HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

2:26 PM

ILMU LADUNI

Posted by leekecix

Ilmu ini adalah kepunyaan Allah, dianugerahkan kepada seorang nabi iaitu Nabi Khidir. Dalam ruang ni,saya bukan nak cerita kisah Nabi Khidir secara mendalam tetapi mengenai ilmu ini. Ilmu Laduni. Sebelum saya memberi tahu makna ilmu ini, cuba anda hayati kisah ini....

Berdasarkan dalil Al-Quran Nabi Khidir diujutkan semasa zaman Nabi Musa, pada suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya tentang ajaran Allah, selesai Baginda berucap, bangkitlah seorang lelaki lalu bertanya, “ Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling pandai?” dengan pantas Nabi Musa menjawab “Aku!”, Lelaki itu bertanya lagi “Adakah pernah kau tau, ada orang lebih berilmu daripada kau!” “Tidak!” jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah kerana ucapannya itu tercermin riak kesombongan. Lantas Allah menurunkan Wahyu menyatakan ada lagi seorang hamba-Nya yang lebih berilmu (Sahih Bukhari, Hadis ke 72). Insaf dengan teguran Allah itu, Bersama seorang pengikutnya, Yusak Bin Nuh, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki soleh tersebut hingga menemuinya disatu tempat dimana bertemunya dua lautan. (Surah al-Khafi:60-82).

Nak dipendekkan cerita, Nabi Khidir pun berkata kepada Nabi Musa, kamu ikutlah aku, tetapi jangan kamu bertanya apa pun tentang perlakuan ku. Kamu ikut saja. Nabi Musa pun setuju. Dalam perjalanan ada 3 perkara yang pelik Nabi Khidir lakukan:

  1. Baginda menebuk lubang pada sampan yg mereka naiki selepas sampai ke tebing.
  2. Baginda membunuh budak kecil ynag sedang bermain.
  3. Baginda membaiki dinding yang hendak roboh.
Nabi Musa berasa pelik dan bertanya kepada Nabi Khidir, kenapa kamu berbuat demikian. Tidak patut kamu membunuh kanak-kanak dan merosakkan sampan orang. Nabi Khidir pun berkata, kamu kan dah setuju tidak mahu bertanya.

Nak dipendekkan cerita lagi, itulah ilmu yang dipanggil ilmu laduni. Ilmu ini bermaksud, Nabi Khidir mengetahui perkara akan datang ataupun perkara yang belum berlaku yang pasti akan berlaku.
  1. Sampan itu ditebuk kerana, raja di kawasan itu suka mencuri sampan penduduk.
  2. Budak itu dibunuh, kerana budak itu bila besar akan menjadi seorang yang jahat.
  3. Baiki dinding itu kerana ada harta disebalik dinding tersebut. Kepunyaan bapa yang soleh untuk diberikan kepada anak2nya apabila mereka besar.
Ilmu ini dibahas panjang oleh para ulama, mengenai membunuh kanak-kanak dan sebagainya tetapi yang pasti ada hikmat disebalik ilmu ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Nabi Khidir ditugaskan membimbing Nabi Musa yang hidup dizamannya, sebagaimana kita sekarang wajib menyampaikan dakwah kepada orang lain disekeliling kita. Baginda tidak dikurniakan Mukjizat seperti Nabi Musa sebaliknya diajarkan ilmu secara Laduni.

Begitulah maksud dan kisah mengenai ilmu ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Datuk Ismail Kamus yang menyampaikan dakwah ini. Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas dan tidak boleh hanya berfikir menggunakan logik semata-mata.......

Sekian_leekecix

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts