir seorang yg mendekatkan dirinya kepadaKu... dan seterusnya sehingga Hadis(Qudsi) itu berbunyi:

"Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu perkara yang akan Aku lakukan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mencabut nyawa hambaKu yang Mu'min yang bencikan mati. Aku tidak mahu menyusahkannya, akan tetapi mati itu adalah pasti baginya"


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts