HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

6:31 AM

TERIMA KASIH

Posted by leekecix


Terima kasih ada banyak cara..ucapan,senyuman,berjabat tgn,sijil penghargaan,hadiah...tp,adakah anda sering mengucapkan terima kasih atau orang yang mengucapkan terima kasih kepada anda?

Bermacam bahasa membawa maksud terima kasih...Sebelum itu, cuba hayati cerita dari leekecix ini....


Dulu ada seorang pemuda ingin mencari agama yang benar. Dia perhatikan, semua agama menyuruh kepada kebaikan tetapi berbeza cara dan laku. Dia pun memikirkan satu agama yang betul-betul membantu dia di dunia dan membawa kepada kebenaran. Setiap agama, dia kaji dan teliti. Walaupun begitu, pintunya belum terbuka untuk agama Islam. Sampailah pada suatu petang.....

Pada petang yang redup dan angin lalu merangkak di celah-celah dedaun pokok, dia berjalan keseorangan, sambil matanya mengerawang melihat kanak-kanak berlari riang bersama rakan-rakan di taman permainan. Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki tua berjanggut panjang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Dia pun...

(selepas berbual ringkas). Tiba-tiba terlintas di fikiran lelaki itu, mengenai agama yang dia ingin cari. Dia bertanya kepada pak cik tersebut. Pak cik, apakah agama yang benar? Pak cik itu pun jawap la....pak cik tidak akan memberi hujah-hujah atau apa-apa penerangan mengenai apa-apa agama pun kepada kamu, kamu hanya perlu 3minggu.....Pemuda itu pun tergamam....pak cik itu pun menyambung cerita, tiap-tiap hari pada minggu pertama kamu pergi ke gereja, hari-hari pada minggu kedua, kamu pergi ke kuil, dan hari-hari pada minggu terakhir, kamu pergi ke masjid. Di situ kamu akan menemukan sesuatu dan jika kamu ketemu, datanglah semula ke sini....Pemuda itu pun pulang dengan harapan, pencariannya akan berakhir...

(setelah 3minggu......)

pemuda itu berlari menuju ke rumah pak cik tersebut...alangkah pelik dan hairan,apabila semua pintu dan tingkap tutup dan rumah itu agak usang... Dia pun menjerit,pak cik! pak cik! pak cik! Tiba-tiba ada seorang perempuan dalam lingkungan 40-an lalu dan bertanyakan kepada pemuda tersebut.. anak ni cari siapa? saya cari pak cik yang tinggal di rumah ni mak cik.. mak cik itu menjawap, oh, anak ni siapa? pak cik yang tinggal di sini sudah dua tahun meninggal nak...........

-pada pandangan anda, agama apakah yg pemuda itu telah pilih? -
-pada logik fikiran, siapakah pak cik yg pemuda itu jumpa pada 3minggu yg lepas? -

Pemuda tersebut telah memeluk agama Islam. Pada minggu pertama,di gereja, gereja tutup pada hari-hari tertentu. Begitu juga dengan kuil. Tetapi pada minggu terakhir, masjid tiap-tiap hari buka dan pada setiap lima waktu khasnya, akan didatangi oleh penganutnya. Tuhan tidak pernah tidur dan masalah/dosa/ingin meminta ampun/petunjuk, tidak mengikut hari.Tidak ada hari untuk semua itu berlaku...Jadi masjid yang tidak pernah tutup membuat kan pintu hatinya terbuka untuk agama Islam.....Ringkasnya, agama Islam adalah agama Allah yang sebenar-benar agama dan satu-satunya agama yang benar,lurus, dan diredoi olah-Nya.

siapakah pak cik tersebut? fikir-fikirkanlah......................


Berkisar kepada cerita di atas ini, Pemuda tersebut harus berterima kasih kepada Allah, hidayah yg diberikan kepada pemuda tersebut amat berharga. Bukan sahaja untuk di dunia, tetapi untuk kehidupan di akhirat yg kekal abadi. Terima kasih kepada Allah adalah satu tindakan rohani yg cukup besar nilainya. Terima kasih kepada makhluk juga perlu dan sewajarnya di jadikan sebagai budaya hidup bermasyarakat. Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepada hamba-Nya yg bersyukur,tanda bersyukur adalah ucapan terima kasih,bukan hanya dari lidah, cukup dari hati...kerana hati tidak pernah berbohong.....

Terima Kasih Allah......








0 comments:

Post a Comment

Popular Posts