kadang2 leekecix guna pengantara nama "aku" dan kadang2 "saya" mengikut kepada topik yg diutarakan.
renungkanlah
Allah s.w.t. mencipta manusia untuk satu tujuan sahaja, iaitu untuk menyembahNya: "Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." (Qur'an, 51:56)
“Sesungguhnya Aku akan menjadikan di muka bumi ini khalifah (manusia)” (QS. Al Baqarah : 30 )
Jika manusia berhasil mewujudkan maksud hidupnya, maka akan dijadikan raja-raja di Jannah/Surga. “Jika kamu melihat Jannah seolah-olah adalah kenikmatan dan kerajaan yang besar” (QS. Al Insan: 20)
Orang kafir : Makan dan minum untuk kesehatan dan kekuatan sebagaimana kaum A’ad sehingga mereka berkata : “Siapakah yang lebih kuat daripada Kami ……?”(QS. Fushsihlat: 15)
maka berkata Izrail; "alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus Allah utk mencabut nyawanya,tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa"
"ramai orang boleh beramal tetapi tidak ramai orang yang boleh meninggalkan maksiat"
Apabila pesakit itu sudah tenat dan harapan untuk sembuh adalah nipis. Maka, antara tanda-tanda kematian sudah terlalu hampir adalah seperti:
Bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi.
Hidung sudah lembik.
Tapak kaki sudah tidak tegak.
Telinga sudah layu.
Maka patutulah dilakukan beberapa perkara umpamanya hendaklah diberi pengharapan yang Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.
Perkara yang perlu dilakukan kepada jenazah:
Sunat menutup matanya.
Melembutkan sendi-sendinya yang keras kaku.
Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
Mendoakan si mati.
Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
Letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukan meletakkan surah Yassin di atas perut sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
Menutup keseluruhan tubuhnya.
Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.
Menziarahi orang sakit adalah sunat yang digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a maksudnya:
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu, dan ambillah tempatmu di dalam syurga"
Adab menziarahi orang sakit ialah:
Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada jemu si pesakit itu.
Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana yang dia rasakan.
Doakan untuknya seperti dikatakan, "Ya Tuhanku, afiatkanlah/sihatkanlah sahabatku ini"
Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.
Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.
Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upaya.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.
Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dan sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."
Tuhan jangan kau ambil nafasku sebelum ku bersujud pada-Mu Tuhan tolong panjangkan umurku aku ingin bersyukur pada-Mu
ajari aku mengenal-Mu ajari aku mendekatmu ajari aku untuk mencintaimu bisakah aku mengingatmu bisa ku tak pernah bertemu yang aku bisa hanya menyebut nama-Mu
Tuhan jangan kau cabut nyawaku sebelum ku brtaubat pada-Mu Tunjukkan aku jalan lurus-Mu agar tak sesat lagi jalanku
aku bersyukur aku disayangi aku bersyukur aku dicintai aku bersyukur aku kau miliki aku bersyukur Ya Allah
aku bersyukur aku dikasihi aku bersyukur aku yang kau beri aku bersyukur aku kau pilih aku bersyukur Allah.....
Aku tergolong dalam insan yang kurus, walaupun selalu diketawakan dan dijadikan bahan gurauan, aku merasakan ini adalah kejadian Allah s.w.t. dan dengan itu aku bersyukur. Alhamdulillah masih sihat....
Ramai juga yang pendek, gemuk dan lain-lain. Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Tajuk artikel ini ialah kurus dan hasil pembacaan, terdapat beberapa faktor utama seseorang itu kurus. Antaranya ialah:
Faktor keturunan
Kelainan metabolisme
Menderita penyakit tertentu contoh: diabetes, infeksi cacingan, anemia, kanser.
Diet lemak secara berlebihan
Prof.H.M.Hembing Wijayakusuma dalam kajiannya menggariskan beberapa cara untuk menambahkan berat badan. Berikut adalah tiga cara yang dicadangkan:
3 ruas temu kunci, 1 ruas temu giring, 1 ruas lempuyang, 1 ruas temu hitam diparut. Tambahkan 3 ruas asam jawa. Peras dan saring. Diminum secara teratur.
1 buah pir, 1 buah apel, 1 buah wortel, dan 3 ruas asam jawa dijus. Diminum secara teratur.
1-3 buah kiam boi/sun boi dimakan tiap hari. Lakukan secara teratur.
Kajian demi kajian dikaji oleh orang bijak pandai demi menolong insan yg mempunyai badan yang kurus. Secara amnya, makan banyak dan kerap membolehkan berat badan meningkat. Bersukan dan berpeluh akan meningkatkan keinginan untuk makan. Walaubagaimanapun, sebenarnya orang yang punya badan perlu bersungguh-sungguh untuk meningkatkan berat badannya sendiri.
Orang disekeliling, rakan, keluarga, mahupun pasangan perlu memberi sokongan kepada mereka ini. Antaranya ialah memberi nasihat, mengingatkan supaya makan pada tepat masanya, makan bersama-sama, dan mungkin juga lebih baik anda mengeluarkan sedikit belanja dan belanjalah orang yang kurus ini makan.........sekian ~~~
[gambar hanya hiasan dan bukan aku ataupun mmber2 seangkatan]
Kehidupan sekarang semakin pelik dan terbalik. Pelbagai perkara yang dulu menjadi perkara yang tidak dibincangkan dan di’sorok-sorok’ menjad perkara yang biasa. Kadang-kadang menjadi perkara yang dibangga-banggakan.Perkara sebegini bukan atas dasar emosi semata-mata tetapi keadaan yang semakin merimaskan membuatkan perkara sebegini seharusnya difikirkan bersama.
Malaysia menuju negara maju dan semakin maju dari segi ekonominya, malangnyapenduduk yang beragama Islam terutamanya golongan muda semakin tersasar dari tujuan kehidupan yang sebenar. Jika anda membaca artikel ini, dan setakat ini saja artikel yang ditulis oleh saya, apakah agaknya maksud kata-kata saya di atas dalam fikiran anda?
Marilah kita sama-sama berusaha membetulkan perkara yang tidak betul. Saya bukan tergolong dalam orang yang baik dan sempurna, mungkin juga anda lebih baik dari saya. Ramai golongan muda pada usia 20 hingga 25 mempunyai pasangan (bercinta) dan BELUM BERKAHWIN. Saya bukan ingin mengatakan bahawa perkara ini haram atau sebaliknya, mungkin anda lebih mengetahui dan apa yang saya ingin ketengahkanialah, BESEDERHANAlah dalam bercinta.
Nasihat kepada diri sendiri dan anda semua, TIDAK PERLULAH:
1.BERCERITA dilaman sosial yang anda ke situ dan ke sini berdua-duaan bersama pasangan (blm berkahwin) tidak mengira waktu.
2.BERKONGSI gambar anda bersama pasangan anda (blm berkahwin) berpeluk, berpegangan tangan, dll dilaman sosial anda @ blog.
3.MENGIKLANKAN perkara yang anda tahu tidak sopan dan salah sebenarnya.
4.Mengeluarkan kenyataan bahawa anda mati @ tidak boleh hidup jika tidak bersama dia, [Allah lebih berhak menerima kata-kata itu sebenarnya]
5.MENUNJUK-NUNJUK bahawa anda begitu sangat bahagia bersama pasangan (blm berkahwin)
Jika anda betul-betul mencintai seseorang itu, besederhanalah. Teruslah mencintai insan tersebut jika itu membahagiakan dan berdoalah supaya jodoh anda bersama orang yang anda cintai itu berakhir dengan ikatan yang sah. Jika anda terlampau menunjuk-nunjuk dan akhirnya putus, bagaimanapandangan orang? Perasaan anda? Jadi, bersederhanalah kerana anda akan lebih berada di zon yang selamat.
Jika artikel saya ini mempunyai unsur-unsur sindiran dan mengguris hati siapa-siapa, saya memohon maaf dan jika anda tidak bersetuju dengan apa yang saya tulis ini, semoga anda di dalam situasi yang benar.....