HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

10:54 PM

syukur

Posted by leekecix

Salam dari Leekecix....
Sekarang time minggu exam tapi aku nak tulis pasal syukur. Bila tgk benda2 yang aku ada, rase mcm topik syukur ni kene dgn aku. Sebelum aku cerita panjang, cuba korang baca tafsir kat bawah ni:

[4:147] Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman ? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui. [32:9] Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. ‘’Dan mereka memperoleh manfaat padanya manfaat-manfaat dan minuman maka mengapakah mereka tidak bersyukur???’’(Yasin : 73)

Dah baca belum kat atas tu? kalau dah baca bagus.... Sebenarnya manusia sekarang perlu lebih banyak bersyukur dari dahulu. Bermula dari zaman Nabi Adam a.s sehingga sekarang. Manusia berkembang dan bumi tak pernah berhenti beredar dan berpusing. Dari zaman mulanya sehingga kini. Yang pastinya, kini kita hidup dalam akhir zaman.

Sudah beribu tahun Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan kita.
Apa kaitan akhir zaman dengan bersyukur? Pertama, saya ingin menyatakan bahawa agama Islam telah pun memberi tahu kita bahawa hidup in hanya sebentar. Kita dilahirkan, terus kita diazankan dan apabila kita mati,kita disembahyangkan. Di sini menunjukkan jarak antara azan dgn solat adalah begitu sebentar dan singkat. Korang semua pernah solat, tahulakan...

Walaubagaimanapun, saya bukan nak bahaskan mengenai adakah mengazankan bayi itu sunnah ataupun bid'ah. Itu bab lain...
Jadi, mengenai blog ini. Ada perkataan mati dihujungnya. Mati ni,korang tahukan, istilah lain dari mati ialah, menghembuskan nafas yang terkhir. Korang tahu tak kenapa menghembus, bukan menarik nafas terakhir? Allah s.w.t mengakhirkan manusia sebegitu sempurna, semua manusia mati termasuk para nabi kecuali nabi Isa a.s. Harap2 tak lari tajuk ni, banyak pulak nak cite.... hembusan terakhir menunjukkan Allah s.w.t Maha Pemurah. Setiap tarikan dan hembusan nafas adalah satu nikmat yang amat besar. Tidakkah korang rase bersyukur mengenai itu....

Sewaktu nazak, ataupun semasa sakarotulmaut. Manusia baru 100% yakin bahawa mati itu pasti bg setiap orang. Ya, korang mmg percaya mengenai mati tetapi tindakan korang semasa hidup membuatkan anda lalai dan seolah2 anda tidak yakin bahawa korang akan mati. Sungguh beruntunglah orang yang mengingati mati itu. Jadi, bersyukurlah dgn kurnia Allah s.w.t kepada korang. Ramai orang berkejar2 mengumpul wang, harta benda, anak bini, dan sebagainya. Dimanakah anda ketika ini.....


Nak cerite mudahnye, aku buat contoh. Orang akan mudah lupa tentang akhirat dan tak lupa tentang dunia. Contohnya, ada tak pernah jumpa orang dia tak nak pg keje satu bulan atau satu tahun? Ada tak kedai runcit sebelah rumah kita tak buka setahun?, bila kita tanye, pak cik kenapa tak buka kedai ni setahun? pakcik tu pun jawap, lol,pakcik lupa sbb pakcik lalai dalam setahun yg lepas. Pernah jadi mcm tu? Jgn jwap lagi... Satu lagi soalan, pernah tak korang jumpa orang tak pegi masjid atau surau satu bulan atau satu tahun? ha, boleh jawap sekarang. Tentula takkan orang lalai sampai lupa nak pegi keje sampai setahun tapi orang akan lalai dan lupa nak pegi ke surau, masjid, program2 mengaji, dan lain2. Mengapa jadi begitu? kerana mereka tidak bersyukur. Bersyukur ini ringkasnya mengingati Allah s.w.t. Jadi kita macam mana sekarang. Agak2 ada peluang yang baik di hari akhirat kelak?


Aku pun tak baik, jahat je lebih. Cuma ada tuan guru aku bagi tahu. "Azli, merenung sekejap itu adalah lebih baik dari qiamulai sepanjang malam" Jadi, jom kita merenung sekejap, apakah kita bersyukur ataupun hanya bermain-main di muka bumi Allah s.w.t.


Sekian,leekecix.....

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts