HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

5:48 AM

7 golongan SELAMAT di P.Mahsyar

Posted by leekecix

Orang yg terselamat di Padang Mahsyar. [hanya di padang mahsyar sahaja, syurga neraka belum tentu]

  1. Pemimpin yg adil.
  2. Jiwa terpikat kpd masjid.
  3. Zaman remajanya penuh dgn ibadat.
  4. Org yg menangis apabila mengingati dosa pahala.
  5. Bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.
  6. Org yg bersedekah tapi tidak mengheboh-hebohkn.
  7. Lelaki apabila menolak ajakan seorang perempuan melakukan maksiat.

9:15 PM

28 perkara JARANG org buat

Posted by leekecix

Cuba korang baca satu2 dan fikirkan mengapa korang jarang buat banda2 ni:

  1. Menyiapkan assignment sehari selepas dapat soalan assignment.
  2. Membasuh kereta yang bersih dan berkilat.
  3. Membasuh baju kawan serumah korang.
  4. Pergi ke surau berjemaah sewaktu solat asar terutamanya.
  5. Mengundi peserta Akademi Fantasia @ Maharaja lawak dll.
  6. Mengisi 'full tank' minyak kereta korang.
  7. Memasukkan 10ringgit dan ke atas ke dalam tabung masjid.
  8. Tak tidur balik selepas solat subuh terutama waktu cuti.
  9. Menjaringkan gol sendiri jika diberi peluang.
  10. Memandu sambil menyemak buku latihan murid-murid.
  11. Mengemas bilik korang sewaktu sibuk dengan kerja.
  12. Mengajak rakan serumah menonton wayang @ bersukan indoor.
  13. Mengingati mati sewaktu menonton Akademi Fantasia.
  14. Memberi pendapat @ soalan sewaktu mesyuarat.
  15. Mencalonkan diri sendiri untuk sesuatu jawatan.
  16. Menegur @ senyum kepada orang yang dikhabarkan jahat.
  17. Membaca doa selain doa makan,doa tidur dan doa naik kenderaan.
  18. Mendengar dari bercakap.
  19. Menutup aurat di bahagian kaki, dan tangan walaupun bertudung.[muslimah]
  20. Mengambil lauk @ kuah dahulu dan kemudian nasi.
  21. Mengumpul duit untuk menunaikan haji.[habiskan duit utk besarkan rmh & kereta]
  22. Menjual lemang ditepi jalan selain dari bulan Ramadhan dan Syawal.
  23. Banyak bersyukur dari mengeluh.
  24. Mendengar radio sambil menonton TV.
  25. Membiarkan nyamuk menghisap darah korang.
  26. Membunuh lalat dengan menampar menggunakan tangan korang.
  27. Baring sambil menonton EPL di kedai mamak.
  28. Makanan kenduri kahwin lain dari nasi berlauk, digantikan dengan nasi goreng kampung, mee goreng, bihun sup, spaghetti, char kway teow dll.
leekecix@blog

7:32 AM

Cara Pengebumian Jenazah

Posted by leekecix

Kita seringkali melihat orang lain dikebumikan. Adakah anda mengetahu bagaimana proses pengebumian menurut ajaran Islam dijalankan? Untuk berkongsi bersama korang semua, aku nak menaip sikit mengenai topik ini. Jadi jemputlah baca kalau korang menginginkan ilmu dan ingin tahu.



Berikut adalah beberapa fakta mengenai tajuk post kali ini:

  1. Jenazah muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir dan sebaliknya.
  2. Disunatkan mengubur jenazah di kawasan perkuburan.
  3. Para syuhadah hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain.
  4. Boleh dikuburkan jenazah pada malam hari.
  5. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru.
  6. Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan dia berdiri sehingga mayat itu hilang daripada pandangan.
  7. Boleh menguburkan dua jenazah @ lebih dalam satu lubang kubur kerana keadaan terdesak @ darurat.
  8. Sekurang-kurangnya kubur bagi mayat itu ialah lubang yang dapat menghalang bau serta dapat melindungi mayat dari binatang buas.
  9. Mengumpulkan beberapa jenazah yang mempunyai hubungan krabat adalah baik dan digalakkan.
  10. Kubur hendaklah digali secara melintang kearah kiblat.
  11. Cara meletakkan mayat itu di dalam kuburnya, hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh tiga orang yang berada di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Kemudian di tutup degan liang lahad dan dikambus.
  12. Jika mayat ditanam dengan membelakangkan arah kiblat @ menelentang @ disembamkan mukanya ke tanah, wajib digali dan dibetulkan semula.
  13. Sesudah lubang kubur ditimbus, tanah hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan batu nisannya di bahagian kepala dan kakinya, dicacakkan pula daun-daun yang kehijaun, lalu dijuruskan air di atas kubur itu dimulai dari kepala di pihak kanan hingga dua kakinya.
  14. Orang yang membaca talqin duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat.

5:48 AM

Itu org lain....

Posted by leekecix

Sungguh bahagia hidup apabila diri dihargai oleh orang lain. Hidup dipenuhi rasa suka tidak ada duka, hidup diberi apa yg membuatkan seseorang itu tersenyum riang tanpa perlu memikirkan masalah.....itu orang lain....

Keadaan yg memihak dan tidak berasa tewas. Walaupun di maki hamun, tidak pernah berasa kecewa. Sentiasa bersabar dan tabah meniti masalah yg mungkin tidak ada orang dapat membantu.....itu orang lain...

Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. Hidup penuh rasa bermakna dan tidak ada rasa sia-sia dalam diri. Pelbagai kekecewaan itu dijadikan penawar dalam hidup untuk meneruskn perjalanan....itu orang lain...

Berasa mewah dengan apa yang ada dan tidak pernah merasakan diri ini terpinggir. Diri tidak berasa sunyi dan sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang memahami. Saling berkongsi dan tidak menyakiti hati masing-masing....itu orang lain....

Kata-kata dikotakan. Tidak memanipulasi kekurangan orang lain dan tidak menumpangkaki kelebihan orang lain. Hidup penuh rasa ingin berdikari dan melakukan sesuatu atas dasar tidak hipokrit....itu orang lain...

Merendah diri apabila menolong orang, berasa jalan ini,liku ini tidak mudah buatnya kecewa. Mengaku kesilapan diri dan cuba menenangkan orang lain supaya turut berasa keikhlasan itu. Tidak perlu tersenyum walaupun hati marah...itu orang lain....

'pernahkah anda berasa sedemikian ataupun semuanya itu orang lain'

7:18 PM

Sejarah Perang Salib

Posted by leekecix

  • 1096 – serangan salib pertama diberangkatkan untuk merebut Jerusalem. Pada 1099 pasukan di bawah Gottfried von Bouillon merebut Jerusalem. Mereka mendirikan negara-negara salib, yakni negara-negara boneka di wilayah-wilayah yang diduduki tentara salib. Namun karana kelemahan Byzantium dan perpecahan di kalangan muslim sendiri, negara-negara boneka ini berkembang sebagai negara-negara latin yang feodalistis dan tirani, di mana seluruh penduduk yahudi dan muslim dibunuh dengan kejam.
  • Pada serangan salib kedua (1147-1149) pasukan salib berusaha merebut wilayah-wilayah di sepanjang pantai laut tengah, baik yang dikuasai muslim maupun bukan, seperti wilayah Athena, Korinthia dan beberapa pulau-pulau Yunani. Ini menunjukkan bahawa serangan salib sebenarnya tidak spesifik ditujukan hanya kepada umat Islam, karana memang kekufuran sebenarnya musuh seluruh manusia –hanya saja ummat Islam adalah penghalang terbesar bagi kekufuran itu.
  • Serangan salib ketiga (1189-1192) terjadi setelah Sholahuddin al Ayubi berhasil mempersatukan kembali wilayah-wilayah Islam di Mesir dan Syria. Pada 1171 Sholahuddin berhasil menyingkirkan kekuasaan Fathimiyah di Mesir yang merupakan separatisme dari Khilafah di Bagdad, dan mendirikan pemerintahan Ayubiah yang loyal kepada Khalifah. Pada 1187 al-Ayubi berhasil merebut kembali Jerusalem. Serangan salib ketiga ini dipimpin oleh tokoh-tokoh Eropa yang paling terkenal: Friedrich I Barbarosa dari Jerman, Richard I Lionheart dari Inggris dan Phillip II dari Perancis. Namun di antara mereka ini sendiri terjadi perselisihan dan persaingan yang tidak sihat, sehingga Friedrich mati tenggelam, Richard tertawan (akhirnya dibebaskan setelah memberi tebusan yang mahal), sedang Phillip bergegas kembali ke Perancis untuk merebut Inggris sewaktu Richard tertawan.
  • Serangan salib keempat (1202-1204) terjadi ketika pasukan salib dari Eropa Barat ingin mendirikan kerajaan Norman (Eropa Barat) di atas panji-panji Yunani. Paus Innocentius III menyatakan pasukan salib telah murtad (excommuned). Di Konstantinopel permintaan-permintaan tentera salib menimbulkan perlawanan rakyat, yang dibalas tentara salib dengan membakar kota itu serta mendudukkan kaisar latin serta padri latin. Sebelumnya, kaisar dan padri Konstantinopel adalah yunani. Tahun 1212, ribuan pemuda Perancis diberangkatkan dengan kapal untuk bergabung dengan pasukan salib, namun kapten kapal mereka menjual mereka sebagai budak ke Afrika Utara! Reputasi pasukan salib dan hormat atasnya sudah semakin pudar.
  • Serangan salib kelima (1218-1221) diumumkan oleh Paus Innocentius dan Konzil Lateran IV, yang juga menetapkan undang-undang inquisisi dan berbagai aturan anti yahudi. Untuk mendapatkan kembali mengawal atas pasukan salib, jabatan raja Jerusalem digantikan oleh wakil Paus. Jabatan “raja Jerusalem” ini hanyalah “ idealis”, tanpa kekuasaan sesungguhnya, karana de facto Jerusalem telah direbut kembali oleh al-Ayubi.
  • Serangan salib keenam (1228-1229) dipimpin oleh kaisar Jerman Freidrich II. Sebagai “orang yang dimurtadkan” (excommuned) dia berhasil merebut kembali Jerusalem. Paus terpaksa mengakui dia sebagai raja Jerusalem. Sepuluh tahun kemudian Jerusalem berhasil direbut kembali oleh kaum muslimin.
  • Serangan salib ketujuh (1248-1254) dipimpin oleh IX dari Perancis yang telah dinobatkan sebagai “orang suci” oleh Paus Bonifatius VIII. Meski di negerinya Ludwig dikenal sebagai penegak hukum yang baik, namun ia memimpin sebuah organisasi yang amburadul sehingga justru tertangkap di Mesir. Di bawah Paus Gregorius X (1274) dan juga setelah jatuhnya Konstantinopel (1453), perang salib pernah diserukan kembali, namun tak pernah dimulai. Sejak perang salib keempat, perang ini sudah jatuh popularitasnya. Sementara itu, tanpa di bawah lambang pasukan salib, pada 1236 Cordoba pusat Daulah Islam di Andalusia direbut kembali oleh pasukan Katolik Kastilia. Pada 1258 Bagdad –pusat Khilafah– dihancurkan oleh Mongol-Tartar.
leekecix@blog

8:36 AM

Fakta menarik-Bunuh Diri

Posted by leekecix


Fakta-fakta mengenai Bunuh Diri:

  • Dosa besar.
  • Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia seperti mana yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W. Berikut adalah beberapa hadis yang terlibat:
Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”
(al-Bukhari dan Muslim)

  • Perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad).
  • Bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
  • Baginda tidak menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain.
  • Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.
  • Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan, menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
  • Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
  • Di Malaysia mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
leekecix@blog

8:56 AM

TALKIN-terjemahan

Posted by leekecix

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

9:55 AM

Soalan dlm Kubur

Posted by leekecix

Sebelum itu, renungkanlah ayat ini --> 'ANDA PASTI MATI!'

Maka, setibanya di alam itu nanti, anda perlu menjawab beberapa soalan. Secara terus terang dan tidak berselindung lagi. Malaikat pun berkata "Wahai Mohd **** bin *******"

  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah Agama kamu?
  4. Siapa/Apakah Imam (Panduan dan Pedoman) kamu?
  5. Siapakah Saudara kamu?
Adakah kita akan lepas menjawab soalan2 itu? Sebagai contoh pada soalan 4, melihat negara kita sekarang, adakah undang2 negara kita mengikut undang2 di dalam Al-Quran? Jika tidak, apakah panduan undang2 tersebut? Adakah dari penjajah? Sememangnya itu adalah tanggung jawab pemimpin utk melunaskan tanggungjawab yg diamanahkan utk melaksanakan undang2. Walaupun begitu,apakah hak kita sebagai rakyat Malaysia? Jawapannya ialah mengundi sewaktu pilihan raya utk memilih pemimpin. Adakah anda membuat pilihan yg tepat? Anda nilailah sendiri......

Mengapa tidak boleh melaksanakan undang2 Islam walaupun agama rasmi adalah agama Islam dan ketua pemimpin beragama Islam?

Maka bersedialah utk menjawab dengan mudah dan lancar utk mengelakkan anda diseksa sewaktu itu. Tidak perlu mengingat jawapannya secara menghafal, kerana amalan yg akan menentukan kejayaan anda. Jadi renungkan dan selamat beramal.

p/s: harap2 ISA tak mai tangkap saya~~~sebelum menamatkan artikel ini, ada soalan cepu emas,dan jawaplah sendiri di dalm hati...... ISA undang2 dari mana? Islam? Adakah undang2 Islam tidak mendatangkan keamanan dalam negara berbilang kaum? Jika mendatangkan keamanan, mengapa tidak melaksanakannya? Adakah boleh mengikut sebahagian yg tertulis dalam Al-Quran dan menolak sebahagian yg lain?

Firman Allah S.W.T
Surah Al-Baqarah, ayat ke-2 yg bermaksud:

'Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa'


leekecix@blog

6:36 AM

Osama disahkan mati.

Posted by leekecix


WASHINGTON, 2 Mei — Siapa tidak kenal dengan Osama bin Laden, Osama telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia).

Obama telah mengaku sendiri dan memberikan berita ini secara langsung di Amerika. Dengan bangga dan riaknya die menyatakan Osama telah berjaya dibunuh walaupun pada awalnya ingin menangkapnya sahaja. Mungkin berita ini ada benarnya, dan mungkin hanya pembohongan. Untuk memastikannya, masa akan menentukannya.

Selain serangan 11 September, Osama juga dipertanggungjawabkan sebagai dalang serangan bom ke atas Kedutaan Amerika di Kenya dan Tanzania pada 1998 dan ke atas kapal perang USS Cole di Yemen dua tahun kemudian.

berita lanjut mengenai pembunuhan ini di.....
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/media-osama-bin-laden-sudah-meninggal-dunia/

11:04 AM

Hidup tak sll Gembira

Posted by leekecix

Hari berlalu ibarat air, tidak punya apa pengertian jika hanya berkata-kata kosong. Ramai menyangka hidup akan bertahan dan lama lagi untuk mati. Walaupun kadang-kadang menahan sakit, harap-harap akan beransur sembuh. Walaupun lukanya mungkin akan sembuh tapi akan berakhir dengan sakit jua akhirnya.

Kini ramai pandai berkata-kata, ramai yg pandai menilai sesuatu. Padahal semakin banyak mengeluarkan ungkapan, hanya lidah yg tidak pandai berfikir. Tidak tahu punca. Entah kemana hilang janji dulu yg telah dilafaskan sebelum lahir mengis di dakapan ibu. Selalu dipersoal, mengapa punya dua mata, mengapa punya dua telinga, dan paling penting mempunyai dua belah otak dan hanya cuma satu mulut. Mungkin anda tahu jawapan itu, tapi adakah anda menilai.

Kehidupan anda bermula dengan tangisan sewaktu dilahirkan. ibu mendukung dan membalut dengan kain. Sewaktu tiba hari penghujung anda di alam ini, masih dalam tangisan dan akan dibalut kain seperti mana pada awalnya. Hidup memang ibarat roda, tidak lama, cuma 60-80 tahun roda itu kan berputar. Akan berhenti akhirnya walaupun di putar pelahan ataupun laju. Tahu, tapi masih tidak peduli.

Kesedihan dan kegembiraan, jika diberi pilihan, siapa ingin hidupnya dalam kesedihan? Ditanya seorang murid oleh gurunya, mengapa kamu duduk seorang diri di bawah pondok di tepi padang yg sunyi ini? jawap murid itu, saya tidak tahan menahan lapar, melihat rakan-rakan yg lain sibuk makan di kantin. Ibu saya hanya memberi bekal air kosong dan tidak pernah memberi saya duit belanja sejak saya darjah satu. (sambil menunjukkan botol air yg pudar warna) Mendengar jawapan itu,guru itu pun memberi wang dan menyuruh murid itu makan di kantin. Murid itu terus berlari keseronokan menuju ke kantin. Adakah anda senasib murid itu SEKARANG?

Bersyukurlah dengan nikmat yg anda kecapi sekarang, Untuk diri anda disayangi, sanyangilah orang lain. Hidup memberi, anda akan lebih gembira. Berilah apa sahaja yg termampu walaupun haya dengan senyuman. Setiap kali menunaikan solat, surah wajib yg perlu dibaca ialah al-Fatihah, bukankah mulanya dengan ayat itu ialah Alhamdulillah? Sekurang-kurangnya 17 kali anda membacanya tiap-tiap hari............

leekecix@blog

8:26 AM

11 golongan di Padang Mahsyar

Posted by leekecix


Hasil mendengar ceramah oleh ustaz Ismail Kamus, post seterusnya ini aku nak berkongsi mengenai 11 golongan manusia di Padang Mahsyar kelak. Semoga dijadikan renungan bersama....

11 golongan tersebut ialah:

  1. Tanpa tangan dan tanpa kaki (suka menyakiti jiran)
  2. Muka khinzir tubuh badan manusia (tidak menunaikan solat)
  3. Perut besar semacam gunung (tidak menunaikan zakat)
  4. Mulut berdarah (berbohong sewaktu menjual beli)
  5. Badannya busuk macam bangkai (berbuat maksiat secara bersembunyi)
  6. Tengkuknya hampir putus (mengadakan saksi palsu)
  7. Tidak berlidah (enggan menjadi saksi)
  8. Kaki ke atas,muka ke bawah dan berjalan menggunakan lidahnya (menjadi pelacur)
  9. Wajahnya hitam, perutnya penuh api (makan harta anak yatim)
  10. Kulitnya gatal (derhaka kepada kedua ibu bapa)
  11. Mukanya berseri-seri (beribadat dan bertakwa kepada Allah s.w.t)
Demikianlah 11 golongan tersebut. Allah s.w.t maha berkuasa kepada hambanya. Kita yakin bahawa kita semua akan melalui peristiwa di Padang Mahsyar kelak. Tidak cukup hanya yakin jika tidak beriman. Marilah kita bersama bertaubat dan menginsafi diri sebelum terlambat................

5:14 AM

Fakta-fakta Sakaratul Maut

Posted by leekecix

Berikut adalah beberapa fakta mengenai sakaratul maut yg mungkin anda ketahui ataupun belum mengetahui. Hayatilah, semoga terbit rasa insaf itu.....

  1. Mati itu pasti bagi kita.
  2. Tidak dipercepat atau dilambatkan walau sedetik mati itu.
  3. Mati itu ada kalanya ada amaran (sakit,beruban,hilang selera makan) dan ada kalanya tidak (kemalangan mengejut).
  4. Cara mengigati mati ialah membayangkan rakan2 yg sudah tiada dan bayangkan orang yg di dalam kubur itu telah hancur.
  5. Kita dibahagikan kepada tiga. Amalan (utk kita), roh (utk Allah), jasad (utk cacing kecuali org mati syahid jasadnya utk Allah).
  6. Mati itu tak tahu bila, tak pilih kasih, tua ataupun kanak-kanak, di rumah atau di laut, di kapal atau di darat, tidak ada suatu waktu detik masa yg dapat diramalkan.
  7. Sakitnya mati itu sebanyak 300 kali ganda pancung.
  8. Pergandaan luas setiap alam. Kecil (alam rahim), Besar (dunia), Sangat besar ( alam kubur), Tersangat besar tidak terkira (akhirat).
  9. Tidak masuk seseorang itu ke dalam syurga kerana amalannya tetapi sebenarnya kerana rahmat Allah.
  10. Nabi Isa pernah menghidupkan kembali umatnya yg sudah lama mati atas izin Allah, ditanya kepada orang yg telah hidup kembali itu, inginkah kamu hidup kembali jika diberi pilihan? orang itu menjawab. Tidak sama sekali kerana mati itu amat sakit dan sakitnya itu masih aku terasa sehingga hari ini.
  11. Jika di seksa maka lebih beratlah seksaannya di hari akhirat, jika mendapat nikmat, maka mudahlah nanti di hari akhirat.
  12. Sempitnya kubur bagi orang yg tidak beramal sehinggakan rusuk kiri berselisih dengan rusuk kanan.
  13. Luas kubur itu bagi orang beriman adalah seluas2 atau sejauh2 pandangan mata memandang.
  14. Roh akan dimasukkan kembali ke dalam jasad selepas 7langkah orang terakhir meninggalkan kubur tersebut dan hanya untuk menjawap soalan2 malaikat di alam kubur.
  15. Orang alim, beramal kuat tapi masih sakit mati. Ada dua sebab berlaku begitu. Pertama, sama ada ada dosa yg sedikit yg belum terampun. Kedua, sama ada Allah ingin mengangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t.
  16. Datang kembali (terbayang2) dosa2 yg lepas sewaktu saat2 kematian. (akal fikiran mengkhayalkan kembali dosa2 yg lepas)
  17. Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Nabi Ibrahim a.s bagaimana rasa mati? (semasa peristiwa israk makraj). Nabi Ibrahim berkata; seperti ambil kekabu yg basah, diletak pada batang yg berduri, ditarik kearah yg songsang.
  18. Roh orang beriman ditidurkan sehingga hari kiamat.
  19. Roh orang beriman dibuka satu tingkap nampak sehingga ke syurga.
  20. Soalan ditanya oleh malaikan dalam bahasa arab.
  21. Soalan yg ditanya oleh malaikat sudah bocor. Walaupun begitu, yg menjawab itu ialah amalannya, bukan bahasa arab itu.
Semua orang tahu dunia ini sementara,nanti akan mati. Walaupun ramai orang terpesona dengan dunia ini,rasa2 tak nak mati. Pasal tidak diketahui bahawa sesungguhnya alam yg lagi satu lebih hebat dari alam yg ada sekarang. Maka terpesonalah orang dengan alam yg nampak ini..........

3:46 AM

SUDUT PANDANG PENERIMA NIKMAT

Posted by leekecix


Islam mengajar kita mensyukuri nikmat. Setiap apa yg ada pada kita adalah nikmat. Nikmat 'Islam' adalah nikmat paling besar kepada kita. Selain tubuh badan, kesihatan, harta, keluarga, dll. Apabila kita mendapat nikmat, apakah yg kita lakukan? adakah mendongak ke langit, bermegah2, atau mendabik dada? ataupun masukkan nikmat dlm beg dan berdiam diri?

"Kasih sayang Allah s.w.t kepada hamba-Nya adalah melebihi kasih sayang ibu kepada anaknya"

Sesungguhnya semua orang mendapat nikmat, oleh itu nikmat Allah s.w.t jangan dipandang kecik besar banyak sikit. Hendaklah dipandang siapa yg memberi nikmat. Kalau melakukan dosa pun begitu, jangan dipandang dosa kecil atau besar itu, pandanglah kepada siapa kita lakukan dosa itu, nescaya kita akan tergolong dalam orang2 yg sentiasa beringat.

Contohnya apabila kita melancong ke luar negara; England, Italy, Peris, dll. Kita belikan buah ~pala~ yg harganya 2ringgit setengah(dah convert). Bila sampai Malaysia, kita pun bagi jiran sebelah rumah sebagai buah tangan dari luar negara. Jiran pun cakap, pegi jauh2, ini je yg kau belikn kat aku.....(wah,banyak songeh!)

Ini biasanya berlaku. Sebenarnya jangan dipandang buah pala itu, pandanglah ingatan kawan kita itu terhadap kita. Walau jauh melancong tetapi masih mengingati kita.Kerana ingatan itu lebih bermakna dari buah pala yg dibelikan. Ingatan itu yg mahal. Begitu juga dengan pemberian Allah s.w.t terhadap kita. Jangan dipandang besar kecik nikmat itu, pandanglah ingatan Allah s.w.t terhadap kita dan ingatan itu lebih bermakna dari nilai nikmat itu. Barulah kita pandai menilai pemberian Allah s.w.t terhadap kita dengan sebenar2 syukur.



Setiap apa yg kita punya bukan hak milik kita selamanya dan sesungguhnya ada kalanya nikmat yg kita punya ini tidak ada pada sesetengah orang. Oleh itu, kembalilah kepada Allah s.w.t pemberi segala nikmat kerana hanya Allah s.w.t sahaja yg mengetahui apa yg ada di langit dan di bumi.

Ramai orang tersalah sangka mengenal nikmat, adakalanya nikmat itu memberi rahmat kepada kita, dan adakalanya sebagai menguji keimanan kita. Contohnya orang yg sibuk berurus niaga, mencari kekayaan dunia. Ketika penuh wang di 'poket' jarang nampak berjemaah di surau. Jika ditimpa musibah, perniagaan mundur, baru nampak ke surau untuk berdoa dan mengingati Allah s.w.t. Ini adalah sikap yg perlu dibuang dan tidak patut berlaku.

Sebagai penutup, penerima nikmat ada dua jenis:
  • Penerima standard a*jing: bila tak dapat bersabar, bila dapat bersyukur.
- sifat ini adalah selemah2 penerima nikmat, mengapa seperti a*jing?, pabila tidak mendapat makanan tidak digigit tuannya (bersabar), dan pabila mendapat makanan terkotek2 ekornya.
  • Penerima standard insan: bila tak dapat bersyukur, bila dapat diagih-agihkan.
- sifat ini adalah setinggi2 penerima nikmat, pabila tidak mendapat nikmat masih bersyukur dengan nikmat yg lain dan apabila mendapat nikmat, dikongsi bersama supaya nikmat itu dapat dirasai oleh orang lain.

sekian dari penerima nikmat juga.........



11:39 PM

Ciri-ciri ajaran sesat

Posted by leekecix

1. Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

  • Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima balasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan melalui firman-Nya:


Maksudnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu"
(surah Ali-Imran:185)



2. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.
  • Kebanyakan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikutnya sahaja.
  • Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak sembunyi-sembunyi.
Firman Allah:Maksudnya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas dan nyata."
(Surah Yusof: 108)

  • Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yang menyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:


Maksudnya:
"sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, ia akan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekangan dari api neraka."

(Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)


3. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi.

  • Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu ciri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.


Maksudnya:
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik........."


4. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi.
  • "Untuk meyakinkan pengikut, dan guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi"
  • Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w sebagai Nabi terakhr adalah seperti berikut:


Maksudnya:
"Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan(ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."


5. Mengakui dirinya memiliki barang-barang peniggalan Rasulullah s.a.w.
  • Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan amalannya. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukan berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:


Ertinya: Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-orang Arab melainkan melaui taqwanya kepada Allah.

Banyak lagi ciri-ciri ajaran sesat terutamanya di Malaysia, antara yang lain ialah:
  1. Mempercayai semua ajaran adalah sama.
  2. Mengaku dirinya sebagai wali.
  3. Mempercayai gurunya boleh memberi syafaat.
  4. Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk
  5. Mengikut sahaja kehendak guru dengan menjatuhkan mertabat diri sendiri.

[p/s: Jika ada sebarang pendapat sila tinggalkan komen anda.terima kasih.]

8:10 AM

Banyak jawapan bagi 1 soalan

Posted by leekecix

Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang guru ulung (mua'allim), pemberi nasihat (nasih) dan pendidik atau pengasuh (wa murabbiyan fadhilan). Nabi S.A.W tidak pernah cuai atau berhenti mencari jalan untuk mendidik manusia supaya beriman kepada Allah SWT.

Para sahabat pernah mengemukakan soalan yang sama kepada Nabi S.A.W,contohnya seorang sahabat bertanya tentang amal yang paling afdhal. Antara jawapan Nabi ialah: "Mendirikan solat pada awal waktunya". Menjawab pertanyaan yang serupa daripada sahabat yang lain dengan sabdanya pula: "jihad fi sabilillah". Datang pula pertanyaan yang serupa dari orang lain, jawab Nabi: "berbuat baik terhadap kedua ibu bapa".

Nabi S.A.W mempelbagaikan jawapan kepada soalan yang serupa adalah kerana baginda amat berminat untuk mendidik manusia. Jawapan yang berbeza itu berdasarkan keadaan orang yang bertanya, maka jawapan itu sesuai dengan suasana orang yang bertanya.

[sumber: Buku SIRAH NABAWIYYAH oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat; m/s 20-21]

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

5:37 AM

Tanda2 hampir dgn kematian

Posted by leekecix


Apabila pesakit itu sudah tenat dan harapan untuk sembuh adalah nipis. Maka, antara tanda-tanda kematian sudah terlalu hampir adalah seperti:

  • Bulu kening sudah jatuh ke bawah tidak terletak di atas tulang dahi.
  • Hidung sudah lembik.
  • Tapak kaki sudah tidak tegak.
  • Telinga sudah layu.
Maka patutulah dilakukan beberapa perkara umpamanya hendaklah diberi pengharapan yang Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.

Perkara yang perlu dilakukan kepada jenazah:
  1. Sunat menutup matanya.
  2. Melembutkan sendi-sendinya yang keras kaku.
  3. Mengikat dagunya ke kepala supaya mulutnya tertutup.
  4. Mendoakan si mati.
  5. Menghadapkan jenazah itu ke kiblat.
  6. Letakkan sesuatu yang berat seperti besi di atas perutnya. Bukan meletakkan surah Yassin di atas perut sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah pihak.
  7. Menutup keseluruhan tubuhnya.
  8. Menanggalkan pakaian yang asal dan memakaikan pakaian yang lain.

5:00 AM

Menziarahi Orang Sakit

Posted by leekecix

Menziarahi orang sakit adalah sunat yang digalakkan dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a maksudnya:

"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, ataupun ziarah saudaranya kerana Allah SWT maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu, dan ambillah tempatmu di dalam syurga"

Adab menziarahi orang sakit ialah:
  1. Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada jemu si pesakit itu.
  2. Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana yang dia rasakan.
  3. Doakan untuknya seperti dikatakan, "Ya Tuhanku, afiatkanlah/sihatkanlah sahabatku ini"
  4. Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.
  5. Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

4:32 AM

Sahabat

Posted by leekecix

Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat, antaranya:

  1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upaya.
  2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
  3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.
  4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Sayidina Ali k.m.h. pernah berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dan sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu."

3:57 AM

SYARAT2 SUKAN yg DIHARUSKAN

Posted by leekecix

  • Tidak meninggalkan ibadah asas seperti solat,puasa dan sebagainya.
  • Tidak meninggalkan pekerjaan utama seperti mencari rezeki, belajar dan seumpamanya.
  • Tidak melibatkan perkara haram seperti perjudian dan pertaruhan.
  • Tidak wujud penipuan.
  • Menutup aurat.
  • Tidak membahayakan tubuh badan, nyawa dan minda.
  • Tidak membuang masa disebabkan sukan yang terlalu lama.
  • Tidak membazirkan wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal.

8:33 PM

SYUKUR by Radja

Posted by leekecix




Tuhan jangan kau ambil nafasku
sebelum ku bersujud pada-Mu
Tuhan tolong panjangkan umurku
aku ingin bersyukur pada-Mu

ajari aku mengenal-Mu
ajari aku mendekatmu
ajari aku untuk mencintaimu
bisakah aku mengingatmu
bisa ku tak pernah bertemu
yang aku bisa hanya menyebut nama-Mu

Tuhan jangan kau cabut nyawaku
sebelum ku brtaubat pada-Mu
Tunjukkan aku jalan lurus-Mu
agar tak sesat lagi jalanku

aku bersyukur aku disayangi
aku bersyukur aku dicintai
aku bersyukur aku kau miliki
aku bersyukur Ya Allah

aku bersyukur aku dikasihi
aku bersyukur aku yang kau beri
aku bersyukur aku kau pilih
aku bersyukur Allah.....


Popular Posts