HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

11:27 AM

Allah s.w.t Maha Penyayang

Posted by leekecix

Allah SWT berfirman:

"Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Assalamualaikum.

Setelah korang membaca tafsir di atas, korang masih berpeluang utk masuk ke syurga Allah s.w.t. Setiap insan mempunyai dosa, dan sesungguhnya setiap insan mahukan pahala. Tetapi sedang sibuk mencari pahala, jgn pula lupa menyucikan dosa yang kalian lakukan. Ini kerana, ramai orang yg boleh berbuat pahala, tetapi tidak ramai orang yg mampu tinggalkan dosa. Cuba renungkan dosa korang dari mula baligh sehingga saat ini. Cuba renungkan apakah dosa yg paling besar dan dosa yg paling kerap korang lakukan. Adakah korang ingin bertaubat?

Tajuk pun mengenai Allah s.w.t Maha Penyayang, aku bukan nak cite mengenai Allah s.w.t Maha Pengampun tapi dua2 perkara ini amat berkait rapat. cuba korang renungkan tiga perkara di bawah:


  • "Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al Maaidah: 39)

  • "Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Al An'aam: 54)

  • "Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 119)

Setelah diteliti tafsir di atas, korang perlulah sedar bahawa Allah s.w.t Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Walaupun korang membuat dosa dan merosakkan muka bumi ini tetapi Allah s.w.t masih memberi korang makan, minum dan udara. Tidakkah korang berasa bersalah atas pemberian itu walaupun korang masih membuat dosa ?

Kasih sayang Allah s.w.t terhadap hamba-Nya tidak terjangkau oleh fikiran. Walaupun ada manusia yg setiap hari meminta tolong pada batu (berhala), tetapi Allah s.w.t masih memberi makanan dan kehidupan yang selesa. Nabi Muhammad s.a.w memohon kepada Allah s.w.t supaya umat baginda tidak diberi bala seperti kaum2 yg terdahulu. diterbalikkan bumi, dilanda banjir yg besar dan sebagainya. Allah .s.w.t menerima doa baginda. Dan kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w perlu bersyukur dan perlu sentiasa insaf atas kesalahan diri. Nabi Muhammad s.a.w telah berpesan, pada akhir zaman, ramai manusia akan sesat kecuali manusia yg menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dan sunnah ku sebagai ikutan.

Jadi, jgnlah hanya sibuk menyayangi org lain, sayangilah diri sendiri dahulu, sesungguhnya bila korang mati, harta, wang ringgit, isteri dan anak2 ditinggalkan. Hanya amalan korang akan dibawa bersama.

Kita yg terlampau banyak dosa ini perlulah malu dgn kasih sayang Allah s.w.t terhadap kita. Jgnlah hanya sibuk mencari wang ringgit dan bersuka ria, bila tiba saat malaikat menjemput kita, maka sudah terlewatlah bagi orang2 yg lalai dan beruntunglah bagi orang2 yg beriman. Penutup ni: "korang masih sihat ketika ini walaupun tidak solat, tidak menutup aurat, riak dan sebagainya. Allah s.w.t menyayangi korang walaupun korang begitu teruk dan pastinya dgn peluang yg ada ini, cepat2 lah bertaubat kerana sesungguhnya mati itu tidak datang secara dipinta dan hanya datang secara tiba-tiba............."

salam_leekecix........

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts