HIDUP utk MATI

hanya mati pintu bertemu dengan Allah bagi orang yang beriman

6:22 AM

update Julai 2012

Posted by leekecix

Pertama saya Mohd Azli Azni ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah saya sakiti mahupun lukai. Kepada yang telah menyakitkan hati saya sebelum ini, saya telah maafkan. Semoga kalian bahagia hendaknya.

Keduanya, saya dengan rasa rendah diri mendoakan kebahagiaan sahabat2 mahupun sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Saya yang tidak pasti berapa hari lagi hidup di dunia ini memohon sahabat2 mendoakan kebahagiaan saya dan jika kalian terbaca post ini, minta seribu kemaafan jika pernah menyakiti dan kiranya halallah segala hutang yang mungkin tercicir untuk saya langsaikan.

Ketiga, Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma. Marilah kita tingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Saya mendoakan kepada semua, selamat menyambut bulan yang penuh rahmat dan berkat. Berpuasalah disiang hari dan perbanyakkan ibadah dimalam hari. Berubah dari yang buruk kepada yang lebih baik. Sama2 kita usahakan.

Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.'




Sekian, cukup setakat ini dahulu..
-Berjuang Bersama Pemimpin Islam-

5:27 AM

Bila dia untuk ku

Posted by leekecix

Bila seseorang itu perlu difikirkan bahawa dia adalah untuk kita, apabila............

  1. Dia menjadi penyelesaian di waktu kesusahan.
  2. Dia menjadi pembimbing di waktu kekeliruan.
  3. Dia menjadi penawar di waktu kesakitan.
  4. Dia menjadi teman di waktu ketakutan.
  5. Dia menjadi penghibur di waktu kesunyian.
  6. Dia menjadi imam di waktu solat.
  7. Dia menjadi pemimpin di waktu kekacauan.
  8. Dia seorang yang sedap mata memandang.
  9. Dia seorang yang bersopan santun.
  10. Dia seorang yang tinggi budi bahasa.
  11. Dia seorang yang pandai membahagikan masa.
  12. Dia seorang yang tekun bekerja.
  13. Dia seorang yang amanah manjaga urusan.
  14. Dia seorang yang bermaruah.
  15. Dia seorang yang sabar.
  16. Dia seorang yang bertanggungjawab.
  17. dia seorang yang suka kanak-kanak.
  18. Dia seorang yang tidak hipokrit.
  19. Dia seorang yang tidak pandai berbohong.
  20. Dia seorang yang tidak suka keganasan.
  21. Dia seorang yang tidak munafik.
  22. Dia seorang yang tidak mementingkan kekayaan.
  23. Dia seorang yang sanggup menerima tugasan diwaktu sibuk.
  24. Dia seorang yang sanggup menerima jawatan diwaktu orang lain menolak.
  25. Dia seorang yang sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.
  26. Dia seorang yang menangis melihat kesusahan orang lain.
  27. Dia seorang yang jujur terhadap perbuatan.
  28. Dia seorang yang menutup aurat.
  29. Dia seorang yang dianggap sempurna.
  30. Dia yang takut Allah s.w.t.
Kehidupan sebelum mati lazimnya difikirkan bahawa kita mampu memilih. Tetapi rupanya ianya sudah ditentutkan oleh Allah s.w.t. Maka berdoalah semoga jumpa orang yang baik2. Jangan dihina orang yang sebaliknya kerana penghinaan itu sebenarnya terpalik ke muka sendiri.Walaupun kita mengharapkan teman hidup yang baik seperti malaikat, tetapi sebenarnya semuanya atas diri kita sendiri untuk memastikan kita baik di dunia mahupun di akhirat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Jadi pilihlah orang yang mempunyai perkara-perkara di atas. Jika itu adalah orang yang menjadi teman hidup anda. Anda akan selamat di dunia dan akhirat. Tapi semuanya atas diri anda sendiri. Sekian.................



leekecix@blog

11:57 AM

aku dan air mata

Posted by leekecix

Putus cinta perlukah menangis??? Tahukah bahawa air mata punya cerita...........................

1. Sebanyak 85% wanita dan 73% lelaki mengakui bahwa rasa marah dan kesedihan akan berkurang setelah menangis. Air mata tidak hanya disebabkan oleh perasaan sedih saja.


2. Jika wanita dianggap lebih mudah menangis, mungkin saja benar. Rata-rata, wanita menangis sebanyak 47 kali dalam setahun sedangkan lelaki menangis hanya 7 kali setahun.

3. 6minit adalah masa yang diperlukan untuk seseorang itu tenang selapas menangis.

4. Menangis boleh membuatkan seseorang itu lebih sihat.

5. Menangis adalah cara untuk mengurangi tekanan. Ini kerana air mata mengandung hormon prolaktin yang efektif untuk melawan tekanan perasaan.

6. Menangis kerana putus cinta lebih mudah dari menangis kerana gagal menyiapkan tugasan oleh pensyarah.

7. Para ahli mengatakan bahwa menangis dapat menurunkan tekanan darah dan denyut jantung dan membuat respon yang lebih baik terhadap perubatan.

Sebenarnya aku tulis ni saja2 je...hahahha,,..klu tak percaya sudah.......

5:52 AM

Konvokesyen aku

Posted by leekecix



Setelah 5tahun setengah mengikuti pengajian di IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tanggal 13.3.12 berlangsung majlis konvokesyen aku di PICC,Putrajaya.Pendaftaran pada 12.3.12. Ditemani abg aku Azril dah isteri dia Jannah. Dari rumah dorang PJ ke PICC, tak sampai 30minit. Walaupun rumah aku USJ 6 ke PJ 5minit je, tp saja duduk rumah dorang time2 cuti ni, dapat makan free..haha..

Ijazah Sarjana Muda Perguruan major Pendidikan Jasmani. Nak kata senang tu, tak tahu lah nak cakap, tapi nak dapat ijazah ni kena lulus 49subjek, bina insan guru siri 1 2 3, praktikum 1 2 3, internship, kajian tindakan, dan tak terlibat dengan masalah disiplin yg teruk. Lupa satu lagi, perhimpunan pagi tak boleh ponteng...hahaha...

Terima kasih kepada semua pensyarah IPG KSAH terutama pensyarah Jabatan PJSS dan yang paling penting kpd Tuan Syed Ahmad Ezahar. Apa yang tinggal, hanya kenangan, pahit manis, suka duka, semua tinggal kenangan.

Sekarang aku dipostingkan kat SK Sri Subang Jaya, SS14. Aku nak ucapkan tahniah kepada rakan2 semua, dan kepada sesiapa yg sakit hati dengan aku,aku mohon maaf,aku rasa dah tak sakit hati dah kot sebab dah dapat apa yang diinginkan.Jadi, semoga semua berbahagia hendaknya.

Terima kasih semua.

5:12 AM

Kehidupan bekerjaya

Posted by leekecix


Aku nak berkongsi pengalaman baru yg aku tempuhi di tempat baru. Sebelum cerita panjang. Mcm ni lah secara ringkas hidup sehari aku.

Time kerja, gerak pegi sekolah pkl 7.00 am lebih kurang. Lebih kurang 2km je nak ke sekolah. Cume biasalah Persiaran Kewajipan ni adalah antara jalan tersibuk di Malaysia. Jadi sampai sekolah pkl7.20. Ambil masa 20 minit utk 2km.

Sampai je sekolah,parking baik punye bawah bumbung. Pegi pejabat, key in kehadiran guna komputer dan menuju ke bilik guru. Sekolah Kebangsaan Sri Subang Jaya ni dalam taman perumahan orang berduit. Jadi murid-murid agak berduitlahkan. Tapi bukan itu yg aku nak cerita, ini pasal cerita aku,bukan pasal budak2 yg belajar kat situ.

Selesai mengajar apa semua, balik dalam pkl 1.30, kalau tak da mesyuarat, LDAP atau aktiviti koko.

Balik je sampai rumah dalam pukul 2 lebih. Rumah pulak apartmen tingkat 3. Lokasi dan kondisi memang best dan selesa.

Time cuti hujung minggu pulak, aku join main badminton kat SK Subang Jaya jiran kepada sekolah aku bersama guru2, arkitek, ahli peniagaan yg tinggal area berdekatan. Seronok dan enjoy sbb semua main macam satu keluarga, macam abg dgn adik. Akhirnya aku jumpa jugak port utk bermain dengan senang hati. Abg “ak’laken” yang memperkenalkan port tu dan memperkenalkan diri aku ni kat dorang. Main enjoy dan tak tertekan langsung. Futsal,renang, joging, dll adalah antara ativiti hujung minggu jugak.

Ustaz Aizil, rakan sejawat dan duduk sebelah aku kat bilik guru. Kebetulan dia ddk kat kuarters guru sebelah apartmen aku. Dia mmg banyak membantu, dari cari rumah, bab kerja, pengalaman, motivasi, memang baik. Dia ni belajar kat mesir time aku darjah 1. Umur beza 13 tahun. Dah kahwin dan anak comel2. Mengajar al-Quran, tajwid, bahasa arab, dll kat surau kuarters guru. Master bahasa arab. Amat merendah diri dan sempoi. Ada hikmahnya aku bertemu dgn orang mcm ni sebenarnya. Alhamdulillah benda2 luaran ni banyak membantu utk hidup di kawasan yg paling maju kat Selangor ni.

Rakan serumah pulak semua orang Penang. 3orang bekas IPTHO dan seorang Teknik Cheras. Ini lagi satu benda yg best, semua kaki solat dan mengaji punya org. Jadi selamat aku jumpa mmber2 rumah yg amat baik. Kebetulan 3 orang bekas IPTHO tu mmber abg aku jgk time kat maktab.

Semua mcm kebetulan tapi sebenarnya, aku rasa amat bertuah sbb benda2 ni yg menggembirakan aku disebalik masalah pribadi yg masih belum selesai dan masih menantikan penyelesaian............... Jika masalah ini pun selesai, hidup aku akan lebih bermakna.sekian..........

11:50 AM

Kisah azab kubur

Posted by leekecix

Daripada Zaid bin Sabit r.a., beliau menceritakan, maksudnya:

"Sewaktu Rasulullah s.a.w. berada di halaman kampung Bani Najjar, baginda berada di atas himar dan kami bersama-sama baginda, ketika itu himar baginda menjadi liar hingga hampir-hampir menjatuhkan baginda, tiba-tiba di situ ada empat, atau lima, atau enam kubur.

Tanya baginda : "Siapakah yang kenal kubur ini?"
Seorang lelaki menjawab: "Saya kenal."
Tanya baginda : "Bila mereka mati?"
Ia menjawab : "Mereka mati dalam keadaan musyrik."
Baginda berkata : "Sesungguhnya umatku ini akan diuji dalam kuburnya. Aku bimbang kamu tidak mahu masuk kubur, kalau tidak, aku akan meminta Allah memperdengarkan kempada kamu seksa kubur seperti yang aku mendengarnya. Kemudian baginda berpaling kepada kami."
Lalu berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada seksa neraka."
Mereka Berkata: "Kami berlindung dengan Allah daripada azab neraka."
Baginda berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada azab kubur."
Mereka berkata : "Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur."
Baginda berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada segala fitnah, yang zahir dan yang batin."
Mereka berkata : "Kami berlindung dengan Allah daripada segala fitnah, yang zahir dan yang batin."
Baginda berkata : "Berlindunglah kamu dengan Allah daripada fitnah Dajjal."
Meraka berkata : "Kami berlindung dengan Allah daripada fitnah Dajjal."

Ibn Abbas r.a., beliau menceritakan, maksudnya:


"Rasulullah s.a.w. telah lalu di hadapan dua kubur baru, baginda berkata: (dua orang dalam) kubur ini sedang diseksa oleh kerana kesalahan biasa yang dianggap ringan. Salah seorang daripadanya tukang fitnah dan satu lagi tidak beristinjak kencingnya."

leekecix@blog

11:15 AM

Fitnah dalam Kubur

Posted by leekecix

Wajib kita beriman kepada perkara-perkara yg diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. yg terdiri daripada fitnah dalam kubur, dua orang Malaikat yg akan menanyakan soalan mengenai Tuhan, agama, dan Rasul sebagaimana tersebut dalam beberapa hadis sahih menjelaskan bahawa manusia akan disoaljawab dalam kubur mereka.


Daripada Asma' r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Tidak ada sesuatu perkara yang belum diperlihatkan kepadaKu melainkan dapat juga aku melihatnya di tempat aku ini, sampai kepada syurga dan neraka (pun diperlihatkan kepadaku), kemudian diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya kamu akan diuji di dalam kubur kamu semacam atau yang hampir dengan fitnah Al-Masih Al-Dajjal. Kepada setiap orang akan ditanyakan, "Apakah yang kamu tahu tentang Muhammad?" orang yang beriman atau orang yang mempercayai akan menjawab, "Ia adalah Muhammad utusan Allah. Ia datang kepada kami semua dengan membawa keterangan yang jelas dan petunjuk, kami semua menyahuti seruannya dan mengikutnya. "Pertanyaan itu diulangkan tiga kali. Dan diucapkan kepadanya " Tidurlah sebagai seorang soleh," kami mengetahui bahawa kamu percaya kepadanya. Sebaliknya orang yang ragu akan menjawab, "Aku tidak tahu, aku mendengar orang bercakap sesuatu lalu aku mengikuti percakapan mereka."

Daripada Anas Bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

"Apabila seorang hamba diletakkan di dalam kuburnya dan sahabat handainya berpaling balik. Sesungguhnya ia mendengar derap selipar mereka, baginda meneruskan: Datang kepada hamba itu dua malaikat, kemudian kedua-dua membangunkan lelaki itu dan menanya: Apakah enkau telah katakan terhadap Muhammad? Jika ia seorang mukmin ia menjawab: Saya menyaksikan bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasulnya, lalu dikatakan kepadanya: Lihatlah kelak di dalam syurga. Sambung baginda lagi: Ia dapat melihat kedua-dua tempat kediamannya. Berkata Qatadah: "Maka dibuka luas baginya di dalam kubur itu seluas tujuh puluh hasta dan tempat kediamannya dipenuhi dengan kehijauan hingga kepada hari kebangkitan." Adapun orang munafik dan kafir akan ditanya: Apakah kamu telah katakan terhadap lelaki ini? Ia menjawab: Engkau tidak memahami dan tidak ikut orang yang mengetahui. Ia dipukul dengan pemukul besi dengan pukulan yang ia menjerit kesakitan didengar oleh semua kecuali manusia dan jin sahaja."

leekecix@blog

9:23 AM

Banyakkanlah mengingati mati

Posted by leekecix

Ketahuilah, bahawasanya memperbanyak mengingati mati itu adalah seperkara yg dituntut oleh agama dan amat digalakkan, kerana yg demikian itu mengandungi berbagai-bagai faedah yg berguna. Di antaranya: pendek harapan, zuhud di dunia, qanaah atau memadai yg sedikit, cinta kepada akhirat serta memperbanyak bekalan dengan amal dan bakti yg baik.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:


"memperbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan(maut). "

Tatkala baginda Rasulullah s.a.w. ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia. Jawab baginda. maksudnya:

"Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati. Mereka itulah orang-orang yang pintar. Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat."

Berkata setengah para salaf: Pilihlah segala perkara yg dapat mengingati anda kepada maut, dan teruskanlah perbuatan itu, jika anda masih melakukannya. Sebaliknya, jauhilah segala perkara yg menimbulkan perasaan benci kepada maut, dan tinggalkanlah ia jika anda masih melakukannya. Renungkanlah pesanan ini baik-baik dan peliharalah ia, moga-moga Allah merahmati anda. Sebab nasihat ini amat besar faedahnya bagi orang-orang yg mematuhinya. Hanya Allah jualah yg memberi taufiq, kerana tiada Tuhan selainNya.



Dalam mensifatkan seorang Mu'min yg tercinta sebagaimana tersebut di dalam sabdanya yg diriwayatkan dari tuhan, berbunyi: Tiadalah hampir seorang yg mendekatkan dirinya kepadaKu... dan seterusnya sehingga Hadis(Qudsi) itu berbunyi:

"Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu perkara yang akan Aku lakukan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mencabut nyawa hambaKu yang Mu'min yang bencikan mati. Aku tidak mahu menyusahkannya, akan tetapi mati itu adalah pasti baginya"


1:16 AM

Si Jahil yg cuai & Si Alim yg malas

Posted by leekecix

Perumpamaan seorang jahil yg cuai dlm menuntut ilmu yg wajib itu, laksana sorang hamba yg dikirimi surat oleh tuannya, yg menyuruhnya melakukan beberapa perkara dan melarangnya dari beberapa perkara. Malangnya sang hamba itu tidak melihat isi surat itu, kerana tidak mengerti apa yg terkandung di dalamnya, padahal ia boleh mempelajarinya dan bertanya kepada orang lain.

Demikian pulalah dengan perumpamaan seorang alim yg tidak beramal dengan ilmunya, laksana seorang hamba yg melihat isi surat tuannya serta mengetahui apa yg terkandung di dalam surat itu, akn tetapi ia enggan mematuhi segala suruhan yg terkandung di dalamnya serta menjauhi segala larangannya.

Cubalah renungkan, wahai rakan-rakan sekalian, moga-moga Allah merahmati anda, adakah cuai yg lebih dasyat dari kecuaian dua orang hamba ini terhadap perintah tuannya? dapatkah mereka membuat alasan atau mengemukaakn keuzuran kepada tuan mereka? Bukannkah mereka itu patut menerima siksa dan balasan, kerana berani menentang perintah dan kurang perhatian terhadap arahan tuannya? Awas,janganlah anda menjadi selaku salah seorang dari kedua orang tadi; iaitu seorang jahil yg tidak mahu belajar, ataupun seorang alim yg tiada beramal dengan ilmunya, kelak anda akan binasa. Ketika itu anda akan rugi serugi-ruginya di dunia dan di akhirat, itulah yg dikatakan kerugian yg nyata.

Adapun memperluas diri dalam ilmu-ilmu agama yg berguna dan menambah pengetahuan lebih dari kadar yg perlu, maka itu adalah sebaik-baik jalan untuk menuju kepada Allah S.W.T. dan seutama-utama amalan di sisiNya. Akan tetapi menuntut ilmu itu hendaklah disertakan dengan tulus ikhlas, dan dilakukan semata-mata kerana Allah. Sesudah itu hendaklah ia mengerah dirinya untuk beramal dengan ilmu yg dituntutnya serta mengajarnya pula kepada orang lain, dengan tujuan menempa keridhaan Allah S.W.T. dan mendapat balasanNya di Hari Akhirat.

8:23 AM

Selamat Tinggal IPG KSAH

Posted by leekecix

Hari ini tanggal 17 November 2011. Berakhirlah pembelajaranku di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Sejak tanggal Jun 2006 (kalau tak silap) aku telah mula menjadi guru pelatih di institut ini. Terlalu banyak pengalaman pahit manis, dan bermacam orang yang aku temui. Ada yg gila (jawatan, duit, orang, pangkat, pujian, sanjungan). Menjadi seorang guru bukannya mudah seperti yg disangkakan. Segala tingkah laku kita sentiasa diperhatikan. Menjadi orang yg pendiam disangka sombong, menjadi orang yg periang disangka riak, jadi pandai2lah membawa diri.

Dulu penuh dugaan, kekecewaan dan kebanggaan saling silih berganti. Kini semuanya tinggal kenangan. Yang pasti masa depan lebih berliku kerana belum tentu menjaminkan apa2. Tidak akan seseorang itu berwajah seperti sekarang jika masa silam tidak menjanjikan sesuatu utknya.


Ayahanda Tuan Syed Ahmad Ezahar:

  • Terima kasih kerana sudi menjadi pensyarah yg terlalu banyak berjasa. Sejak mula mendaftar hingga hari terakhir menjadi guru pelatih. Terlalu banyak jasa sampai nak tulis pun tak tahu macam mana. Walaupun pernah dimarah, ditampar belakang, tapi tepukan dan pelukan terakhir akan menjadi semangat utk berbakti kpd anak2 murid di sekolah nanti. Terima kasih Tuan! love u forever!

Adik beradik PJ SENPI:

  • Mana nak dapat geng macam ni dah, mati hidup semula pun takkan dapat. Koranglah yg banyak membantu. Menceriakan kehidupn sehari2. Sejak mula masuk, walaupaun Boffn lewat sekit, Yasmin last sem, tapi sejak mula kita disatukan dalam satu kelas, memang aku dah agak, keakraban kita memang susah nak dipisahkan. Bermacam-macam program, aktiviti, BIG2, Pendidikan Luar, dll memang kita sepakat. Sejak mula kita pusing satu MPSAH (larian komando), kat situ aku dah nampak kerja sama kelas kita. tengok wayang, bola, bbq, lata, sampaikan asgmt pun kita kongsi. [sebelum aku nangis, aku stop sampai sini dulu]. Jumpa nanti time majlis konvo n kenduri kahwin adik beradik semua... [apa2 cntc kat alumni pj senpai]

Creep2nite:

  • Kumpulan asalnya dari Blok F. Beramai2 pindah ke BPJ. Sahabat2 yg selalu ada saat aku kesusahan, time kereta aku rosak, kemalangan, sakit, sedih, kecewa, tgk movie, tolong angkat pc aku, kemas rumah, masak, sambut hari jadi, teman aku balik rmh, memancing, camping kat lata bayu, semua bersama korang. Sangat jujur dan selalu bertukar2 pendapat. Segalanya hampir semua dikongsi. Sejak kita kat asrama sampai ke BPJ setiap hari pasti kita akan jumpa. Terima kasih semua. Jumpa nanti time konvo n kenduri korang....

Seluruh IPG KSAH:

  • Terima kasih kepada pensyrah disemua jabatan terutamanya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.
  • Kepada kawan2 yg mengenali aku, terima kasih banyak.
  • Kepada sesiapa yg pernah terluka, ataupun terasa dengan tindakan aku, terkasar bahasa ke, aku minta maaf banyak2.
  • Sesiapa sahaja yg pernah mengenali aku, minta maaf.

Kenangan adalah coretan kisah lalu, selalunya orang yg meninggalkan kenangan adalah orang yg lupa diri. Kini aku akan bawa kenangan 5tahun setengah ini utk 75tahun yg akan datang. Yg baik jadikan pedoman, yg buruk jadikan pengajaran. Pesan aku kepada sesiapa yg mengenal diri ini, jadilah diri sendiri dan janganlah menjadi orang yg pentingkan diri, kerana jika itu berlaku, korang akan ditinggalkan oleh orang lain dan jangan menyesal atas tindakan orang lain itu kerana semuanya berpunca atas tindakan diri sendiri.

Maafkan salah silap....bye2 SEMUA!

leekecix@blog

1:54 AM

Belajar Mengenal DIRI

Posted by leekecix

Sabda Rasullullah s.a.w.:

Maksudnya:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala, apabila mencintai sesuatu kaum diujinya mereka itu. Barangsiapa yang ridha, Allah meridhai mereka. Dan barangsiapa yang bersungut, Allah murka terhadap mereka."

Sabdanya lagi, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala dengan kebijaksanaanNya telah memberikan kesentosaan dan kemudahan di dalam keyakinan dan keridhaan, dan memberikan kesempitan dan kesusahan di dalam keraguan dan kesungutan."

Orang yang ridha kepada Allah s.w.t. itu ialah orang yang menerima dengan tabah segala ketentuan Allah Ta'ala. Apa saja yang ditakdirkan Allah, meskipun berlawanaan dengan cita-citanya, ataupun tidak diingini oleh hawanafsunya, seperti celaka dalam jiwa dan harta, atau bala' bencana, tekanan hidup, kemiskinan, atau sempit dalam mata pencarian, namun dia tetap sabar dan ridha terhadap apa yang ditakdirkan Allah itu, jiwanya terus tenang, dan tidak pernah bersungut, membangkang atau berganjak walau sedikit pun. Sebab Allah s.w.t. berkuasa melakukan segala sesuatu menurut kehendakNya, tiada sesiapa pun yang boleh menentang atau membangkang di dalam kekuasaanNya.

Hendaklah anda sentisa waspada dari ucapan "kalau begitu" atau "mengapa begitu" atau "bagaimana boleh jadi begitu". Hendaklah anda mengetahui bahawa Allah s.w.t. itu Maha Bijaksana dan Maha Adil dalam segala ketentuan dan keputusanNya, dan bahawasanya Dia tidak akan menentukan bagi seorang hanba Mu'min dalam sesuatu perkara yang dibencinya, melainkan ada sesuatu sebab yang baik, atau kebajikan bagi dirinya, ada balasan yang mulia yang tidak diketahui oleh si hamba Mu'min itu. Lantaran itu, si hamba hendaklah sentiasa menyangka baik terhadap Allah Ta'ala serta ridha terhadap semua ketentuanNya.

Siapa diri kita? Kita adalah hamba dan janganlah pernah mendongak dan bermegah dengan apa yang ada mahupun tiada. Belajarlah mengenal diri dan asal usul kamu di dunia ini............

(sumber: nasihat agama dan wasiat iman)

6:20 AM

Tanda-tanda SOMBONG

Posted by leekecix

Barangsiapa yg menganggap dirinya tinggi dan bermegah dengan darjatnya, lalu menghina dan memperkecil orang lain, maka itulah orang yang sombong terkutuk.

Sifat sombong itu sentiasa memendam di hati, akan tetapi ketara dengan tanda-tandanya pada diri manusia. Di antara tanda-tandanya, ialah:

  1. Merasakan bangga melihat dirinya maju lebih dari orang lain.
  2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
  3. Minta dikedepankan di majlis-majlis keramaian.
  4. Bergaya dan beraksi angkuh ketika berjalan.
  5. Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.
  6. Tidak mengendahkan nasihat, atau teguran orang lain.
  7. Suka menindas orang Islam yang miskin dan lemah.
  8. Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.
  9. Suka memuji-muji diri.
  10. Bermegah dengan datuk-nenek yang kenamaan atau yang ahli agama.
  11. Bermegah dengan keturunan.

Semua tanda-tanda ini menunjukkan sifat takabbur yang amat tercela dan buruk......

Bersabda Rasulullah s.a.w., maksudnya :

"Barangsiapa yang membesarkan dirinya dan beraksi angkuh dalam langkahnya (jalannya), dia akan menemui Tuhan (sesudah mati) sedangkan Allah murka terhadapnya."

Sabdanya lagi.,maksudnya:

"tidak akan masuk syurga, orang yang terdapat di hatinya seberat zarrah (atom) dari sifat sombong."

(sumber: Imam habib Abdullah Haddad)

8:47 AM

mulakan hidup baru

Posted by leekecix

Kehidupan tak selalunya berakhir dgn apa yg dianggapkan betul pada awalnya. Satu ketika dulu, tidak semua yg diangap mudah akan semudahnya berlaku. Sesuatu kepastian hanya hadir jika telah memiliki. Rancangan yg bermacam-macam dgn sebaik mana pun akan tidak berjaya jika tidak diizin Allah S.W.T. Kini hanya tinggal kenangan. Pemergian seseorang itu seharusnya diterima dgn hati yg tenang dan terbuka. Tidak akan berlaku sesuatu itu melainkan ada hikmah disebaliknya. Allah merancang sesuatu dgn cintanya, dan kita hanya merancang dgn hanya bercita-cita.

Kita hanya hamba dan tuannya lebih mengetahui apa yg lebih baik utk kita. Kita lihat saja di dunia ini, ada yg kehilangan ayah ibu dan menjadi anak yatim piatu. Adakah Allah S.W.T ingin menjadikan hidup anak-anak tersebut melarat dan terbiar? Tidak bukan. Allah S.W.T sebenarnya telah mengangkat darjat mereka.

Kadang-kadang kita terpaksa meninggalkan apa yg kita sangka baik utk kita. Mungkin dgn cara itu, akan menjadi lebih baik sebenarnya.

Tujuan kita hidup adalah utk menuju syurga yg Allah S.W.T ciptakan utk hambanya yg taat. Maka, jika itu menjadi matlamat kita, segala keputusan dan tingkah laku kita akan menuju ke arah tersebut. Kekecewaan, kesedihan, kekurangan dan segala macam emosi negatif yg berpinar-pinar akan menjadikan kita lebih berjaya jika langkah yg seterusnya menuju kpd keredoan Allah S.W.T. Mulakan hidup baru kpd mereka yg pernah kecewa. Tak mudah utk itu tapi anda perlu lakukannya dan mesti lakukannya.

Kebahagiaan dan ketenangan semuanya hadir atas rahmat Allah S.W.T. Jadi kita hamba-Nya yg kerdil ini jadilah hamba yg meminta petunjuk dari Nya. Jgnlah sombong dan terus bersedih. Teruslah tabah dan yakinlah bahawa jalan Allah S.W.T adalah sebaik-baik jalan yg wajib kita lalui....tempuhi.......harungi......... dan akhirnya, sebaik-baik kesudahan adalah kesudahan orang-orang yg beriman.....

8:20 AM

Statistik umat Islam syahid

Posted by leekecix

Setelah selesai perang salib yang begitu ramai umat Islam terkorban hasil pejuangan menegakkan Islam. Berlaku banyak tragedi tragis yang menyelubungi umat Islam di serata dunia.

Berikut adalah fakta yang menyayat hati mengikut tempat:

  1. Palestin (1950-2007) = 35 000 terkorban
  2. Algeria (1945-1963) = 1.5 juta terkorban
  3. Kashmir (1947) = 70 000 terkorban
  4. Bosnia (1992-1995) = 8 373 terkorban
  5. Chechnya (1992) = 200 000 terkorban
  6. Gujarat (2002) = Ratusan muslimah dan kanak2 dirogol dan dibakar hidup2.
  7. Afganistan (2001) = 30 000 org awam 5 500 tentera Afgn terkorban.
  8. Iraq (2003) = 942 636 terkorban.
Secara purata, 20 umat Islam dibunuh setiap hari!

Begitu ramai yang telah terkorban walaupun hanya 8 peristiwa yang telah berlaku. Sedang seronok kita berada di tanah air, sibuk rakyat negara kita memecahkan rekod kek terbesar, bendera terpanjang, bangunan tertinggi dll. Rupanya kita lalai dengan kesibukan hal-hal dalam negara. Sememangnya hasil pemecahan wilayah dan pemansuhan sistem khalifah telah memporak perandakan kesatuan umat Islam itu sendiri. Kini umat Islam terpisah dalam negara masing2, dan lebih pentingkan negara sendiri dari umat Islam keseluruhannya.......

Bagaimana kelak anda berhadapan dengan Allah SWT di hari kiamat, ketika kalian berdiri di hadapan Allah SWT, yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Ketika mana yang bersama kalian adalah seorang anak muslimin di Palestin.

Dia berkata, "ya Allah, ya Tuhanku, aku telah meminta pertolongan dari umat Islam, namun umat Islam tidak menjawab panggilanku."



leekecix@blog

6:59 AM

5 1/2 Tahun bergelar guru Pelatih

Posted by leekecix

Bermula dgn lepasan SPM bagi tahun 2005, aku melangkah kaki menjadi seorang guru pelatih di MPSAH (masih maktab bg thn 2006), Sungai Petani. Dgn hanya mengisi maklumat diri di internet bersama ayahda tercinta di sebuah cybercafe di kampung aku.

Sewaktu sibuk tdo, terdering henset aku mengatakan call masuk. Seorang Dr yg memperkenalkan dirinya Dr Baha mengucapkan tahniah dan menegaskan 'apa2 masalah utk pendaftaran di MPSAH nanti bagi tahu saya'. Terus terlintas difikiran perkataan CIKGU SEKOLAH.

Hari pendaftaran pada hari Isnin tak silap aku, aku bersama keluarga menuju ke Sungai Petani, lokasi yg tak asing lagi bagi aku. Waktu proses pendaftaran, aku berkenalan dgn Tuan Fakhrul, kebetulan berkenalan dan sebilik lah plk. Elaun time tu, 200lbh je. Memang boleh hidup, tapi cukup utk hidup je lah.

Tahun 2007-2008 plk kecoh pasal tunggakan elaun. mau nak beribu dapat. Ramai yg beli mcm2. Duit, duit, duit.

Semakin lama, MPSAH telah bertukar wajah, tahun 2008 menjadi IPSAH dan Tahun 2010 IPG KSAH. Secara jujurnya, antara tiga peralihan zaman tersebut, suasana sewaktu MPSAH adalah suatu yg paling dirindui. Lebih mesra, nyaman, tenteram, hormat, selesa, dan merendah diri.

Semuanya kian pudar dek sekelumat sikap guru pelatih yg pelik. Senang kata, baru masuk je dah buat mcm 'sekolah' dorang. Ada kalanya terlampau pelik. Bukan saja guru pelatih tetapi juga pentadbiran yg pelik. Isu pentadbiran yg pelik di sini bermaksud, adakalanya tidak masuk akal, dan ada kalanya tak terjangkau akal. Negara demokrasi terpimpin, beginilah jadinya, sebaik mana demokrasi, mesti ada kekurangannya. Setelah HEP dan SUP bertukar pemimpin, banyak perubahan yg baik dilaksanakan. Tetapi, adakah perkara yg merugikan dan menyusahkan juga berlaku? Jawapannya hanya warga IPG KSAH dpt ceritakan.

Tahun 2010-2011 adalah isu MQA, insurance, dan peruntukan. malas nak cerita, korang fikirlah sendiri.

PJ-SENPAI 2006-2011

Beginilah kehidupan, ramai orang menginginkan kesempurnaan, hidup penuh dgn kenangan. Tidak mengerti tingginya nikmat senang bila tidak pernah berasa sukarnya pabila susah. Jadi, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian......

leekecix@blog

6:58 AM

muhasabah diri

Posted by leekecix

Setelah sekian lama kita melakukan dosa, mari kita muhasabah diri. Tidak perlu menuding jari mengarahkan kerosakan itu berpunca dari orang lain. Yang terbaiknya, menilai diri kita sendiri. Setiap insan mempunyai 2 sifat asas iaitu sifat terpuji dan keji. Manusia diajar sejak kecil untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Terpejamnya mata kamu nanti, kamu akan di hisab mengenai :

  • Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari oleh kamu semasa di dunia?
  • Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
  • Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
  • Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
  • Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
  • Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
  • Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
  • Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
  • Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
Jadi sebelum korang membuat sesuatu, muhasabahla diri ok. Untuk post kali ini juga, aku nak ucapkan kepada orang2 yg berada pada jalan yang betul, jalan yg diredoi Allah, maka teruskanlah usaha korang itu, teruskanlah ber-usrah, sebarkanlah ajaran Islam, tinggalkan orang yg menyusahkan urusan korang utk membuat kebaikan, tinggalkanlah orang yg anda cinta jika cintanya menggugat cinta korang kepada Allah, teruskan usaha korang dan carilah teman hidup atau sahabat2 yg membantu korang dalam berjihad di jalan Allah. Aku yg masih mencari2 erti hidup yg sebenar sentiasa mendoakan rakan2 supaya sentiasa berada bersama orang2 yg menyenangkan hati korang.

Bukan mudah berkorban, meninggalkan sesuatu utk kebaikan orang lain. Tidak akan nampak rentungnya rumah yg terbakar jika asapnya belum habis naik ke langit. Maka jagalah diri korang dan ahli keluarga dari api neraka. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Jadi muhasabah diri dan sesungguhnya sebaik2 manusia adalah yg mengingati mati........

5:48 AM

7 golongan SELAMAT di P.Mahsyar

Posted by leekecix

Orang yg terselamat di Padang Mahsyar. [hanya di padang mahsyar sahaja, syurga neraka belum tentu]

  1. Pemimpin yg adil.
  2. Jiwa terpikat kpd masjid.
  3. Zaman remajanya penuh dgn ibadat.
  4. Org yg menangis apabila mengingati dosa pahala.
  5. Bercinta dan berkasih sayang kerana Allah.
  6. Org yg bersedekah tapi tidak mengheboh-hebohkn.
  7. Lelaki apabila menolak ajakan seorang perempuan melakukan maksiat.

9:15 PM

28 perkara JARANG org buat

Posted by leekecix

Cuba korang baca satu2 dan fikirkan mengapa korang jarang buat banda2 ni:

  1. Menyiapkan assignment sehari selepas dapat soalan assignment.
  2. Membasuh kereta yang bersih dan berkilat.
  3. Membasuh baju kawan serumah korang.
  4. Pergi ke surau berjemaah sewaktu solat asar terutamanya.
  5. Mengundi peserta Akademi Fantasia @ Maharaja lawak dll.
  6. Mengisi 'full tank' minyak kereta korang.
  7. Memasukkan 10ringgit dan ke atas ke dalam tabung masjid.
  8. Tak tidur balik selepas solat subuh terutama waktu cuti.
  9. Menjaringkan gol sendiri jika diberi peluang.
  10. Memandu sambil menyemak buku latihan murid-murid.
  11. Mengemas bilik korang sewaktu sibuk dengan kerja.
  12. Mengajak rakan serumah menonton wayang @ bersukan indoor.
  13. Mengingati mati sewaktu menonton Akademi Fantasia.
  14. Memberi pendapat @ soalan sewaktu mesyuarat.
  15. Mencalonkan diri sendiri untuk sesuatu jawatan.
  16. Menegur @ senyum kepada orang yang dikhabarkan jahat.
  17. Membaca doa selain doa makan,doa tidur dan doa naik kenderaan.
  18. Mendengar dari bercakap.
  19. Menutup aurat di bahagian kaki, dan tangan walaupun bertudung.[muslimah]
  20. Mengambil lauk @ kuah dahulu dan kemudian nasi.
  21. Mengumpul duit untuk menunaikan haji.[habiskan duit utk besarkan rmh & kereta]
  22. Menjual lemang ditepi jalan selain dari bulan Ramadhan dan Syawal.
  23. Banyak bersyukur dari mengeluh.
  24. Mendengar radio sambil menonton TV.
  25. Membiarkan nyamuk menghisap darah korang.
  26. Membunuh lalat dengan menampar menggunakan tangan korang.
  27. Baring sambil menonton EPL di kedai mamak.
  28. Makanan kenduri kahwin lain dari nasi berlauk, digantikan dengan nasi goreng kampung, mee goreng, bihun sup, spaghetti, char kway teow dll.
leekecix@blog

7:32 AM

Cara Pengebumian Jenazah

Posted by leekecix

Kita seringkali melihat orang lain dikebumikan. Adakah anda mengetahu bagaimana proses pengebumian menurut ajaran Islam dijalankan? Untuk berkongsi bersama korang semua, aku nak menaip sikit mengenai topik ini. Jadi jemputlah baca kalau korang menginginkan ilmu dan ingin tahu.



Berikut adalah beberapa fakta mengenai tajuk post kali ini:

  1. Jenazah muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir dan sebaliknya.
  2. Disunatkan mengubur jenazah di kawasan perkuburan.
  3. Para syuhadah hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain.
  4. Boleh dikuburkan jenazah pada malam hari.
  5. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru.
  6. Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan, disunatkan dia berdiri sehingga mayat itu hilang daripada pandangan.
  7. Boleh menguburkan dua jenazah @ lebih dalam satu lubang kubur kerana keadaan terdesak @ darurat.
  8. Sekurang-kurangnya kubur bagi mayat itu ialah lubang yang dapat menghalang bau serta dapat melindungi mayat dari binatang buas.
  9. Mengumpulkan beberapa jenazah yang mempunyai hubungan krabat adalah baik dan digalakkan.
  10. Kubur hendaklah digali secara melintang kearah kiblat.
  11. Cara meletakkan mayat itu di dalam kuburnya, hendaklah mayat itu dimasukkan dengan menghulurkan kepalanya ke dalam dan disambut oleh tiga orang yang berada di dalamnya. Kemudian dibaringkan di atas lambung kanan menghadap kiblat. Kemudian di tutup degan liang lahad dan dikambus.
  12. Jika mayat ditanam dengan membelakangkan arah kiblat @ menelentang @ disembamkan mukanya ke tanah, wajib digali dan dibetulkan semula.
  13. Sesudah lubang kubur ditimbus, tanah hendaklah ditinggikan sejengkal dan diratakan, kemudian dipacakkan batu nisannya di bahagian kepala dan kakinya, dicacakkan pula daun-daun yang kehijaun, lalu dijuruskan air di atas kubur itu dimulai dari kepala di pihak kanan hingga dua kakinya.
  14. Orang yang membaca talqin duduk di bahagian muka mayat dengan membelakangkan kiblat.

5:48 AM

Itu org lain....

Posted by leekecix

Sungguh bahagia hidup apabila diri dihargai oleh orang lain. Hidup dipenuhi rasa suka tidak ada duka, hidup diberi apa yg membuatkan seseorang itu tersenyum riang tanpa perlu memikirkan masalah.....itu orang lain....

Keadaan yg memihak dan tidak berasa tewas. Walaupun di maki hamun, tidak pernah berasa kecewa. Sentiasa bersabar dan tabah meniti masalah yg mungkin tidak ada orang dapat membantu.....itu orang lain...

Hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini. Hidup penuh rasa bermakna dan tidak ada rasa sia-sia dalam diri. Pelbagai kekecewaan itu dijadikan penawar dalam hidup untuk meneruskn perjalanan....itu orang lain...

Berasa mewah dengan apa yang ada dan tidak pernah merasakan diri ini terpinggir. Diri tidak berasa sunyi dan sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang memahami. Saling berkongsi dan tidak menyakiti hati masing-masing....itu orang lain....

Kata-kata dikotakan. Tidak memanipulasi kekurangan orang lain dan tidak menumpangkaki kelebihan orang lain. Hidup penuh rasa ingin berdikari dan melakukan sesuatu atas dasar tidak hipokrit....itu orang lain...

Merendah diri apabila menolong orang, berasa jalan ini,liku ini tidak mudah buatnya kecewa. Mengaku kesilapan diri dan cuba menenangkan orang lain supaya turut berasa keikhlasan itu. Tidak perlu tersenyum walaupun hati marah...itu orang lain....

'pernahkah anda berasa sedemikian ataupun semuanya itu orang lain'

7:18 PM

Sejarah Perang Salib

Posted by leekecix

  • 1096 – serangan salib pertama diberangkatkan untuk merebut Jerusalem. Pada 1099 pasukan di bawah Gottfried von Bouillon merebut Jerusalem. Mereka mendirikan negara-negara salib, yakni negara-negara boneka di wilayah-wilayah yang diduduki tentara salib. Namun karana kelemahan Byzantium dan perpecahan di kalangan muslim sendiri, negara-negara boneka ini berkembang sebagai negara-negara latin yang feodalistis dan tirani, di mana seluruh penduduk yahudi dan muslim dibunuh dengan kejam.
  • Pada serangan salib kedua (1147-1149) pasukan salib berusaha merebut wilayah-wilayah di sepanjang pantai laut tengah, baik yang dikuasai muslim maupun bukan, seperti wilayah Athena, Korinthia dan beberapa pulau-pulau Yunani. Ini menunjukkan bahawa serangan salib sebenarnya tidak spesifik ditujukan hanya kepada umat Islam, karana memang kekufuran sebenarnya musuh seluruh manusia –hanya saja ummat Islam adalah penghalang terbesar bagi kekufuran itu.
  • Serangan salib ketiga (1189-1192) terjadi setelah Sholahuddin al Ayubi berhasil mempersatukan kembali wilayah-wilayah Islam di Mesir dan Syria. Pada 1171 Sholahuddin berhasil menyingkirkan kekuasaan Fathimiyah di Mesir yang merupakan separatisme dari Khilafah di Bagdad, dan mendirikan pemerintahan Ayubiah yang loyal kepada Khalifah. Pada 1187 al-Ayubi berhasil merebut kembali Jerusalem. Serangan salib ketiga ini dipimpin oleh tokoh-tokoh Eropa yang paling terkenal: Friedrich I Barbarosa dari Jerman, Richard I Lionheart dari Inggris dan Phillip II dari Perancis. Namun di antara mereka ini sendiri terjadi perselisihan dan persaingan yang tidak sihat, sehingga Friedrich mati tenggelam, Richard tertawan (akhirnya dibebaskan setelah memberi tebusan yang mahal), sedang Phillip bergegas kembali ke Perancis untuk merebut Inggris sewaktu Richard tertawan.
  • Serangan salib keempat (1202-1204) terjadi ketika pasukan salib dari Eropa Barat ingin mendirikan kerajaan Norman (Eropa Barat) di atas panji-panji Yunani. Paus Innocentius III menyatakan pasukan salib telah murtad (excommuned). Di Konstantinopel permintaan-permintaan tentera salib menimbulkan perlawanan rakyat, yang dibalas tentara salib dengan membakar kota itu serta mendudukkan kaisar latin serta padri latin. Sebelumnya, kaisar dan padri Konstantinopel adalah yunani. Tahun 1212, ribuan pemuda Perancis diberangkatkan dengan kapal untuk bergabung dengan pasukan salib, namun kapten kapal mereka menjual mereka sebagai budak ke Afrika Utara! Reputasi pasukan salib dan hormat atasnya sudah semakin pudar.
  • Serangan salib kelima (1218-1221) diumumkan oleh Paus Innocentius dan Konzil Lateran IV, yang juga menetapkan undang-undang inquisisi dan berbagai aturan anti yahudi. Untuk mendapatkan kembali mengawal atas pasukan salib, jabatan raja Jerusalem digantikan oleh wakil Paus. Jabatan “raja Jerusalem” ini hanyalah “ idealis”, tanpa kekuasaan sesungguhnya, karana de facto Jerusalem telah direbut kembali oleh al-Ayubi.
  • Serangan salib keenam (1228-1229) dipimpin oleh kaisar Jerman Freidrich II. Sebagai “orang yang dimurtadkan” (excommuned) dia berhasil merebut kembali Jerusalem. Paus terpaksa mengakui dia sebagai raja Jerusalem. Sepuluh tahun kemudian Jerusalem berhasil direbut kembali oleh kaum muslimin.
  • Serangan salib ketujuh (1248-1254) dipimpin oleh IX dari Perancis yang telah dinobatkan sebagai “orang suci” oleh Paus Bonifatius VIII. Meski di negerinya Ludwig dikenal sebagai penegak hukum yang baik, namun ia memimpin sebuah organisasi yang amburadul sehingga justru tertangkap di Mesir. Di bawah Paus Gregorius X (1274) dan juga setelah jatuhnya Konstantinopel (1453), perang salib pernah diserukan kembali, namun tak pernah dimulai. Sejak perang salib keempat, perang ini sudah jatuh popularitasnya. Sementara itu, tanpa di bawah lambang pasukan salib, pada 1236 Cordoba pusat Daulah Islam di Andalusia direbut kembali oleh pasukan Katolik Kastilia. Pada 1258 Bagdad –pusat Khilafah– dihancurkan oleh Mongol-Tartar.
leekecix@blog

8:36 AM

Fakta menarik-Bunuh Diri

Posted by leekecix


Fakta-fakta mengenai Bunuh Diri:

  • Dosa besar.
  • Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia seperti mana yang dijelaskan oleh Nabi S.A.W. Berikut adalah beberapa hadis yang terlibat:
Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam genggamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam genggamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”
(al-Bukhari dan Muslim)

  • Perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad).
  • Bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.
  • Baginda tidak menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri sebagai pengajaran bagi orang lain.
  • Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri.
  • Menurut undang-undang diciptakan oleh manusia iaitu Seksyen 309 Kanun Keseksaan, menyebut; barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan kesalahan itu, hendaklah dihukum penjara sehingga kepada tempoh satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
  • Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
  • Di Malaysia mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.
leekecix@blog

Popular Posts