HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

1:16 AM

Si Jahil yg cuai & Si Alim yg malas

Posted by leekecix

Perumpamaan seorang jahil yg cuai dlm menuntut ilmu yg wajib itu, laksana sorang hamba yg dikirimi surat oleh tuannya, yg menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara. Malangnya sang hamba itu tidak melihat isi surat itu, kerana tidak mengerti apa yg terkandung di dalamnya, padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.

Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yg tidak beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yg melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yg terkandung di dalam surat itu, akn tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yg terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

Cubalah renungkan, wahai rakan-rakan sekalian, moga-moga Allah merahmati anda, adakah cuai yg lebih dasyat dari kecuaian dua orang hamba ini terhadap perintah tuannya? dapatkah mereka membuat alasan atau mengemukaakn keuzuran kepada tuan mereka? Bukannkah mereka itu patut menerima siksa dan balasan, kerana berani menentang perintah dan kurang perhatian terhadap arahan tuannya? Awas,janganlah anda menjadi selaku salah seorang dari kedua orang tadi; iaitu seorang jahil yg tidak mahu belajar, ataupun seorang alim yg tiada beramal dengan ilmunya, kelak anda akan binasa. Ketika itu anda akan rugi serugi-ruginya di dunia dan di akhirat, itulah yg dikatakan kerugian yg nyata.

Adapun memperluas diri dalam ilmu-ilmu agama yg berguna dan menambah pengetahuan lebih dari kadar yg perlu, maka itu adalah sebaik-baik jalan untuk menuju kepada Allah S.W.T. dan seutama-utama amalan di sisiNya. Akan tetapi menuntut ilmu itu hendaklah disertakan dengan tulus ikhlas, dan dilakukan semata-mata kerana Allah. Sesudah itu hendaklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yg dituntutnya serta mengajarnya pula kepada orang lain, dengan tujuan menempa keridhaan Allah S.W.T. dan mendapat balasanNya di Hari Akhirat.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts